Whatsapp

Selasa 11 Mac 2014 bersamaan 9 Jamadil Awal 1435H (70/2014)

Catu air kawasan Keramat telah bermula sejak selasa 4 Mac 2014.

Semalam dan hari ini masih ada air.

Kapalterbang MAS370 masih hilang sejak Sabtu 8 Mac 2014.Hari ini hari ke empat kehilangan pesawat MAS. Tajuk Utusan Malaysia ‘Terus Buntu’ di muka pertama.

Jam 6 pagi segera bangun, mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat subuh. Pergi dengan motosikal. Solat berjemaah. Ikuti kuliah mengaji ayat 80-83 Surah Nisak, di ketuai Imam Amri. Terjemahan, tafsiran dan tajwid di pimpin oleh Ustaz Salleh Ashaari.

Solat isyarah di serambi masjid. Jam 7.50 pagi, berkumpul dalam dewan masjid untuk sesi mengaji Koran bersama kumpulan Haji Ariff. Kurang 10 peseta. Waktu ini sesi mengaji sesi subuh sudah tamat.

Berbual seketika bersama Haji Ariff selepas selesai sesi mengaji sekitar jam 9.10 pagi. Sebelum balik, solat dhuha di serambi masjid.

Gerai depan Sekolah Agama Integrasi tidak menjual. Singgah pula ke gerai di simpang berdekatan. Beli kuih ketayap 5 biji.

Balik ke rumah.

Mamanya hantar Anis ke stesen LRT sekitar jam 7.45 pagi.

Mamanya beritahu berkaitan seorang bekas juruterbang MAS yang berbicara dalam rancangan di RTM pagi ini, kisah kelhilangan pesawat MAS.

Minum kopi dan makan kuih buat sarapan pagi.

Semasa berada di halaman, kedengaran bunyi hon motosikal. Nampak seorang berbaju biru. Beliau beri isyarat, dan segera teka bahawa beliau aadalah pembaca jangka TNB.

Masuk ke dalam rumah dan segera membuka pintu pagar untuk memberi laluan kepada pembaca jangka masuk.
Beliau ambil bil lama dari kotak surat. Ambil bacaan baharu pada jangka elktrik TNB dan serahkan bil terkini dengan bacaan sebenar.

Jam 12 tengah hari pergi ke Pasaraya Giant Taman setiawangsa dengan motosikal. Beli baby tomato dengan sayur bayam. Jam 12.14 tengah hari. Balik ke rumah.

Mamanya masak lauk ayam tomato masak merah. Jam 1 tengah hari Abah makan nasi bersama Mamanya.

Mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah. Selepas solat balik ke rumah.
Jam 3 petang menonton press conference berkaitan kehilangan pesawat MH370 di TV. di sair di semua saluran TV.
Selepas jam 4 petang baharu mula menonton drama Filipina yang tertunda.

Jam 4.30 petang, bersiap dan pergi ke Masjid ansar solat asar.

Selepas jam 6 petang Abah memandu Kancil dan ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa. Anis baharu pulang dari Agro Bank Kuala Lumpur. Anis menghadhiri kursus latihan amali sehingga bulan Sepetember 2014. Lepas itu masuk semula ke kolej UPM Serdang sambung pengajian.

Minumteh petang. Mamanya hidang kek cokelat. Kek dua lapis. Nauwar juga ikut sama minum teh dan makan kek cokelat. Ans rakam foto kek dan whatsapp ke Azfar.
Jam 7.15 malam, Abah bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Pergi dengan motosikal. Ada ceramah di sampai Imam Muliyadi. Solat isyak. Balik ke rumah selepas solat isyak.

Selepas 9.30 malam, makan nasi.

Whatsapp Keluarga

Telefon dengan Pak Lang Zulkafli dan berbual berkaitan buka whatsapp untuk keluarga.

Ada Air 10 pagi

Isnin 10 Mac 2014 bersamaan 8 Jamadil Awal 1435H (69/2014)

Sebelum jam 6 pagi, mandi dan bersiap memakai jubah tidak berkolar beige. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. solat subuh. Ikuti kuliah mengaji dan tafsiran ayat 77-79 Surah Nisak dengan bacaan di ketuia Imam Muliyadi. Tafsiran dan Tajwid oleh Ustaz Salleh Ashaari. Jam 7.25 pagi keluar dewan masjid dan solat isyarah di serambi. Waktu itu kuliah mengaji peserta masih di teruskan.

Masuk dewan semula dan duduk bersama pserta kumpulan mengaji Haji Ariff. Mengikuti sesi mengaji bersama kumpulan. Sesi bermula sekitar jam 8 pagi dan tamat jam 9 pagi.

Balik ke rumahselepas tunai solat dhuha di serambi masjid. Balik ke rumah dengan motosikal.

Mamanya sediakan kopi secawan. sarpana dengna dua keping roti Gardenia wholemeal sapu mentega dengan kaya. Kaya buatan sendiri oleh Mamanya tidak lama dahulu.

BR1M Adlan
Periksa laci Adlan. Baca surat kelulusan BR1M. Penerima boeh dapatkan BR1M di pejabat DBKL, Wangsa Maju selepas 23 Feb 2014.

Ada Air
Selepas jam 10 pagi mula ada air masuk paip dan pili rumah.

Abah guna sabun Vim dan cuci lantai bilik mandi bawah.

Kehilangan MAS 370
Hari ni adlah hari ke 3 kehilangan pesawat MAS 370. Masih tidak dapat di kesan oleh MAS dan Kerajaan Malaysia . Beberapa negara luar ikut sama mencari.

Solat asar di Masjid Ansar. Balik ke rumah selepas solat. Masuk ke dlaam rumah, dapat kesan bau sesuatu yang di masak di dapur.

Minum petang. Nampak hidangan karipap ‘puff’ atas meja makan di dapur. Makan karipap yang di masak Mamanya.

Azfar datang ke rumah.

Abah keluar ambil Anis dengan kereta Myvi Azfar. Anis tunggu depan stesen LRT Setiawangsa.

Solat maghrib di Masjid Ansar. KKuliah selepas maghrib. Solat isyak. Balik ke rumahselepas isyak.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar. Anis ikut sama makan nasi dengan telur rebus kari. Mamanya hidang lauk ikan bakar sambal tomyam.

Baiki Pintu Almari Bilik Tidur

Ahad 9 Mac 2014 bersamaan 7 Jamadil Awal 1435H (68/2014)

Mandi dan bersiap pakai jubah tidak berkolar. Pergi ke Masjid ansar dengan motosikal. Solat subuh. Tazkirah Ustaz jemputan Rahimi dari Besut.
Sarapan pagi menu nasi dengan gulai kari telur rebus.
Singgah gerai di simpang beli 8 roti boom.

Jam 12 tengah hari beli lauk di Fauziah Nasi Campur Pasar Datuk Keramat.

Jam 1 petang makan nasi berdua dengan Mamanya.

Jam 1.20 petang pergi ke Masjid Ansar solat zohor.

Balik ke rumah.

Baiki Pintu Almari Bilik Tidur Atas.
Keluar dengan Kancil dan pergi ke Jalan Ulu Kelang AU3. Ambil seorang pekerja bengkel perabot Bangladesh.Bawa balik ke rumah. Naik ke bilik dan tunjukkan pintu almari yang perlu di baiki. Abah tolong pegang pintu sementara pekerjja Bangladesh masukkan skru ke ensel pintu.

Mamanya juga minta di baiki pintu kabinet di tepi bawah tingkap bilik.

Pasang bracket untuk batang langsir tingkap.

Bayar pekerja RM50.

Hantar balik kebengkel di Jalan Ulu Kelang. Abah balik semula ke rumah dengan Kancil.

Tidur di ruang tengah depan TV.
Waktu ini Mamanya tidur di sofa ruang tamu sambi Anis buat kerja di meja ruang tamu.
Jam 4.30 petang, Abah bersiap pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat asar.

Balik ke rumah.

Waktu ini Anis sudah bersiap keluar. Anis bawa bakul berisi makanan beras bertih dalam plastik kecil. Anis pergi ke UPM Serdang dengan kereta Kancil.

Tolong Mamanya kemaskan bilik. Mamanya sapu sawang yang banyak di kawasan tingkap.

Minum petang. Makan roti boom.

Jam 7.20 malam, bersiap dan pakai jubah tidak berkolar. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat maghrib berjemaah. Ceramah selepas maghrib di sampaikan oleh Ustaz Jais Kamos tajuk perkahwinan cerai dan rujuk. Solat isyak.

Selepas solat isyak di ikuti solat hajat minta bantuan memudahkan pencarian pesawat hilang MH 370.

Balik ke rumah.

Makan nasi berdua dengan Mamanya. Kari ayam. Mamanya makan telur rebus masak kari.

Mamanya isikan air dari tong plastik masuk ke tempayan plastik dalam bilik mandi.

MAS 370 Insiden Pesawat Hilang

Sabtu 8 Mac 2014 bersamaan 6 Jamadil Awal 1435H (67/2014)

Mandi dan bersiap pakai jubah tidak berkolar. Pergi ke Masjid ansar dengan kereta Kancil. Nampak ruang di bawah khemah tepi serambi. Letak kereta Kancil di ruang kosong ini. Masuk ke dalam dewan masjid dan masuk saf solat sebelah kanan bari ke 3. Ikut solat subuh.

Kuliah subuh penceramah Ustaz Dr Ali Saripan. Ilmu yakin.

Selepas jam 7,40 pagi ceramag tamat. Jam 7.50 pagi Abah solat dhuha di bahagian belakkang dewan. Waktu itu Hj Ramli dan Hj Kamarudin solat juga.

Memandu Kancil keluar dari kawasan masjid. Singgah di gerai simpang. Ramai pelanggan dan roti canai dan roti boom kelihatan tinggal sedikit.

Bergerak memandu Kancil dan singgah di stesen minyak Petronas Taman Seri Keramat AU2. Isi petyrol kerana kereta Kancil sudah 3 hari kekurangan petrol.

Pam angin untuk tayar belakang sebelah kiri kerana kelihatan kepis.

Nampak satu gerai kanopi bedekatan jalan besar depan stesen Petronas. Singgah. Hanya ada 4 keping roti canai dalam balang. Beli 4 kepoing sahaja. Balik ke rumah.

Baca Utusan Malayisa semama Mamanya sediakan kopi secawan.

Azfar dan Suzaimin turun ke dapur.

MAS 370 Hilang
Dapat berita MAS 370 hilang dalam penerbangan ke Beijing pagi ini.

Jam 12 Abah pergi ke Pasar Datuk Keramat dengan motosikal beli lauk. Hala balik singgah ke Medan Selera Taman Setiawangsa dan beli lagi sayur bayam rebus dengan ikan sambal cili. Beli buah potong. Balik ke rumah.

Jam 1 tengah hari, makan nasi.

Berbsiap dan pergi ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah. Pakai jubah tidak berkolar.

Majlis Puisi – Anis
Rancang pergi ke pesta puisi di lokasi berhampiran Taman Titiwangsa.
Jam 2.30 petang pergi ke Taman Titiwangsa bersama Mamanya. Pergi dengan kereta Waja.

Tiba di lokas jam 3 petang. Berjumpa dengan Azfar dan Suzaimin di tepi jalan. Azfar dan Suzaimin tinggalkan majlis dan keluar dengan kereta Waja.

Nampak ramai orang muda berkumpul di lokasi rumah bungalow lama. Abah dan Mamanya masuk ke dalam perkarangan di tunggu di meja jualan bawah kanopi. Meja sudah di hidang makanan spaghetti dan makanan sira cokelat untuk jualan di pesta ini.

Setelah lama menunggu dan akhirnya mula peserta pemuda dan pemudi datang membeli spaghetti kos RM5 harga jualan. Mamanya layan.

Jam 4 petang Azfar dan Suzaimin sudah tiba balik ke lokasi. Abah tinggalkan maklis dan balik ke rumah.

Di rumah. Abah bersiap dan pergi ke Masjid Ansar untuk solat asar.

Selepas solat balik ke rumah. Bersiap lagi sekalai dan rancang pergi balik ke lokasi pesta pusis Anis di Taman Titiwangsa.

Singgah di Caltex dan tambah nilai untuk kad Touch & Go di kaunter kedai Caltex. Waktu itu jam 5.23 petang.

Keluar dari kawasan pusat komersil Taman Keramat Permai dan masuk ke lebuhraya DUKE. TUrun di Jalan Kuching. Ikut PWTC dan masuk Jalan Tun Razak sebelum tiba di lokasi Pesta Puisi Anis.

Tiba di lokasi berhampiran Jalan Mentakab. Dari luar pagar, nampak Suzaimin dekat kanopi jualan. Panggil Suzaimin.

Mamanya keluar dari majlis. Berjumpa dengan Adila dan Nita yang baharu tiba berdua.Adila dan Nita bersalam dengan Mamanya sebelum masuk ke perkarangan masjlis puisi.

Abah dan Mamanya balik ke rumah.

Minum petang. Makan roti canai tisu.

Jam 7.20 malam Abah berispa dan pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Ada ceramah. Solat isyak. Balik ke rumah.

Makan nasi.

Kawan Anis tiba di rumah ambil barang.

Azfar dan Suzaimin tiba di rumah. Keluar semula dan beli makanan.

Waktu ini Abah dan Mamanya menonton TV.

Ikan Pari Bakar

Jumaat 7 Mac 2014 bersamaan 5 Jamadil Awal 1435H (66/2014)

Mandi dan bersiap memakai jubah tidak berkolat. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh.

Imam Abdullah Bin Awang memvaca Surah Sajadah. Se;lepas solat subuh di ikuti kuliah mengaji Surah Nisa dengan tafsiran dan tajwid Ustaz Salleh Ashhari. Solat sunat dhuha. Beredar keluar dari kawasan masjid sekitar jam 8 pagi.Waktu itu matahari sudah naik.

Beli kuih pulut inti dengan karipap.

Beli lauk di Pasar DAtuk Keramat.Berjumpa dengan pekerja kedai elektrik bertanya berkaitaan TV yang di hantar untuk di baiki dahulu. Masih belum ada kemajuan. Beliau akan beritahu kelak.

Makan nasi bersama Mamanya. Lauk ikan kerisi goreng sambal cili hijau.

Pakai jubah dan pergi dengan motosikal ke Masjid Ansar solat Jumaaat. Duduk di serambi dan masuk ke dalam dewan untuk solat Jumaat berjemaah.
Tengah Mamanya rancangan keluar bersama Azfar membeli barang untuk masak.
Jam 3 petang duduk bersama Mamanya di ruang tengah menonton TV3 berbagai drama petang.

Solat asar.

Jam 6 petang Abah memandu Waja ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa. Sementara tunggu depan kawasan perhentian bas Rapid, nampak Anis keluar. Bergerak ambil Anis depan stesen dan balik ke rumah.

Kes Liwat Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan dengan panel 3 Hakim sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini melepaskan dan membebaskan Anwar dari tuduhan. Hukum 5 tahun penjara.

Jam 6.09 petang terima satu SMS dari Anis minta di ambil di stesen LRT setiawangsa. Anis balik dari tempat latihan amali di Agro Bank KL.

Anis mula bertugas di Agrobank sejak awal bulan Mac 14.

Jam 7.25 malam, pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal solt maghrib. Selepas solat maghrib, Imam Amri memberi ceramah dan selesai sebelum masuk isyak. Balik ke rumah.

Tiba di rumah, tidak nampak kereta Waja di porch rumah.

Malam ini Anis keluar pergi ke UPM dengan kereta Waja.

Makan nasi bersama Mamaanya. Ikan pari bakar.

Selepas menonton berita jam 12 malam, nak ke bilik tidur.

Waktu ini Anis masih belum tiba balik di rumah. Khabar balik bersama Anis ke rumah.

Solat Istisqaq

Khamis 6 Mac 2014 bersamaan 4 Jamadil Awal 1435H (65/2014)
image

Bangun sebelum 6 pagi. Guna air di bilik andi bawah. Bersiap dan memakai jubah putih. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.
Solat subuh pimpinan Imam Amri. IKuti kuliah mengaji beramai pimpinan Imam Amri, dan dengar tafsiran serta tajwid dari Ustaz Salleh Ashaari. Apabila masuk syuruk, solat sunat isyrak di luar dewan. Guna sejadah di serambi.

Pergi ke tandas dan bilik wuduk, dan dapati tidak ada air dari pili. Kolah juga kelihatan kosong. Nampak kerdak di dasar kolah masjid.

Ikuti sesi mengaji Koran bersama kumpulan di pimpinan Haji Ariff.

Sebelum balik ke rumah, solat sunat dhuha di serambi terdahulu. Matahri sudah naik waktu ini. Matahari menyerlang. Gerai kuih di Jalan AU2A sudah tutup. Balik terus ke rumah.

Mamanya sediakan secawan kopi susu. Makan roti Gardenia wholemeal sapu mentega dengan jem strawberi untuk sarapan.

Nauwar baharu turn dan bersiap.

Guna laptop Anis yang ada di meja ruang tamu.Anis sudah pergi ke Agro bank hari ke 4 hari ini.

Jam 10 pagi, ada air di pili sinki basuh tangan dapur.

Selepas 6 petang ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Pakai jubah tidak berkolar. Solat maghrib.

Selepas isyak, Imam Muliyadi beri keterang cara solat istiqaq, ia itu, solat minta hujan. Sekarang ini kekurangan hujan di negara.

Solat istisqaq.

Kenduri di serambi. Bawa nasi minyak ke rumah.

Hari Kedua Catu Air

Rabu 5 Mac 2014 bersamaan 3 Jamadil Awal 1435H (64/2014)

Hari ni hari kedua catu air di kawasan tertentu di Selangor.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh di Masjid Ansar.
Ikuti sesi mengaji dengan kumnpulan ynag di ketui Haji Ariff. Enam orang sahaja yang hadhir pagi ini.

Balik dari Masjid ansar selepas 9 pagi. Sebelum itu solat sunat dhuha di serambi masjid.

Sarapan pagi berdua bersama Mamanya. Minum kopi secawan. Makan roti Gardenia wholemeal sapu mentega dan jem strawberi

Adila whatapps ada kesesakkan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja di Subang Jaya di sebabkan kemalangan babit sebuah bas.
Adlan dan Huda Pulang ke
Ipoh.

Ipoh

Adlan dan Huda pagi ini sedan bersiap di rumah Rawang untuk perjalanan balik ke Ipoh.

jAM 12 TENGAH HARI PERGI KE mEDAN sELERA tAMAN sETIAWANGSA.Beli lauk di gerai bahagian dalam. Beli 2 ekor ikan keli goreng sambal. Ikan kerapau goreng tomato. Tidak ada duit kecil dan tidak beli buah potong di luar premis.

Menunggang balik ke rumah.

Mamanya sediakan nasi di meja makan. Makan nasi berdua dengan Mamanya di ruang makan di dapur.

Waktu itu Nauwar masih berada dalam bilik di atas.

Pergi k Masjid Ansar dengan motosikal. Nampak Lim, penjual surat khabar di rumah teres dua tingkat.

Solat zohor berjemaah.

Tiba di rumah, bertanya kepada Mamanya,” Lim ada datang?”

Mamanya jawab Lim ada datang dan Mamanya sudah bayar bil surat khabar bulan Februari 14.

Guna internet.

Jam 4.50 petang pergi semula ke Masjid ansar solat asar.

Tengok bil master card Citibank dan Maybank dalam internet. Tidak dapat sambung printer ke komputer. Gagal print statement.

Mamanya ingatkan ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa. Anis balik dari Agro Bank KL. Latihan amali selama 4 bulan. Ini hari ke 3 Anis bertugas di Agro Bank KL. Ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa sebelum 7 malam.

Pergi ke Masjid Ansar untuk solat maghrib. Pergi dengan motosikal. Kuliah di sampai Ustaz Salleh. Solat isyak.

Singgah di stesen minyak Petronas Taman Seri Keramat AU2. Isi petrol motosikal RM5.62. Waktu itu jam 9.14 malam.

Beli satu buku roti Gardenia wholemeal.

Catu Air mulai 4 Mac 2014

Selasa 4 Mac 2014 bersamaan 2 Jamadil Awal 1435H (63/2014)

image

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh di Masjid Ansar. Pakai jubah putih.

Pesan ke Mamanya supaya hantar Anis ke stesen LRT pagi ini. Semalam Abah yang hantar Anis ke stesen.

Abah solat subuh di Masjid Ansar. Di ikuti kuliah dan mengaji Koran .

Jam 8 pagi ikuti sesi mengaji dengan kumpulan bersama Haji Ariff. Jam 9.15 pagi bersurai dan balik ke rumah.

Sarapan pagi bersama Mamanya.

Pasaraya Giant Ulu Kelang
Selepas jam 10.45 pagi keluar denganMamanya dengan kereta Waja. Cari kedai perabot di Jalan Ulu Kelang tetapi tidak berjumpa kedai yang di cari.

Masuk lembah Keramat ada pemeriksaan polis dekat Dewan DBKL. Isi petrol di stesen Petronas Taman Lembah Keramat Ulu Kelang RM51.32. Jam 11.09 pagi.

Masuk ke Pasaraya Giant Ulu Kelang. Beli barang dapur termasuk beras Sakura Phranang. Sebelum 12 tengah hari beredar keluar dari pasaraya.

Hala balik singgah di Jalan Ulu Kelang. Beli lauk di restoran Suberi Nasi Kandar.

Berjumpa dengan seorang pekerja di kedai perabot. Minta datang ke rumah baiki perabot rosak di rumah. Beri nombor telefon.

Balik ke rumah.

Makan nasi berdua dengan Mamanya.

Mandi. Bersiap pakai jubah putih. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat zohor berjemaah.

Balik ke rumah. Tidur di bilik. Selepas jam 3 petang turun ke bawah.

Menonton TV3.

Jam 4.50 petang pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Pakai baju putih lengan panjang.

Selepas jam 6 petang minum teh. Makan puding roti dan sekeping roti Gardenia sapu jem dengan mentega. Anis SMS ke telefon bimbit Abah beritahu sudah berlepas dengan LRT dari KL dan tiba di stesen LRT Setiawangsa.

Jam 7 malam, bersiap untuk solat maghrib di masjid. Pergi dengan motosikal ke Masjid Muaz Bin Jabal.

Selepas isyak balik ke rumah. Nampak di porch hanya ada kereta Waja sahaja.
Anis tidak ada di rumah.

Makan nasi bertiga bersama Mamanya dan Nauwar.

Anis tiba balik ke rumah. Balik dari GYM.

Anis bertugas di Agro Bank hari pertama/Adlan balik ke Rawang

Isnin 3 Mac 2014 bersamaan 1 Jamadil Awal 1435H (62/2014)

image

Bangun jam 6 pagi. Bersiap pergi dengan motosikal ke Masjid Ansar solat subuh. Pakai jubah putih.
Selepas solat,di ikuti kuliah subuh sesi membaca Koran, surah Maidah, ayat 60-62 di ketuai Imam Muliyadi. Tafsiran dan tajwid seperti setiap pagi, oleh Ustaz Salleh Ashaari.
Waktu itu Abah perlu pergi ke tandas.

Jam 7 pagi tinggalkan masjid. Singgah di gerai Jalan AU2A, beli karipap.
Balik ke rumah. Kereta Proton Iswara kepunyaan Adlan berada di porch rumah. Letak motosikal di porch. Kereta Waja masih terletak di depan rumah.

Hari Pertama Anis di Agro Bank
Anis sedang bersiap untuk bertugas hari pertama di AGRO BANK, Kuala Lumpur. Jam 7.45 pagi Abah masih memakai jubah putih. Hantar Anis ke LRT Setiawangsa dengan kereta Waja.

Jalan Jelatek kesesakan. Terpaksa turunkan Anis berhampiran Restoran R& R dan Anis jalan kaki jarak 50 meter ke stesen LRT. Perlu elak kesesakan lalu lintas dan elak tersekat dalam kesakan. Mudah Abah patah balik ke rumah.

Minum pagi bersama Mamanya. Makan kuih dan minum minum Nescafe secawan.

Adlan keluar awal dengan kereta Waja.Ada perjumpaan dengan PERNEC. Adlan tiba di rumah balik sekitar jam 9.30 pagi.

Adlan keluar semula bawa kereta Proton Iswara ke bengkel Beezy di flet AU1 untuk baiki lampu kereta.

Adlan Baiki Lampu Proton Iswara
Jam 10.24 pagi terima panggilan dari Adlan. Abah keluar dengan motosikal. Pergi ke Caltex dahulu. Jam 10.31 pagi buat satu urusan di mesin ATM Caltex.

Bergerak menuju ke AU1 dekat kawasan flet.

Jumpa Adlan di bengkel BEEZY AU1. Adlan membaiki lampu kereta Proton Iswara. Adlan urus dengan pekerja bengkel. Abah menunggang motosikal balik ke rumah.

Selepas jam 4 petang, pergi ke Maybank Taman Setiawangsa. Masukkan cek untuk akaun Adlan DezEek Media, melalui mesin ATM.

Adlan dan Huda bersiap untuk pergi ke rumah bapa Huda di Rawang. Mamanya mendukung Iman. Iman suka di dukung Mamanya.

Adlan dan Huda ke Rawang
dengan Iman tinggalkan rumah untuk pergi ke Saujana Templer di Rawang.

Tempayan Plastik.
Simpan air dalam tempayan plastik warna merah saiz besar dalam bilik mandi di bawah.

Simpan juga dalam baldi dan besen kecil dalam bilik mandi bawah.

Jam 6 petang ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa. Tunggu depan stesen dalam kereta Waja. Ambil Anis depan tangga laluan utama stesen. Jalan raya sesak waktu ini.

Ahad

Ahad 2 Mac 2014 bersamaan 30 Rabiul Akhir 1435H (61/2014)
image

Mandi da bersiap pakai jubah putih. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.
Solat subuh. Kuliah selepas solat subuh di sampai Datuk Najmi berpandu ayat surah Maidah.
Sarapan pagi menu nasi lemak di sermbi masjid.
Solat sunat isyrak. Tunggu sehigga jam 8 pagi solat sunat dhuha.
Singgah di gerai beli kuih ketayap. tepung talam dan apam warna warni.
Tiba depan rumah nampak Mamanya mendudukung Iman di halaman rumah.

Tengok Iman di halaman.

Jam 8.30 pagi Anis keluar dengan kereta Kancil. Ada mesyuarat di Petaling Jaya.