Monthly Archives: Julai 2010

Adila Daftar Masuk UTM Skudai

27 Julai 2010 Selasa / 15 Syaaban 1431H (207/2010)

Daftar kemasukkan Adila ke UTM Skudai.

Hari ini urusan hantar Adila ke UTM skudai, Johor. Mamanya tidak pergi kerja dan kira ambil cuti untuk pergi ke Johor.
Bangun jam 5 pagi. Mandi. Ambil wuduk. Sembahyang malam. Adlan datang ke bilik dan ajak Abah pergi ke masjid. Abah tidak ikut. Adlan pergi seorang ke masjid. Dengar bunyi kawalan jauh kereta Kancil.Abah sembahyang subuh di bilik. Abah tidak sangka Adlan boleh bangun awal subuh untuk pergi sembahyang di Masjid Ansar waktu ini. Mamanya juga sembahyang di bilik.
Malam tadi Adila sudah masukkan barang barang dan keperluan ke dalam kereta Waja. Abah memakai baju lengan panjang kuning corak kotak kotak halus. Lengan panjang. Abah memakai jaket ‘brown’ yang dibeli di Bejing dahulu.

Abah memandu kereta Proton Waja. Keluar rumah jam 6.30 petang. Adlan masih belum balik dari Masjid Ansar.
Selepas jam 6 pagi Abah memandu dan bersama Mamanya dan Adila bergerak dari rumah untuk perjalanan ke UTM Skudai, Johor. Keluar Keramat ikut Datuk Keramat dan masuk ke Jalan Tun Razak selepas Jalan Semarak. Teruskan perjalanan melalui Jalan Sg Besi dan terus masuk lebuhraya PLUS hala ke selatan.

Singgah dan berhenti di R & R Pagoh. Letak kereta Waja di ruang letak kereta yang sama pada hari Khamis minggu lepas. Tandanya ada lah tong sampah biru di depan pitak. Masuk ke gerai makan R & R. Mamanya pesan mihun soto. Abah pesan mi goreng telur goreng. Abah letak kicap pedas atas mi dan telur. Apabila Mamanya makan, Mamanya kata mi goreng yang Abah pesan rasa terlalu pedas!
Selepas selesai makan, Abah pergi ke tandas. Mamanya juga pergi ke tandas. Untuk perjalanan seterusnya, Adila pula memandu kereta Waja. Abah duduk di tempat duduk belakang. Mamanya duduk sebelah Adila.

Sesat di Jalan Tebrau, Johore Bahru.
Jam 10.19 pagi baharu selesai bayar tol di Skudai. RM41.30. Jalan masuk ke Jalan Skudai ditutup. Terpaksa terus perjalanan hala masuk Bandar Johor Bahru. Sampai satu tempat buat keputusan patah balik. Singgah di stesen Petronas di Jalan Tebrau. Tujuan untuk bertanya jalan. Mamanya dan Adila tunggu dalam kereta Waja. Abah masuk ke dalam Kedai Mesra Petronas. Nampak ada mesin ATM Maybank di dalam. Abah buat urusan keluarkan wang. Tujuan wang ini adalah untuk pembayaran pendaftaran Adila masuk UTM nanti. Waktu itu jam 10.53 pagi.

Lepas itu Abah berjumpa wanita di kaunter Kedai Mesra Petronas. Bertanya laluan ke UTM Skudai. Abah keluar semula ke kereta. Masih tidak puas hati, Abah nampak seorang penunggang motosikal berhenti berdekatan premis stesen Petronas. Abah tegur dengan salam dan beritahu hendak tanya jalan ke UTM Skudai. Orang muda Melayu ini sangat membantu. Terangkan jalan mana perlu diambil untuk ke UTM Skudai. Abah beredar dan memandu di Jalan Tebrau dan ikut papan tanda PLUS arah ke Kuala Lumpur.
Nampak stesen minyak Esso. Mamanya sarankan isi petrol Esso untuk kereta Waja. Singgah stesen Esso dan isikan petrol untuk Waja dahulu. Lepas itu bergerak dan ikut Jalan Tebrau hala ke utara. Sesat lagi sekali. Terlepas satu susur naik ke lebuhraya PLUS untuk ke utara. Lajak dahulu dan pada satu ketika patah balik hala ke Bandar Johore Bahru. Apa bila tiba ke kawasan stesen Petronas tadi buat lagi satu turn dan ikut Jalan Tebrau menuju ke utara semula. Jumpa jalan susur ke lebuhraya PLUS. Ikut lebuhraya ini menuju ke utara dan sehingga jumpa jalan masuk ke Skudai. Terus ikut papantanda arah ke UTM dan akhirnya masuk juga ke UTM Skudai.
Adila dapat surat tawaran UTM
Jam 11.30 pagi baharu tiba di Dewan Canseleri UTM. Mamanya tunggu dalam kereta di depan lobi. Adila dan Abah naik ke tinggkat 4. Berjumpa dengan Encik Miswan. Adila berjumpa dengan encik Maswan di kaunter. Abah duduk di kerusi dibelkang dekat dinding menunggu Adila berurusan dengan Encik Miswan. Adila dapatkan surat tawaran dari beliau. Adila hulurkan surat tawaran untuk tatapan Abah. Abah segera membaca surat tawaran yang tertera nama Adila binti Mohamed Khalidi. Abah bersyukur Alhamdulillah apabila Adila tunjukkan surat tawaran dari UTM. Rayuan tempoh hari sah berjaya!
Adila di beri keterangan tindakkan yang perlu di ambil sekarang.
Turun ke tingkat bawah. Masuk ke kaunter Bendahari. Buat bayaran RM1781.00. Abah keluarkan tunai dari dompet Abah.
Lepas itu Adila dan Abah pergi ke bahagian buat Kad Matrik juga di tingkat bawah.
Sambil duduk di sofa di ruang menunggu, Abah SMS ke Mamanya jam 12.04 petang, “Bayar dah. Tngah urus kad matrik”
Tunggu lama. Hampir 2 jam.
Jam 12.43 petang Mamanya SMs ke Abah, “Apa yg tak settle lagi..”
Abah SMS balik ke Mamanya, “Technician sorang ni.nk proses data n chip. Makan masastudent lain bnyk plak.”
Waktu itu Abah duduk bersama Adila dan pelajar Sudan dan Timur Tengah di sofa.
Jam 12.58 tengah hari Mamanya masih menunggu di lobi Dewan Canselori UTM Skudai. Telefon Mamanya rosak. Abah buat satu miss call ke telfon bimbit Mamanya. Masih rosak.
Terdengar azan zohor dari masjid depan premis . Mamanya ingatkan Abah supaya pergi solat. Abah pergi ke masjid. Tinggalkan kasut kulit Abah di anak tangga ke dewan masjid. Ambil widuk. Ramai pelajar UTM dalam masjid.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.


Sebelum jam 2 petang Adial dan Abah masuk ke Bahagaian Hal; Ehwal Pelajar di tingkat 1. Tunggu pegwai di kaunter satu. Apabila beliau tiba, di beri keterangan supaya pergi ke pejabat Kolej di Kolej Canseleri untuk ambil kunci.
Adila dapatkan kunci. Cari kolej Adila blok S16.
Jam 3.04 petang terima panggilan dari Adila. Hendak RM10 untuk buat satu bayaran di Pentadbiran Akademik. Waktu itu Abah dan Mamanya sedang menunggu dalam kereta Waja di kawasan letak kereta.
Abah baharu keluar tandas di Kedai UTM. Jam 4.23 petang terima panggilan dari Pak Lang Antan Ipoh. Abah berbual lama. Minta bantuan jika Asyran tidak balik ke Taman Jasa, minta singgah ke rumah di Keramat.
Jam 6.50 petang Nauwar telefon ke telefon bimbit Abah. Waktuitu Abah sedang minum teh di gerai di R & R Pagoh. Mamanya dalam perjalanan dari surau ke meja. Abah beritahu Nauwar Abah masih di Johor waktu ini. Nauwar baru balik dari kerja dan minta diambil di stesen LRT Setiawangsa.
Adila memandu kereta Waja dari R & R Pagoh.
Singgah di R & R Air Keroh. Waktu itu sekitar jam 8 malam. Ada restoran jejantas. Abah dan Mamanya sembahyang di surau. Adila sambung perjalanan balik ke KL. Jam 9.35 malam tiba di rumah. Susunan R R serupa seperti di Sg Buluh KL.
Hantar Adila ke kolej UTM Setapak
Selepas 11 malam Abah hantar Adila ke asrama kolej UTM Setapak Jaya. Esok Adila ada event mendayung di Putrajaya. Adila keluar beberapa beg dari kereta Waja. Adila batalkan hasrat ambil payung dari kereta Waja. Selepas hantar Adila Abah balik ke rumah.
Bancuh ovaltine. Cicah roti gardenia ke dalam minuman ovaltine.

Advertisements