Solat Istisqaq

Khamis 6 Mac 2014 bersamaan 4 Jamadil Awal 1435H (65/2014)
image

Bangun sebelum 6 pagi. Guna air di bilik andi bawah. Bersiap dan memakai jubah putih. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.
Solat subuh pimpinan Imam Amri. IKuti kuliah mengaji beramai pimpinan Imam Amri, dan dengar tafsiran serta tajwid dari Ustaz Salleh Ashaari. Apabila masuk syuruk, solat sunat isyrak di luar dewan. Guna sejadah di serambi.

Pergi ke tandas dan bilik wuduk, dan dapati tidak ada air dari pili. Kolah juga kelihatan kosong. Nampak kerdak di dasar kolah masjid.

Ikuti sesi mengaji Koran bersama kumpulan di pimpinan Haji Ariff.

Sebelum balik ke rumah, solat sunat dhuha di serambi terdahulu. Matahri sudah naik waktu ini. Matahari menyerlang. Gerai kuih di Jalan AU2A sudah tutup. Balik terus ke rumah.

Mamanya sediakan secawan kopi susu. Makan roti Gardenia wholemeal sapu mentega dengan jem strawberi untuk sarapan.

Nauwar baharu turn dan bersiap.

Guna laptop Anis yang ada di meja ruang tamu.Anis sudah pergi ke Agro bank hari ke 4 hari ini.

Jam 10 pagi, ada air di pili sinki basuh tangan dapur.

Selepas 6 petang ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Pakai jubah tidak berkolar. Solat maghrib.

Selepas isyak, Imam Muliyadi beri keterang cara solat istiqaq, ia itu, solat minta hujan. Sekarang ini kekurangan hujan di negara.

Solat istisqaq.

Kenduri di serambi. Bawa nasi minyak ke rumah.

Advertisements