Selawat Perdana di Putrajaya

Jumaat 21 Mac 2014 bersamaan 19 Jamadil Awal 1435H (80/2014)

Catu air bermula 4 Mac 2014 dahulu. Hari ini masih catu air.

Mandi di bilik mandi bawah. Bersiap dan pakai baju Melayu ungu untuk solat subuh berjemaah di masjid. Naik motosikal ke Masjid Ansar. Kuliah mengaji dan tafsiran ayat 102 dari Surah Nisak. Satu ayat sahaja.Imam Muliyadi ketuai mengaji Koran.

Abah mula mengaji Surah Kahfi. Waktu itu jemaah yang lain ikut giliran membaca secara individu guna mikrofon dalam dewan masjid. Sesi mengaji dengan pimpinan Ustaz Salleh Ashaari.

Solat isyrak. Sambung mengaji Surah Kahfi sehingga jam 7,50 pagi. Simpan Koran. Buat solat dhuha di serambi masjid.

Singgah di gerai simpang. Beli soto RM2.50 sebungkus.

Balik ke rumah. Baca Utusan Malaysia di ruang tengah bersama Mamanya sambil menonton TV ikuti kehilangan MH370. Operasi mencari di Lautan Hindi. Hari ini hari ke 14 kehilangan pesawat MAS MH 370.

Sarapan minum kopi O. Makan soto bersama Mamanay di meja makan di dapur.

Jam 11.45 pagi pergi ke Medan Selera Taman Setiawangsa. Beli nasi ayam. Tiga bungkus RM15.

Mamanya keluar dengan kereta Waja . Rancang pergi ke AEON AU2.
Keluar dengan kereta Waja seorang.

Jam 12 lebih telefon ke Hariri. Waktu itu Hariri hantar anak ke sekolah. Beritahu berkaitan duit yang sudah di masuk ke akaun bank.

Makan nasi ayam seorang di meja makan di dapur. Berdua bersama Mamanya.
Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.
Mandi dan bersiap . Pakai jubah putih. Pergi denganmotosikal. Selepas khutbah, masuk ke dalam dewan masjid.
Solat Jumaat. Selepas solat masukkan duit ke tabung berhampiran pintu keluar dewan.

Tiba balik di rumah.

Duduk seorang di sofa ruang tengah. Menonton drama Indonesia kisah lintah darat menjadi orang baik. Jam 4.30 petang pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil. untuk solat asar. Tidak hujan.

Jam 6 petang minum petang. Makn kuih som som dan makan roti Gardenia wholemeal celup teh susu.

Anis keluar bersama kawan selepas keluar dari pejabat di Agro Bank KL.

Selepas jam 7 malam, bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar. Pakai jubah putih.Pergi dengan motosikal. Tunggu selesai azan maghrib di serambi masjid sebelum masuk dewan masjid.

Solat maghrib. Tazkirah di sampai Imam Amri berkaitan perkara halal dan haram.

Solat isyak. Balik ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya. Lauk ikan kari. Nauwar ikut sama kemudian. Makan lauk ayam. Abah dan Nauwar ratah lauk ayam.

Menonton Selawat Perdanan di TV.

Serpihan di Lautan Hindi

Khamis 20 Mac 2014 bersamaan 18 Jamadil Awal 1435H (79/2014)

Catu air bermula 4 Mac 2014 dahulu. Hari ini catu air.

Solat subuh. Naik motosikal ke Masjid Ansar. Kuliah mengaji dan tafsiran ayat 99-101 dari Surah Nisak. Imam Amri ketuai mengaji Koran.

Jam 7 pagi keluar dari Masjid Ansar dan singgah di gerai depan SRA Integrasi Taman Keramat Jalan AU2A. Beli kuih donat 6 biji dan kuih kaswi. Balik ke rumah.

Nampak surat khabar Utusan Malayisa sangkut pada cermin tepi kereta Kancil di porch. Masuk ke rumah dan letak kuih atas kabinet dapur. Waktu itu Anis baharu selesai mandi di bilik mandi bawah. Anis bersiap untuk pergi bertugas di Agro Bank KL.

Abah balik semula ke masjid.
Waktu itu jam 7.30 pagi. Solat sunat isyrak.

Tidak lama kudian kuliah mengaji bersama Ustaz Ashaari tamat.
Abah masuk ke dalam dewan untuk Sesi mengaji dalm kumpulan bersama Haji Ariff.

Balik ke rumah sekitar jam 9.30 pagi. Sebelum itu solat sunat dhuha di serambi. Waktu ini matahari sudah naik.

Mamanya sediakan kopi dalam cawan kecil di meja makan di dapur. Abah sarapan pagi makan kuih donat.

Baca Utusan Malaysia sambil duduk di ruang tengah.

Hari ke 13 kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 sejak 8 Mac 2014. Kerajaan Malayisa masih bertungkus lumus mencari di lokasi Lautan Hindi.

Waktu ini Nauwar turun mandi pagi.

Jam 9.30 pagi catu air mula. Tidak ada apabila periksa pili di sinki dapur.

Jam 12 tengah hari beli lauk di Medan Selera Taman Setiawangsa.

Makan nasi berdua dengan Mamanya lauk sop ikan jenahak dengan sayur sawi.

Solat zohor. Pergi dengan kereta Kancil. Da;am perjalanan beri tumpang seorang jemaah yang selelu bertugas membantu angkat barang semasa kenduri di masjid. Nama Rosli.

Selepas balik ke rumah, tukar pakaian dan rancang pergi ke Maybank Taman Setiawangsa. Bawa kereta Kancil kerana cuaca rintik hujan. Hanya dapat pitak letak kereta jauh kira 100 meter dari Maybank.

Minta gantikan kad ATM lama dan dapatkan yang baharu. Perluisi borang permintaan sahaja.

Balik semula ke rumah sebelum jam 3 petang.

Serpihan di Lautan Hindi
Tiba di rumah. Berita vberkaitan MH370. Khabarnya Australia kesan sesuatu di Launtan Hindi berkemungkinan serpihan dari pesawat malang.

Solat asar. Bawa Kancil. Pergi ke Masjid Ansar.

Selepas asar, singgah stesen Petronas AU2 Taman Keramat, tambah petrol Kancil RM50 dan beli roti Gardenia RM3.20.

Jam 6 petang, Mamanya beritahu Anis sudah naik tren. Cuaca mendung. Bawa Kancil ambil Anis. Masuk ke depan setesen dan nampak Anis dan melambai panggil Abah.

Balik ke rumah ikut laluan di AU1 elak kesesakkan depan pusat komersil Taman Keramat Permai.

Duduk minum bersama Mamanya di meja makan didapur. Mamanya ajak Nauwar duduk sama. Nauwar ambil teh susu dan beredar dari dapur ke ruang tengah.

Mamanya sediakan kuih som som, kuih lembut.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Cuaca redup dan mendung sahaja. Tidak hujan.

Selepas solat msghrib di ikuti majlis Yasin di ketuai Imam Muliyadi.Solat isyak.

Ada kenduri di serambi.

Selepas kenduri, gagal dapatkan nasi minyak lebih.

Mamanya dan Nauwar makan nasi berdua di meja makan di dapur.

Jam 11.30 malam, tidur.

Botol Kaca Lama/Hujan Lebat Petang


Rabu 19 Mac 2014 bersamaan 17 Jamadil Awal 1435H (78/2014)

Catu air bermula 4 Mac 2014 dahulu. Semalam dan hari ini ada air.

Solat subuh. Naik motosikal ke Masjid Ansar. Kuliah mengaji dan tafsiran ayat dari Surah Nisak. Beli kuih di gerai depan SRA Integrasi Taman Keramat Jalan AU2A. Balik semula ke masjid.

Sesi mengaji dalm kupulan bersama Haji Ariff. Balik ke rumah sekitar jam 9.30 pagi. Waktu ini matahri sudah naik.

Dalam berita TV berkaitan undi awal sepemena Pilihan Raya Kecil Kajang minggu ini.

Botol Kaca Lama.

Selepas jam 11 pagi. Mamanya rancang hantar botol kaca ke pusat kitar semula di Wangsa Maju.Pergi dengan kereta Waja. Singgah Caltex dahulu isi angin tayar belakang yang agak kempis.Keluarkan diut guna mesin ATM Maybank dlam kedai Caltex. Ken berbaris dua orang sebelum dapat guna mesin. Waktu itu jam 11.16 pagi.

Mamanya bertanya kenapa ambil masa lama.

Pergi ke AEON Big Wangsas Maju
Pusing keliling AEON Big mencari lokasi pusat kitar semula barang lusuh. AEON Big dahulu di kenali dengan nama Carrefour.Telah tukar nama sejak setahun lalu.
Tidak jumpa lokasi pusat kitar semula. Masuk ke besmen. Tidak jumpa.

Mamanya saran singgah ke Pasaraya Aeon Big. Masuk besmen lagi sekali. Letak kereta di sudut berdekatan ‘ramp’ masuk ke pasaray dari besmen. Naik ke tingkat satu.

Buat 2 pusingan tetapi tidak jumpa kedai DIY. Cari kedai DIY. Tidak jumpa. Bertanya seorang pembantu kedai dan baharu dapat tahu lokasi kedai DIY.

Masuk ke kedai DIY. Mamanya cari barang prkakas kegunaan di dapur.
Masuk kedai BATA. Tengok kasut.Tunjukkan kasut jenis ‘moccasin’ kepada Mamanya. Singgah di kedai lain dan tengok kasut.

Keluar kompleks dengan kereta.
Di luar, bertanya seorang pekerja. Beliau tunjuk satu lokasi tong untuk buang sampah. Fikirkan itu lokasi untuk buang barang kitar semula. Sebenarnya itu adalah tng sampah besar untuk sampah biasa dan bukan untuk kitar semula.

Mamanya ambil beg plastik mengandungi botol kaca lama dari kereta Waja. Bawa ke tong sampah dan buang terus. Kira rancangan buang du pusat kitar semula gagal kali ini.

Balik ke rumah.
Mamanya masak di dapur. Hidangan sayur kobis panjang rebus.
Makan tengah hari. Makan nasi berdua di meja makan di dapur.

Mandi dan bersiap pakai baju Melayu merah jambu cair. Abah pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal Solat zohor.

Balik ke rumah. Makan tembikai.

Menonton drama di TV3.

Waktu ini banyak berhubung dengan Azfar melalui whatsapp berkaiatn pinjaman perumahahn dan berurusan dengan Public Bank.

Abah juga whatsapp dengan Adlan beri nasihat berkaitan sewa rumah.
Mula hujan.

Anis whatsapp beritahu balik lewat petang ini.

Jam 7 malam, Abah mandi dan bersiap pakai baju Melayu. Keluar dengan kereta Kancil menuju ke stesen LRT Setiawangsa. Hujan renyai waktu ini. Anis tunggu di stesen. Ambil Anis di bahagian berbumbung untuk pejalan kaki di tepi premis stesen.

Tununkan Anis di porch rumah. Masih hujan. Keluar semual dari [porch dan pergi ke Masjid Ansar. Hujan bertambah lebat.

Hujan Lebat
Letak kereta Kancil di bawah khemah berhampiran pagar kawasan masjid. Ada bawa payung dalam kereta Kancil.Nampak seoang lagi jemaah masuk ke khemah kereta. Beri eliau tumpang sama payung untuk pergi ke serambi masji.

Solat maghrib.

Selepas maghrib, duduk seorang di dewan berselbelahan sambil mengjai Koran dan ulang kaji tajwid dalam surah.

Solat isyak

Waktu ini hujan bertambah lebat dengan bunyi guruh dan kilat.

Selepas isyak, masih hujan lebat. Tunggu seketika dan hujan reda selepas jam 9.20 malam. Balik ke rumah.

Tiba di rumah dan dapati kereta Waja tidak ada di porch.

Makan nasi bersamaMamanya dan Nauwar.

Hujan tengah hari

Selasa 18 Mac 2014 bersamaan 16 Jamadil Awal 1435H (77/2014)

Catu air bermula 4 Mac 2014 dahulu. Hujung minggu mengalami hujan. Semalam jug ahujan

Bangun pagi selepas jam 5.30 pagi. Turun ke bilik mandi bawah. Dari kelmarin simpan air dalam baldi, tempayan plasytik rerah dalam bilik mandi. Mandi guna air dari baldi.
Bersiap dan pakai baju Melayu beige. Pergi ke Masjid ansar dengan motosikal.Solat subuh. Kuliah pagi baca Ayat 9..Surah Nisak di ketuai Muliyadi.Solat isyrak.
Beli kuih. Balik semula ke masjid.
Sesi mengaji bersama kumpulan Haji Ariff.
Selepas mengaji brsurai. solat dhuha.Balik ke rumah. Jam 9.45 pagi.
Minumkopi secawan.Makan kuih.
Jam 11 pagi pergi beli lauk di Pasar Datuk Keramat.
solat zohor. Hujan. Pergi dengan Kancil.
Berbual dengan PakLang Zulkafli. Nauwar menonton drama Korea di ruang tengah.
Guna laptop dan internet.

Pergi ke Pasar Datuk Keramat dengan motosikal. Bawa plastik untuk simpan telur. Beli lauk. Beli timbikai. Beli telur bawa dalam karung plastik khas untuk telur.

Jam 1 tengah hari, makan nasi bersama Mamanya. Mamanya masak gulai lemak sayur kobis.

Pergi ke Masjid Ansar solat zohor.

Balik ke rumah.

Berbual dengan Zulkafli perkara adik beradik.

Jam 4.30 petang, pergi semula ke Masjid Ansar solat asar.

Azfar datang ke rumah. Kawan Azfar juga datangke rumah dengan produk kasut untuk bersukan. Nama kawan Azfar waktu sekolah dahulu nama Shahrin.

Solat maghrib. Masjid Ansar.
Isyak.
Balik rumah selepas 9.15 malam.
Makan nasi. Jam 11.30 malam, naik ke vbilik tidur.

Pagi Isnin Sejuk Sedikit

Isnin 17 Mac 2014 bersamaan 15 Jamadil Awal 1435H (76/2014)

Catu air bermula 4 Mac 2014 dahulu. Hujung minggu mengalami hujan.

Bangun pagi selepas jam 5.30 pagi. Turun ke bilik mandi bawah. Dari kelmarin simpan air dalam baldi, tempayan plasytik rerah dalam bilik mandi. Mandi guna air dari baldi.

Bersiap pakai baju Melayu biru. Di luar rumah, jalan raya kelihatan basah tanda hujan malam semalam. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Solat subuh Imam Muliyadi. Selepas solat di ikuti kuliah mengaji Koran ayat 92 Surah Nisak di ketui Imam Muliyadi. Tafsiran dan tawjid di sampai oleh Ustaz Ashaari.

Jam 7.20 pagi Abah tunaikan solat isyrak. Keluar kawasan masjid dan singgah di gerai depan Sekolah Agama INtegrasi AU2A. Beli kuih ketayap dan kuih keria. Simpan dalam bakul motosikal. Balik semula ke Masjid Ansar.

Ikut sama kumpulan mengaji bersama Haji Ariff. Peserta ada 8 orang. Sesi mengaji berjalan sehingga jam 9 pagi lebih. Bersurai selepas itu.

Tiba di rumah, letak kuih di meja makan di dapur. Mamanya tidak lama kemudian sediakan secawan kopi. Abah sarapan minum kopi dan makan kuih.

Mamanya beritahu jalan raya sesak pagi ini sewaktu menghantar Anis ke stesen LRT Setiawangsa.

Ampang Point/ Cuci Akuarium Kekura

Jumaat 14 Mac 2014 bersamaan 12 Jamadil Awal 1435H. (73/2014)

Surah sajadah. Imam Muliyadi.

Ayat 90-91 Surah Nisak.

Kuih melaka.

Jerebu bertambah tebal hari ini.image

Cuci Akuarium Kekura

Air kekura dalam tangki sudah hijau pekat. Guna hos plastik panjang dan bunagkan air lama . Buang ke tepi pagar halaman melalui hos plastik.

Ampang Point.

image

Kedai tudung.

image

Singgah Pasar Datuk Keramat. Beli sayur tumis.

Makan nasi berdua dengan Mamanya di meja makan di dapur.

Bersiap,mandi. Pakai baju Melayu biru. Pergi ke Masjid Ansar untuk solat Jumaat berjemaah. Pergi dengan motosikal dan tidak lupa pakai topeng muka kerana keadaan berjerebu sejak semalam.

Nauwar, KLCC
Nauwar keluar seorang dan pergi ke KLCC.

Abah pergi solat asar. Bawa Kancil kerana hendak ambil Nauwar selepas solat nanti.

Solat asar.

Selepas asar, pergi ke stesen LRT Setiawangsa. Tunggu depan stesen sehingga Nauwar muncul.

Balik ke rumah.

Minum teh susu.

Selepas jam 6 petang. keluar semula dan ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar. Solat maghrib. Dengar ceramah selepas maghrib.

Solat isyak jam 9 malam.

Jam 9.30 malam, makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.

Anis tidak makan. Anis buat kerja dengan lap top di meja ruang tamu sehingga lewat malam.

Adlan Balik Hari KL-Ipoh/Jerebu

Khamis 13 Mac 2014 bersamaan 11 Jamadil Awal 1435H (72/2014)

Solat subuh.

Sesi mengaji Koran.

Jam 9.30 pagi, sarapan makan kuih kaswi dan karipap.

Adlan sms whatsapp beritahu rancangan datang ke KL.

Beli lauk di Medan Selera Taman Setiawangsa.Pergi dengan motosikal. Hala balik ke rumah, singgah di stesen Petronas. Isi petrol.Waktu itu 11.19 pagi. Balik ke rumah.

Adlan tiba dari Ipoh

Keluar semula dengan kereta Waja. Tunggu Adlan di stesen LRT Setiawangsa.

Jam 12.09 pm, SMS dari Adlan ke HP Abah,”LRT jammed dekat Ampang Park. Sabor ye”

Adlan telefon beritahu LRT bermasalah.

Jam 12.14 tengah hari Adlan SMS ke Abah, ” Train rosak. Kena tukar train. Abah tunggu dulu lah”

Jam 12.16 tengah hari Adlan telefon ke Abah dan beritahu minta ambil di stesen LRT Damai. Waktu ini tren berhenti lama pula di sini.

Abah teus memandu menuju ke stesen Damai. Adlan sudah tunggu di tepi jalan raya depan stesen.
Hala balik singgah di stesen Petronas AU2 Taman Seri Keramat. Isi petrol untuk kereta Waja RM78.78. Sambil itu Abah beli roti Gardenia dalam Kedai Mesra Petronas. Balik ke rumah.

Adlan keluar semula guna kereta Waja untuk berjumpa klien.

Abah bersiap dan pergi ke Masjid Ansar dengan menunggang motosikal. Solat zohor.

BR1M DBKL
Rancang ambil kupon BR1M bagi pihak Adlan/ Pergi dengan motosikal ke DBKL Wangsa Maju. Naik ke tingkat 1.
Dapatkan kupon BR1M bagi pihak untuk Adlan. Tunjuk sijil lahir dan kad pengenalan. Ambil masa seketikasahaja.
Balik semula dengan motosikal ke rumah.

Tidur.

Solat asar.

Ambil Anis.

Adlan tiba di rumah.

Mandi. Bersiap pakai pakaian bersih.

Adlan Balik ke Ipoh
Jam 6.30 petang Adlan tiba di rumah. Mamanya suruh Adlan minum teh dan makan kek dahulu. Adlan beritahu rancang balik ke Ipoh dengan bas ekspres yang berlepas jam 8 malam dari Pudu Sentral.
Hantar Adlan ke Pudu Sentral dengan motosikal. Tiba di Pudu Sentral sekitar jam 7.20 malam. Adlan terus pergi ke kaunter bas ekspres Plusliner. Beli tikit bas Plusliner untuk ke Ipoh. Naik ke surau. Solat maghrib berjemaah.

Nampak Adlan di gerai dekat pintu masuk P9. Adlan beli sandwic.

Tengok Adlan naik bas ekspres Plusliner ke Ipoh.

Ambil motosikal. Keluar Pudu Sentral. Balik ke rumah.

Tiba di rumah, bersiap dan pakai baju Melayu untuk pergi ke Masjid Ansar.

Solat isyak.

Kenduri selepas isyak. Hidangan di serambi masjid.

Bawa balik ke rumah nasi minyak dan ayam goreng.

Jam 11.44 malam, Adlan whatsapp beritahu sudah tiba di rumah di Ipoh.

KOD ISBN PNM

Rabu 12 Mac 2014 bersamaan 10 Jamadil Awal 1435H (71/2014)

Catu air kawasan Keramat telah bermula sejak selasa 4 Mac 2014.

Semalam dan hari ini tidak ada air.

Kapalterbang MAS370 masih hilang sejak Sabtu 8 Mac 2014.Hari ini hari ke limakehilangan pesawat MAS hilang.

Jam 5.50 pagi segera bangun, mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat subuh. Pergi dengan motosikal. Solat berjemaah. Ikuti kuliah mengaji ayat 84-86 Surah Nisak, Di ketuai Imam Muliyadi. Terjemahan, tafsiran dan tajwid di pimpin oleh Ustaz Salleh Ashaari.

Solat isyrak. Jam 7.45 pagi masuk ke dewan ikuti kumpulan sesi mengaji bersama Haji Ariff.

Jam 9 beredar dari masjid ke gerai di Medan Selera AU2 berhampiran Asrama Semai Bakti FELDA. Haji Abu belanja sarapan makan nasi lemak.

Tiba balik di rumah sekitar jam 10 pagi.

Kod ISBN untuk Percetakan Baharu
Pergi ke Perpustakaan Negara M<alaysia dengan motosikal. Naik tingkat 3. Berjumpa seorang lelaki Firdaus, dan tunggu beliau untukmendapatkan kod ISBN. Tunggu lama. Beliau berikan satu salinan fotostat surat nombor kod ISBN atas nama Dezeek Media. Di bertahu yang asal telah di hanat ke alamat di Ipoh.

Hala balik singgah di Pasar DAtuk Keramat. Belilauk di Fauziah Nasi Campur.

Jam 1 petang makan nasi berdua dengan Mamanya.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah.

Tidur seketika di ruang tengah depan TV. Mamanya juga ,enonton TV3 drama Filipina dan drama Melayu.

Jam 4.40 petang pergi ke Masjid Ansar solat asar.

Selepas jam 6 petang, guna Kancil dan ambil Anis yang baharu balik dari tempat latihan di AGRO Bank KL.

Minum petang. Teh susu. Makan kek cokelat.

Jam 7 malam, bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat maghrib.

Ceramah di sampai oleh Habib Ali Zaenal Abidin.

Selepas isyak balik ke rumah. Anis berada dalam bilik di atas.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.