Monthly Archives: Mei 2012

Tukar tayar kereta Waja

Khamis 31 Mei 2012 bersamaan 10 Rejab 1433 (152/2012)
Bangun jam 5.44 pagi. Segera bangun. Mandi dan bersiap. Pakai baju ungu. Cuaca di luar rintik. Memandu Kancil pergi ke Masjid Ansar. Selepas solat subuh dan selepas wirid, segera keluar dewan masjid untuk alihkan kereta Kancil yang menghalang kereta jemaah lain. Kedengar bunyi hon dari sebuah van yang terhalang. Segera bergerak menuju ke Kacil dan sambil itu mengangkat tangan sebagaio tanda minta maaf kepada pemandu yang menunggu di dalam van putih. Beliau di kenali sebagai Komander Zainal kenalan Abah dari TLDM Lumut dahulu.

Masuk semula ke dalam dewan dan mengikuti mengaji beberapa ayat Surah Ghaffir dengan tafsiran. Jam 6.30 pagi, keluar dari dewan balik. Singgah di gerai beli kuih.

Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa.

Jam 10 pagi menunggang motosikal terus pergi ke Pudu Sentral. Banyak kepayahan letak motosikal kerana tidak ada ruangan cukup. Terus naik ke tingkat 1 danbeli tiket di Kaunter Arwana. RM24.60. Keluar dari kompleks. Munggang balik ke rumah ikut Prolintas. singgah Pasar DAtok Keramat. Beli lauk di Fauziah Nasi Campur.

Jam 11 pagi keluar semula tetapi dengan kereta Waja. Rancang tukar tayar. Periksa dan dapati hanya tayar kanan belakang sahaja yang botak banyak. Pergi ke bengkel Jasna di pekan. Kena tunggu kerana nampak banyak pelanggan bengkel waktu ini. Apabila mekanik beri isyarat, baharu undur kereta masuk bengkel.

Sebelum 1 petang makan nasi berdua dengan Mamanya di meja makan di dapur.

Solat zohor di Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal. Pakai bau Melayu merah yag tidak berkolar.

Jam 2.30 petang bersiap keluar. Bersama Mamanya pergi ke rumah Pak Lang Zulkafli di Taman Jasa, Sg Tua, Selayang. Ikut DUKE dan Sri Gombak. Berbual berkaitan pewrsiapan majlis perkahwinan Razi pada hujung minggu ini. Pagi esok Pak Lang dan keluarga pergi ke Skudai, Johor. Malam ini Razi pergi ke Johor berdua dengan seorang kawan. Razi pergi dahulu.

Solat asar di surau Taman Jasa. Pergi bersama Pak Lang Zulkafli. Memandu Waja letak tepi surau masuk ikut padang bersebelahan.

Tiba rumah jam 5.30 petang. Abah bersiap untuk mencuci kereta Waja. Mamanya beritahu kereta terlalu kotor. Ambl sabun di dapur. Guna air saun Trojan bancuh dalam baldi merah. Abah lap dengan kain pengelap tebal. Jirus dengan air guna hos kuning ambil air dari pili luar.

Sambung kerja dan cuci lamtai porch.

Jam 5.40 petang, terima SMS dari Syairazi beritahu alamat rumah inap di Taman Seri Pulai, Skudai.

Jam 7 malam, Mamanya beritahu supaya pergi ke masjid. Berhenti mencuci kereta dan porch. Tanggalkan hos dari pili. Kemaskan hos di teres.
Naik ke bilik dan bersiap. Pakai baju Melayu ungu. Waktu ini mula hujan lebat. Terlalu lebat. Guna Waja pergi ke Masjid Ansar.

Hujan Lebat di Masjid Ansar
Dapat letak kereta Waja di bawah khemah berhampiran pagar. Tidak basah jika keluar dari kereta. Mudah buka payung. Jalan kira 20 meter ke serambi masjid. Hujan masih lebat. Air takung tepi premis masjid. SMS tweet beritahu tidak ada kenduri di masjid malam ini.

Solat maghrib. Selepas itu majlis membaca Yasin beramai.

Solat isyak. Selepas isyak ada solat hajat.

Berbual seketika dengaa seorang ahli jemaah masjid. Beliau adalah bapa mertua artis Tomok. Beliau tidak dapat ingat nama anak Tomok yang baharu lahir.

Balik ke rumah. Waktu ini hujan reda.

Maknan nasi berdua dengan Mamanya.

Lepas itu Nauwar turun dan makan nasi seorang.

Jam 10.57 malam, SMS ke Ina Shaari nombor telefon Pak Lang Zulkafli yang di minta.

Abah bersiap untuk pergi ke Lumut lewat malam ini.

Balik ke rumah.

Kelinik Pergigian AU2A Scaling

Rabu 30 Mei 2012 bersamaan 9 Rejab 1433 (151/2012)

Solat subuh di Masjid Ansar. Pergi dengan kereta Kancil. Solat subuh. Kuliah mengaji ayat Surah Ghaffir. Hala balik singgah di gerai Jalan AU2A beli kuih lapis dan ketayap.
Jam 6.50 pagi, hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa. Nauwar memakai jaket dan cap. Seperti ada event NTV7.
Balik ke rumah. Tidur. Bangun jam 9.30 pagi.
Azfar sudah pergi kerja.
Hujan lebat. Beberapa kali elektrik terputus disebab kilat dan guruh .
Sarapan pagi bersama Mamanya. Ada urusan dengan doktor gigi di Kelinik Pergigian AU2A. Bawa bersama kad pesara Mamanya. Masih hujan. Pergi ke kelinik dengan kereta Waja. Kawasan kelinik sesak dengan kenderaan. Buat dua pusingan dalam kawasan kelinik sebelum nampak satu kereta baharu keluar. Tunggu dan masuk ke ruang. Masih hujan. Guna payung dan terus pergi ke Kelinik Pergigian. Dapat nombor 2005.

Rawatan cuci gigi cara ‘scaling’ atau kikis plak yang ada melekat pada gigi. Doktor gigi orang India muda. Proses kikis ada tiga pusingan. Setiap kali selesai, perlu kumur mulut buang air dan darah dari mulut. Jam 11.15 pagi selesai.

Keluar dari kawasan kelinik dan terus memandu ke Pasar Datok Keramat.

Balik ke rumah. Waktu ini jam 12 tengah hari. Rumah kelihatan bersih. Mamanya baharu selesai mop dan bersihkan lantai semua ruang.

kAWAN DATANG
Mamanya panggil dari bawah. Ada panggilan telefon. Turun tangga. Mamanya beri telefon bimbit.Waktu jam 5.34 petang. Kawan bernama Shahar dari Kuantan telefon berithau datang ke rumah. Suruh beliau memandu menuju ke Masjid Muaz bin Jabal, Taman Setiawangsa. Beliau setuju buat begitu.
Jam 6.11 petang terima panggilan dari beliau beritahu sedang menunggu depan masjid. Abah segera menunggang motosikal dan jumpa beliau depan masjid. Beritahu supaya ikut dari belakang. Menunggang di depan dan beliau ikut dengan kereta Proton Saga putih masuk Taman Keramat Permai sehingga tiba depan rumah.

Berbual di ruang tamu. Azfar datang dan bertanya jika Shahar pilih minuman jenis apa. Azfar datang semula bawa jius epal. Tidak lama kemudian Nauwar tiba balik di rumah.

Kedengaran azan maghrib. Kawan abah, minta dari dan beredar dari rumah.

Abah segera bersiap untuk pergi ke masjid.

Selepas iyak balik ke rumah.

Mamanya hidang makan malam. Azfar juga ikut sama makan selepas Abah dan Mamanya selesai makan.

Mamanya beritahu Nauwar sudah keluar sewaktu abah berada di masjid.

Hujan Pagi di Taman Keramat Permai

Ayam Panggang Pepper Honey, Tesco Ampang.

Selasa 29 Mei 2012 bersamaan 8 Rejab 1433 (150/2012)

Mamanya kejutkan Abah, “Dah pukul 6.00!”

Abah segera bangun. Terus masuk ke bilik mandi. Bersiap dan segera memakai baju Melayu ungu dan kain pelikat puth kelabu cair kotak kotak. Segera keluar dengan motosikal. Menunggang terus menuu ke Masjid Ansar. Nampak beberapa ahli jemaah beredar keluar dari masjid. Solat berjemaah sudah selesai. Ustaz Muliyadi sedang baca wirid. Tidak nampak sesiapa solat berseorangan dalam dewan masjid atau pun di serambi.

Menunggang motosikal terus pergi ke Masjid Muaz bin Jabal di Taman Setiawangsa. Waktu ini juga kedengaran imam membaca doa. Solat berjemaah juga sudah selesai. Masuk ke premis masjid. Nampak seorang dengan baju kemeja dan seluar biasa sedang solat seorang di bahagian belakang dean masjid. Ambil peluang ini untuk berjemaah. Segera ikut sama berjmaah dengan individu ini. Tidak lama kemudian ada seorang lain lagi datang ikut sama berjemaah. Alhamdulillah.

Sebelum balik ke rumah, tunai lagi solat kada subuh.

Tiba rumah dan naik ke bilik. Perlu ke tandas dahulu. Waktu itu Nauwar sedang bersiap untuk pergi kerja. Tunggu Nauwar bersiap. Nauwar juga perlu pergi ke tandas.

Hantar Nauwar dengan Kancil ke stesen LRT Setiawangsa. Nauwar pergi kerja di NTV7 Bandar Utama PJ.

Tesco Ampang
Jam 11 pagi Abah dan Mamanya berdua pergi membeli barang keperluan di Tesco Ampang di MRR2. Memenadu kereta Waja ikut MRR2. Buat pusingan sebelum Tman Maluri, ke MRR2 hala Ampang tetapi terlepas laluan masuk ke Tesco Ampang! Tidak jumpa jalan masuk ke Tesco dan terpaksa buat satu pusingan besar keliling belakang perumahan belakang kawasan Tesco, Kg Pandan Dalam sebelum jumpa laluan masuk ke kawasan Tesco Ampang. Masuk ke kawasan Tesco. Letak kereta Waja tidak jauh dari pintu masuk pasaraya.

Jam 12.13 petang Abah SMS tweet, “Adila, socket mana?”

Tolak troli dalam pasaraya. Sebagaimana di rancang, Mamanya singgah di kaunter ayam panggang. Beli susu, roti Gardenia Wholemeal, ayam panggang, sayur bayam. Teringat rancangan bercuti ke Australia bulan depan, Abah beli satu set stokin untuk Abah dan lain lain. RM150.50 Waktu itu jam 1.06 petang.

Balik ke rumah. Waktu itu jam 1.07 petang. Memandu Waja dan balik ikut MRR2 dan Jalan Enggang. Singgah ke Masjid Ansar. Abah turun untuk solat zohor berjemaah di masjid. Mamanya bawa kereta terus balik ke rumah. Abah masuk ke kawasan masjid, ambil wuduk di pili luar dan masuk dewan. Ikut sama berjemaah solat masbuk.

Jalan kaki balik ke rumah. Tiba di rumah, ketuk pintu pagar. Mamaya buka pintu pagar otomatik.

Makan nasi tengah hari berdua dengan Mamanya.

MYEG
Terima panggilan telefon. Dari penghantar dokumen waktu ini berada depan rumah. Hantar Cukai Jalan. Abah segera pergi ke pintu pagar. Envelop plastik putih logo MYEG mengandungi Cukai Jalan untuk kereta Kancil WKC 3053. Canggih sekarang. Wakil insuran buat melalui internet ke MYEG. di hantar ke rumah. Pembayaran di buat ke wakil insurance melalui internet juga.

Menonton TV3 drama Filipina.

Jam 4.20 petang Abah pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Pakai baju Melayu tidak berkolar berwarna merah. Waktu ini Mamanya menonton TV di ruang tengah.

Di masjid, ada notis pemberitahuan bahawa tarikh 28 Mei dan 16 Julai adalah tarikh setiap tahun untuk pemeriksaan atau ‘verification’ arah kiblat.

Selepas asar, Abah terus pergi ke gerai di flet 2B. Beli pisang goreng. Balik semula ke rumah.

Jam 5.45 petang Mamanya beritahu gas dapur habis. Ada tong gas tambahan di belakang pintu dapur. Abah segera tukar tong gas. Mamanya sedang jerang air untuk minum petang. Jam 6.15 petang baharu Mamanya sediakan teh untuk minum petang.

Tidak lama kemudian Azfar tiba balik ke rumah. Waktu itu Abah baharu tengok tangki kura kura. Waktu itu sedang keluarkan air dari tangki kura kura.

Periksa kereta Kancil Periksa air radiator melalui tangki reserve.

Tukar Air Tangki Kekura
Guna pam khas dan keluarkan air dari tangki kura kura. Air sudah terlalu kotor. Air dalam tangki sudah berwarna hijau.

Tangki kura kura kosong belum diisi air
Penuhkan semula dengan air bersiah dari pili. Gun ahos plastik kuning sambung dari pili di depan rumah masuk terus ke tangki sehingga hampir penuh.

Selepas jam 7 malam, bersiap pergi ke Masjid Muaz bin Jabal di Taman Setiawangsa. Pakai baju Melayu ungu. Pergi dengan kereta Kancil. Ada ceramah selepas maghrib. Solat isyak berjemaah. Selepas isyak balik ke rumah. Tiba balik di rumah jam 9.20 malam.

Makan nasi bersama Nauwar, Azfar dan Mamanya. Lauk ayam panggang yang Mamanya beli dari Tesco tengah hari tadi.

Pejabat Imigresen Kajang

Isnin 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433 (149/2012)

Jam 5.15 pagi bangun dan mandi. Bersiap pakai baju Melayu ungu dengan kain pelikat puth kelabu kotak. Ketuk pintu bilik tidur Azfar dan kejutkan Azfar. Pergi ke Masjid Ansar dengan menaiki Kancil. Tunggu dalam kereta sehingga azan subuh selesai. Solat subuh berjemaah.

Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa.

Pagi mula cerah awal. Nampak lori sampah di depan rumah.

Azfar keluar pergi kerja dengan membawa kereta Kancil.

Mamanya pesan buat paspot antara bangsa untuk Anis. Tunggu Anis bersiap. Setuju pergi ke Pejabat Imigresen di Kajang untuk buat paspot antarabangsa.

Imigresen Kajang
Jam 10.30 pagi Abah keluar dengan Anis menaiki Waja untuk pergi ke Pejabat Imigresen di Kajang. Sebelum itu singgah di Kolej UPM Serdang untuk Anis ambil dokumen dari Kolej 12. Abah tunggu dalam kereta di tepi jalan tidak jauh dari Kolej Antarabangsa.

Tidak lama kemudian jam 11.32 pagi, terima satu panggilan dari seseorang bernama Mazurah dari Pulau Pinang bertanya dan minta buat tempahan menyewa rumah Desa Pangkor untuk tarikh 3 Jun 2012.

Keluar dari kawasan UPM Serdang dan masuk ke kawasan Bangi. Tersilap jalan di Bangi. Patah semula dan memandu ikut Jalan Reko menuju ke Kajang. Lokasi Pejabat Imigresen adalah di atas Kompleks Terminal Bas Ekspres Kajang. Tiba di kompleks jam 12 tengah hari.

Waktu ini terima satu panggilan dari Pak Lang Zulkafli. Tidak dapat bercakap melalui telefon bimbit kerana waktu ini Abah sedang memandu dan mencari tempat letak kereta.

Turunkan Anis di pintu utama masuk ke kompleks. Waktu itu jam 12 tengah hari. Panas terik waktu ini.

Anis beritahu terlalu ramai orang di pejabat imigresen. Anis cadang tukar tempat dan buat paspot di pejabat imigresen di Putrajaya. Rancang pergi ke Putrajaya lepas ini. Anis turun dari kompleks. Abah tunggu depan kompleks. Waktu ini jam 12.30 petang, memandu keluar Kajang dan Bangi menuju ke Putrajaya.

Sampai satu lokasi, Anis batalkan hasrat buat paspot di Putrajaya hari ini. Minta dihantar balik ke kolej UPM. Rancang buat sendiri pada hari Khamis minggu ini di Putrajaya. Abah hantar Anis balik ke kampus dan turun di kawasan kampus. Selepas turunkan Anis, Abah memandu keluar dari kawasan kampus. Ikut PLUS dan MRR2 balik ke rumah.

Tiba di rumah, simpan dahulu iPad di dalam rumah. Ambil kunci dan segera pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Masuk saf solat zohor berjemaah. Masuk rakaat kedua. Buat masbuk.

Selepas solat zohor menunggang balik ke rumah. Ambi topi keledar dan menunggang ke Restoran Ali Maju. Beli lauk dan nasi. Balik semula ke rumah.
Makan nasi bersama Mamanya.

Jam 4.30 petang, pergi semula ke Masjid Ansar solat asar.

Jam 5.37 petang terima satu panggilan dri Jusoph, wakil insuran dan cukai jalan kereta. Perlu membaharui untuk kereta Kancil esok.

Jam 6.45 petang Nauwar tiba balik dari kerja. Tutup tingkap depan.

Kali pertama terserempak orang kenalan KL di Pangkor

Ahad 27 Mei 2012 bersamaan 6 Rejab 1433 (148/2012)

Jam 5 pagi kedengaran alarm telefon bimbit di katil. Mandi. Turun tangga ke tingkat bawah. Pintu depan berkunci. Buka selak panjang yang menegak. Sebelum beredar rapatkan pintu hotel. Berjalan kaki ke Masjid Teluk Raja Bayang atau Masjd Pangkor terletak jarak kira kira 50 meter di hujung pekan Pangkor.

Adlan telefon dari Newcastle
Jam 8.23 pagi terima panggilan dari Adlan dari Newcastle, Australia. Berbual sehingga melepasi setengah jam. Waktu itu Abah berada dalam bilik Hotel Chuan Foo di Jalan Besar Pangkor. Adlan bertanyakan rancangan untuk melawat resort peranginan salji di Snowy Mountain NSW semasa Abah Mamanya bercuti di Australia bulan depan.

Jam 9.07 pagi telefon ke kumpulan Shahrul. Dapat aduan bahawa seterika di rumah Pangkor tidak berfungsi.

Jam 10.58 pagi telefon ke Mamanya. Waktu itu sedang Abah kemaskan bilik dan keluarkan cadar dan sarung bantal putih.

Jam 12.21 petang telefon ke Bendahari Flet bernama Suhana. Beliau keluar.

Jam 1.33 petang Suhana telefon. Naik ke flet jumpa beliau. Buat bayaran untuk kos bulanan penyelenggaran flet dan cukai tanah untuk flet.

Jam 1.10 petang telefon ke nombor telefon tetamu untuk hubungi Shahrul. Dengar suara wanita. Diberitahu bahawa kumpulan sudah keluar rumah dan waktu ini sudah tiba di Jeti Lumut. Abah segera pergi ke rumah untuk bersihkan rumah Desa Pangkor.

Berlepas Dari Lumut pulang ke KL

Berkejar ke Bas Arwana. Masukkan beg besra merah dengan troli ke bahagan beg bas. Naik bas dan duduk ikut suka hati. Nampak ada lagi dua pasang penumpang dalam bas. Teringat hendak beli makanan. Beri tahu pemandu bas. Bergegas turun bas ke kedai di premis stesen. Kedai pertama tidak ada roti. Di sebelah ada jual roti ban. Beli dua biji roti ban Gardenia perisa jagung manis. Tidak ada duit kecil. Bayar dengan wang kertas RM5. Dapat baki.

Segera bergerak ke bas dan menaiki bas. Wanita kaunter tiket suruh pemandu bas ekspres segera memandu beredar dari stesen kerana waktu sudah melepasi jam 5 petang.

Bas bergerak menuju ke Manjung. Sebelum itu singgah di stesen minyak Shell. Selepas isi minyak baharu bergerak menuju stesen bas Manjung. Tiba di stesen perlu turun untuk menunggu bas lagi satu untuk ke KL. Bas ini sebenarnya adalah untuk perjalanan ke Alor Setar. Turun dan pergi ambil beg dari bahagian beg. Tidak sangka dapati beg warna merah dengan troli terdampar atas ‘tarmac’. Segera dapatkan beg. Tunggu di kawasan menunggu stesen bas.

Akhirnya bas Arwana untuk ke KL tiba. Naik bas dan cari tempat duduk. Jam 5.49 petang baharu bas Arwana bergerak meninggalkan stesen bas Manjung menuju ke KL. Duduk di kerusi tempat duduk nombor 14 seperti tertulis pada tiket bas semasa mendapatnya di stesen bas Lumut.

Singgah di Kg Koh. Waktu ini jam 6 petang. Ambil beberapa penumpang. Kebanyakkan orang Cina. Sambung perjalanan menuju ke Teluk Intan. Tertidur dalam perjalanan sebelum tiba ke daerah Teluk Intan. Mercu tanda yang terkenal adalah Grand Court Hotel. Singgah di Terminal Bas Teluk Intan. Ambil lagi penumpang.

Tukar tempat duduk.

Tiba Kuala Lumpur dan bas masuk terus ke pletform di besmen Pudu Sentral.

Abah berada di luar Surau Jumaat Pudu Sentral. Jam 10.12 malam, terima satu SMS dari Mamanya bertanya jika Abah Sudah sampai ke KL waktu ini. Jawab SMS ke Mamanya beritahu sudah selesai solat di Surau di Pudu Sentral dan rancang berjalan kaki ke stesen LRT Masjid Jamik untuk balik ke rumah.

Tetamu Desa Pangkor Kumpulan Shahrul, T Malim

Sabtu 26Mei 2012 bersamaan 5 Rejab 1433 (147/2012)

Jam 1 pagi Mamanya hantar Abah ke Pudu Sentral. Turun depan Menara Maybank. Mamanya belok ke Jalan Tun Tan Cheng Lok dan balik ke rumah. Abah pakai beg gantung ke bahu. Tarik lagi satu beg dengan troli menuju ke kaki lima dekat Pudu Sentral seberang jalan raya bertentangan dengan Restoran KFC. Sambil tunggu nampak dua orang asing lalu berekatan. Nampak seperti orang timur tengah. Seorang dari pada mereka bertanya jika ini adalah lokasi untuk menunggu bas ekspres untuk pergi ke Pangkor. Percakapan kurang jelas dan ingatkan beliau sebut Bangkok.

Jam 2.10 pagi bas ekspres berlepas untuk ke Lumut. Jam 3.30 pagi berhenti di Slim river. Jam 4.54 pagi singgah di Teluk Intan.

Tiba di stesen bas Lumut jam 6.10 pagi. Turun bas dan keluarkan beg merah dari tempat barang barang. Kedengar sura dari Masjid Adli, Lumut. Imam membaca surah dalam wirid. Sebera tarik beg dan berjalan kaki segera ke Masjid Adli, Lumut. Letak beg baawah bangsal berdekatan bilik mandi dan tandas. Masuk ke tandas dahulu. Selepas itu baa kedua dua beg ke kawasan serambi masjid bahagian belakang yang berdekatan kawasan wuduk. Letak beg di serambi. Ambil wuduk. Pakai ketayap. Masuk ke dewan masjid. Tidak ada orang solat waktu ni. seketika kemudian, nampak seorang mula solat. Segera ikut sama berjemaah dan solat subuh.

Berjalan kaki ke Jeti Lumut. Ramai pengunjung menunggu. Hampir jam 7 pagi, masuk ke bahagian masuk. Pergi ke meja tiket untuk penduduk Pangkor. Hulurkan wang kertas RM5 dan RM1. Jumlah RM6 untuk satu tiket feri khas untuk penduduk Pulau Pangkor.Masuk ke jeti . Nampak satu feri baharu tiba. Berbaris beramai dan masuk ke dalam feri.

Jam 7.06 pagi berada dalam feri.

Feri singgah ke Terminal Sg Pinang. Orang asing timur tengah yang nampak di Pudu Sentral, pandang arah Abah.
Abah cakap , ” Next stop”
Beliau faham dan bersama rakan masuk semula ke bahagian belakang.

Keluar dari feri naik ke jeti Pangkor jam 7.37 pagi. Singgah di Kafetria Haida. Makan kuih tiaw dan kopi O.

Jalan kaki terus menuju ke rumah di Taman Desa Pangkor. Menghampiri deretan kedai baharu sebelum tiba rumah. Kedai hujung sudah bersiap untuk berniaga. Bertanya seorang pekerja lelaki yang sedang susun kerusi. Dapat tahu ini adalah hari pertama pembukaan restoran kepunyaan peniaga Melayu.

Restoran baharu di buka hari ini Sabtu 26 Mei 2012 Jalan Pasir Bogak berdekatan Taman Desa Pangkor.

Jam 1.04 terima satu panggilan dari tetamu Shahrul beritahu sudah tiba di Pangkor. Waktu Abah segera berjalan kaki menuju ke Jeti Pangkor untuk berjumpa kumpulan tetamu ini. Cuaca waktu ini panas terik.

Bawa kumpulan Shahrul ke rumah Desa Pangkor. Beri kunci kepada tetamu. Waktu itu jam 1.30 petang.

Jalan kaki ke pekan Pangkor.
Terserempak Anak Meza dan Fazillah di Pangkor
Terjumpa orang kenalan. Anak Meza dan Fazillah. Anak mereka bernama Nor dengan keluarga. Nor dengan suami dan anak kecil dalam ‘stroller baby’.

Tempah bilik di Chuan Foo Hotel Jalan Besar Pangkor. Tidak jauh dari Masjid Pangkor.

Jam 9.30 malam, makan nasi goreng kampung di Restoran Hassan.

Pergi ke Pangkor Tetamu Kumpulan Shahrul T Malim

Jumaat 25 Mei 2012 bersamaan 4 Rejab 1433 (146/2012)

Bangun subuh. Bersiap mandi dan pakai jubah kelabu cair. Kedengaran seperti lori sampah di luar. Buka pintu pagar dan segera keluar. Bukan lori sampah dapur tetapi lori sampah pepejal. Nampak mereka kutip kayu depan rumah Zakaria. Segera ambil plastik beg mengandungi kain lama dan kusyen lama. Letak di depan rumah. Pekerja ambil ke lori.

Pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil. Selepas solat subuh ada kuliah mengaji Quran pimpinan Ustaz Muliyadi. Hanya mengaji sahaji beberapa ayat surah Zumar. Tidak sedar Ustaz Salleh tidak ada. Selepas mengaji beramai Ustaz Muliyadi terus membaca doa tamat mengaji Quran. Baharu sedar tidak ada Ustaz Salleh yang biasa buat tafsiran.

Halan balik singgah gerai beli kuih kuswi dan keria.

Hantar Nauwar ke stesne LRT Setiawangsa. Waktu ini dari tadi hujan renyai sedikit.

Jam 10 pagi baharu sarapan makan kuih keria dengan kuih kuswi. Mamanya beritahu dua biji kuih kuswi sudah di ambil orang lain.

Jam 11.30 pagi beli lauk di Pasar Datok Keramat.

Selepas makan, naik ke bilik. Mandi dan bersiap pergi solat Jumaat di Masjid Ansar. Pakai jubah kelabu cair . Pergi dengan motosikal. Sesak di dalam kawasan masjid. Khemah berhampiran serambi penuh. Perhatikan ada ruangan di khemah. Laluan di halan skuter kuning. Perlahan lahan tolak motosikal melepas skuter dan kereta dan dapat letak motosikal di ruag bawah khemah. Seperti biasa kunci motosikal pada roda depan. Masuk dan duduk di serambi selepa solat sunat Jumaat. Dengar khutbah yang di baaca Ustaz Rahimin tajuk berkisar hiburan sekarang yang tidak mengikut cara Islam. Mausk ke dewan masjid untuk solat Jumaat waktu iqamah.

Balik ke rumah.

Tidur di bilik atas. Jam 4.20 petang bersiap dan pergi solat asar di Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal. Cuaca kelihatan redup dan mendung sahaja. Solat asar. Di sebelah kiri anak Norpi dan di sebelah kakan, jiran bernama Hj Zaid.

Selepas solat pergi ke stesen minyak Petronas. Beli roti Gardenia. Sebelum itu guna ATM Maybank Kawanku dalam Kedai Mesra. Hairan juga nampak di luar premis pekerja stesen pelawa makanan yang di hidang. Hidangan teh dan kuih kuih tradisional di meja. Ada promosi sesuatu. Balik ke rumah.

Anis telefon ke Mamanya minta dapatkan selasih. Mamanya ada stock di dapur. Tidak perlu beli yang baharu.
Jam 6 petang Azfar tiba balik di rumah.

Abah di halaman. Nampak kawan Azfar bernama Ayu tiba depan rumah. Buka pintu p[agar dengan alat kawalan jauh dari dalam kereta Kancil. Ayumasuk ke dalam rumah dan berjumpa Azfar.

Jam 6.45 petang Suzaimin tiba di rumah.

Jam 7.10 malam, Azfar keluar dengan Suzaimin.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat maghrib. Ceramah selepas maghrib. Solat isyak. Selesai isyak balik ke rumah.

Tiba depan rumah nampak kereta Proton Gen2 depan rumah. Masuk motosikal ke porch. Mamanya duduk di sofa ruangtengah sedang menonton rancangan hiburan pertandingan band. Siaran bertajuk ‘Versus’.

Azfar dan Suzaimin makan nasi berdua di dapur.
Jam 10 malam, Abah dan Mamanya makan nasi.

Bersiap barang untuk pergi ke Pangkor malam ini. Naik kebilik jam 11 .30 malam, rehat seketika sebelum rancang pergi ke Pudu Sentral jam 1 pagi nanti.

Periksa Gigi, Kelinik Pergigian AU2

Khamis 24 Mei 2012 bersamaan 3 Rejab 1433 (145/2012)

Solat subuh. Pergi ke Masjid Ansar menaiki Kancil.

Jam 7.40 pagi terima SMS dari tetamu bernama Salihah, Selayang, yang tempah rumah Pangkor beritahu akan masukkan deposit hari ini. Tempahan untuk tarikh Jumaat 1 Jun 2012 depan.

Azfar keluar kerja denga kereta Waja.

Periksa Gigi.
Jam 10.30 pagi pergi ke Kelinik Pergigian AU2A. Periksa gigi. Beberapa hari lepas sakit gusi. Rasa sakit apabila mengunyah makanan. Ini kali pertama datang ke kelinik pergigian sekian bertahun lamanya. Selepas di periksa doktor keturunan India seorang pemuda, beritahu ada masalah gusi. Ambil ubat di farmasi Kelinik Kesihatan bersebelahan. Apabila di perhatikan pada kertas ubat, tercatit masalah Chronic Gungitivitis. Selepas dapat ubat, antibiotic, menunggang motosikal beredar dari kawasan kelinik kesihatan AU2.

Rancang pergi ke Pasar Datok Keramat. Beli lauk di Fauziah Nasi Campur. Balik semula ke rumah.

Waktu itu jam 12 tengah hari. Keluar semula dengan motosikal. Kali ini menuju Pudu Sentral. Perlu beli tiket bas ke Lumut. Ikut susur KLCC dan Jalan Bukit Bintang sebelum masuk ke Pudu Sentral. Tidak ada ruang letak motosikal. Letak juga di luar petak motosikal. Harap tidak kena saman DBKL.

Segera naik ke tingkat 2. Beli tiket di kaunter Arwana. Harga tiket RM24.60. Segera turun keluar. Lega apabila dapati tidak ada saman DBKL pada motosikal. Segera beredar dari bandaraya. Waktu itu hampir jam 12.30 petang.

Hala balik ikut lebuhraya Prolintas mula dari Kg Baru. Keluar Prolintas ikut susur Jalan Jelatek.

Tiba di rumah. Mamanya bertanya jika hendak makan nasi. Waktu itu jam 12.50 petang. Setuju makan nasi dahulu sebelum pergi ke masjid untuk solat zohor. Makan nasi berdua dengan Mamanya.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Pakai jubah kelabu cair tidak berkolar. Baju jubah yang di beli semasa haji hujung tahun 2008. Masih sedap di pakai. Sebelum balik, tinjau di belakang masjid dan dapur masjid. Perhatika n pembangunan di belakang. Nampak seperti pembinaan ‘garage’. Di dapur masjid tidak nampak sesiapa. Kalau ada orang dalam dapur, tanda seperti ada persiapan kenduri.

Hantar Plastik Lama dan Besi ke Pusat Kitar semula
Kumpulan beg plastik mengandungi botol plastik dari setor belakang. Sekali dengan besi meja solek pink di masuk kedalam kereta Kancil. Bawa semua ke pusat kitar semula tidak jauh dari AU3.

Naik ke bilik. Tidur seketika di katil.

Jam 4.30 hujan. Waktu asar. Guna kereta Kancil untuk pergi ke Masjid Ansar. Hujan seketika sahaja. Tiba di masjid hujan berhenti. Solat asar.

Jam 7.29 malam, SMS ke Mamanya beritahu tidak ada kenduri di masjid selepas isyak.

Jam 10.36 malam, Anis SMS bertanya kos beli karipap.

Paspot Antarabangsa Abah

Rabu 23 Mei 2012 bersamaan 2 Rejab 1433 (144/2012)

Memandu Kancil. Solat subuh. Selepas solat ikuti mengaji surah Zumar. Jam 6.30 pagi keluar dari dewan. Tiba dirumah. Ambil Utusan Malaysia yang tersepit bawah roda pintu pagar. Gerakkan pintu pagar dengan alat kawalan jauh dari kereta Kancil. Ambil Utusan Malaysia. Tidak ada sesiapa di bawah. Nauwar masih bersiap di bilik. Bawa Utusan Malaysia ke bilik atas. Mamanya masih berada atas sejadah di bilik.

Jam 6.50 pagi hantar Nauwar denganKancil ke stesen LRT Setiawangsa. Pergi terus ke stesen minyak Petronas Taman Setiawangsa. Isi petrol untuk kereta Kancil. Waktu itu 7.05 pagi.

Masuk ke Kedai Mesra Petronas. Ambil roti Gardenia putih. Jenis wholemeal tidak ada.

Mamanya sediakan kopi susu. Makan roti Gardenia.

Buat Paspot Antarabangsa
Jam 8.30 pagi pergi ke Imigresen Seri Rampai dengan motosikal. Tunggu dari 9 pagi sehingga 10 pagi. Jam 11 pagi baharu dapat. Masuk ke meja penyerahan paspot. Sungguh pun nama tidak di panggil, tunjukkan kepada pagawai imigresen nombor giliran. Ada. sudah siap. Segera dapatkan paspot baharu. Periksa dan tandatangan.

Paspot Antarabangsa yang baharu untuk Abah

Keluar dari Imigresen menuju ke motosikal di seberang jalan raya. Balik ke rumah.

Nampak meja makan besar berada di ruang tamu. Mamanya sudah alihkan sendiri dari ruang dapur. Ruang dapur menjadi kosong.
Jam 12 tengah hari keluar semula dengan motosikal pergi ke Pasar Datok Keramat. Beli lauk di Suberi Nasi Kandar. Balik semula ke rumah.

Mamanya sediakan makan. Abah pasang meja empat segi lipat di ruang makan di dapur. Makan nasi berdua dengan Mamanya.
Jam 1.10 petang, Abah bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Pakai jubah putih. Menunggang motosikal ke masjid. Solat zohor. Selesai zohor, keluar dari fewan masjid. Menunggang motosikal ikutJalan Enggang menuju ke stesen minyak Petronasn AU2A. Isi petrol RM5.82 untuk motosikal.Waktu itu jam 1.42 petang. Balik semula ke rumah.

Jam 3.18 petang SMS sahkan tempahan tetamu Salihah untuk rumah Pangkor tarikh 1 Jun 2012.

Jam 4.30 petang pergi ke Masjid Ansar dengan jubah putih. Menunggang motosikal.

Selepas jam 6 petang minum teh petang. Celup roti Gardenia putih dengan teh susu sahaja. Mamanya makan biskut ‘crackers’.

Keluarkan beberapa barang barang plastik lama dari setor dapur. Simpan di teres. Rancang esok hantar keluar.

Jam 7.20 malam, pakai jubah baharu bersih hijau kelabu cair. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Solat maghrib. Selepas itu ada kuliah tamat sebelum isyak. solat isyak. Selepas isyak balik ke rumah.

Azfar bawa mangga dari pejabat. Letak atas peti sejuk didalam kotak.
Guna meja lipat untuk mejamakan. Susun empat kerusi sahaja. Makan nasi berempat dengan Mamanya, Azfar dan Nauwar.

Gergaji Dahan Pokok Ru

Selasa 22 Mei 2012 bersamaan 30 Jamadilakhir 1433 (143/2012)

Seperti biasa memandu Kancil pergi masuk ke kawasan masjid Ansar dan dapat letak bawah khemah dekat pagar. Sedang solat sunat kedengaran iqamah. Solat subuh. Ikuti kuliah mengaji dan tafsiran beberapa ayat surah Zumar dengan Ustaz Amri dan Ustaz Salleh Ashaari. Jam 6.35 pagi tinggalkan kuliah dan balik ke rumah. Perlu hantar Nauwar kerja.

Sebelum masuk rumah, periksa kereta Kancil dahulu di porch. Sejak minggu lepas ada pembaikan pada radiator Kancil dan keadaan kereta masih belum baik. Pada panel isyarat kereta nampak jarum suhu naik sedikit hampir 50 %. Buka bonet dan periksa air dalam tangki. Air masih ada dan penuh.

Jam 8.30 pagi solat dhuha. Mengaji beberapa ayat surah Ibrahim hingga tamat surah.

Sarapan pagi. Ambil kuih karipap dari peti sejuk. Minum kopi susu yang disedakan Mamanya pagi ini.

Terima satu SMS dari kawan dari Bentong bernama Bahari menjemput ke kenduri kahwin pada Sabtu depan. Jawab SMS tidak dapat hadir kerana perlu pergi ke Pangkor. Sabtu ini ada orang menyewa rumah Pangkor.

Jam 10.20 pagi Azfar turun ke ruang tengah.

Ambil tangga kayu dan sandarkan pada pokok ru dekat belakang rumah dalam halaman. Perlu potong beberapa dahan yang bertentantangan rumah jiran di belakang. Potong dengan gergaji empat dahan. Letak dahan yang di potong di tepi jalan raya berdekatan halaman.

Pokok Ru di halaman dekatan dapur

Waktu ini jam 11.30 pagi, cuaca mula mendung dan redup.

Terima bungkusan untuk Anis dari Pos Laju.

Kedai Motosikal Keramat
Cuaca nampak hujan renyai. Memandu Waja pergi ke Pasar Datok Keramat.Singgah di kedai motosikal. Jumpa dengan tuan punya kedai. Bertanya perkara berkaitan pembaikkan motosikal lama atau yang sudah kondem. Beliau jawab boleh di baiki dan makan masa lama. Kos tinggi kerana susah cari alat ganti.

Masuk ke pasar beli lauk di Fauziah Nasi Campur.

Gambar Paspot Antarabangsa.
Singgah di Kedai Gambar Permai. Bagi CD lama ke pekerja wanita Melayu. Wajah dalam gambar banyak berubah. Perlu ambil gambar baharu yang sesuai dengan wajah sekarang. Tauke kedai saran ambi; foto baharu. Masuk studio. Pakai kot hitam. Tangkap gambar baharu. Tunggu siap. Bayar RM15.00.

Bersiap pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Pakai jubah putih. Guna motosikal. Kira kira 200 miter dari rumah, mula hujan. Patah balik ke rumah. Mula hujan bertambah lebat. Depan rumah bunyikan hon motosikal supaya Mamanya di dalam dengar. Beritahu mula hujan. Tinggalkan motosikal di porch. Masuk ke dalam rumah dan ambil kunci kereta Waja. Pergi semula ke masid dengan kereta Waja. Hujan rintik.

Selepas solat zohor hujan rintik sahaja. Boleh berjalan ke kereta tanpa guna payung. Bertegur sapa dengan jiran nama Tajaludin yang datang ke masjid dengan motosikal.

Mamanya masih solat di bilik.

Makan nasi berdua dengan Mamanya di meja makan di dapur. Sambil itu hidupkan TV3 di ruang makan. Lauk ikan pari bakar dengan gulai lemak pisang.

Jam 3 petang Abah naik ke bilik. Tidur.

Jam 4.30 petang pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja.Pakai jubah putih. Alat kawalan jauh dalam kereta Waja sudah berfungsi baik. Dari jauh boleh dibukakan pintu pagar otomatik dengan segera. Ada ruang di sebelah kenderaan jenazah di bawah khemah khemah berhampiran serambi masjid. Solat asar.

Tiba rumah dan terus guna alat kawalan jauh untuk bukakan pintu pagar. Alat berfungsi baik kerana boleh buka pintu pagar otomatik dari jauh. Kereta Kancil ada di porch. Azfar sudah balik ke rumah.

Azfar dan Mamanya duduk di sofa di ruang tengah berbual.

Karpet kesemua sudah di bungkus dengan sarung khas. Abah masukkan karpet semua ke dalam setor.

Minum teh petang. Tidak ada roti Gardenia. Mamanya keluarkan karipap dari peti sejuk. Makan karipap.

Rancang pergi ke Masjid Muaz bin Jabal untuk solat maghrib. Masjid berhawa dingin. Pakai baju T yang dahulu guna semasa haji di Mekah. Pakai jubah putih. Pergi dengan kereta Kancil. Ikuti kuliah selepas maghrib. Solat isyak. Waktu keluar dari masjid menuju ke kereta Kancil, terima satu sms dari Mamanya minta diambil Nauwar di stesen LRT Setiawangsa. Waktu itu jam 9.11 malam. Nauwar dalam perjalanan balik dari kerja.