Pagi Isnin Sejuk Sedikit

Isnin 17 Mac 2014 bersamaan 15 Jamadil Awal 1435H (76/2014)

Catu air bermula 4 Mac 2014 dahulu. Hujung minggu mengalami hujan.

Bangun pagi selepas jam 5.30 pagi. Turun ke bilik mandi bawah. Dari kelmarin simpan air dalam baldi, tempayan plasytik rerah dalam bilik mandi. Mandi guna air dari baldi.

Bersiap pakai baju Melayu biru. Di luar rumah, jalan raya kelihatan basah tanda hujan malam semalam. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Solat subuh Imam Muliyadi. Selepas solat di ikuti kuliah mengaji Koran ayat 92 Surah Nisak di ketui Imam Muliyadi. Tafsiran dan tawjid di sampai oleh Ustaz Ashaari.

Jam 7.20 pagi Abah tunaikan solat isyrak. Keluar kawasan masjid dan singgah di gerai depan Sekolah Agama INtegrasi AU2A. Beli kuih ketayap dan kuih keria. Simpan dalam bakul motosikal. Balik semula ke Masjid Ansar.

Ikut sama kumpulan mengaji bersama Haji Ariff. Peserta ada 8 orang. Sesi mengaji berjalan sehingga jam 9 pagi lebih. Bersurai selepas itu.

Tiba di rumah, letak kuih di meja makan di dapur. Mamanya tidak lama kemudian sediakan secawan kopi. Abah sarapan minum kopi dan makan kuih.

Mamanya beritahu jalan raya sesak pagi ini sewaktu menghantar Anis ke stesen LRT Setiawangsa.

Advertisements