Ikan Pari Bakar

Jumaat 7 Mac 2014 bersamaan 5 Jamadil Awal 1435H (66/2014)

Mandi dan bersiap memakai jubah tidak berkolat. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh.

Imam Abdullah Bin Awang memvaca Surah Sajadah. Se;lepas solat subuh di ikuti kuliah mengaji Surah Nisa dengan tafsiran dan tajwid Ustaz Salleh Ashhari. Solat sunat dhuha. Beredar keluar dari kawasan masjid sekitar jam 8 pagi.Waktu itu matahari sudah naik.

Beli kuih pulut inti dengan karipap.

Beli lauk di Pasar DAtuk Keramat.Berjumpa dengan pekerja kedai elektrik bertanya berkaitaan TV yang di hantar untuk di baiki dahulu. Masih belum ada kemajuan. Beliau akan beritahu kelak.

Makan nasi bersama Mamanya. Lauk ikan kerisi goreng sambal cili hijau.

Pakai jubah dan pergi dengan motosikal ke Masjid Ansar solat Jumaaat. Duduk di serambi dan masuk ke dalam dewan untuk solat Jumaat berjemaah.
Tengah Mamanya rancangan keluar bersama Azfar membeli barang untuk masak.
Jam 3 petang duduk bersama Mamanya di ruang tengah menonton TV3 berbagai drama petang.

Solat asar.

Jam 6 petang Abah memandu Waja ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa. Sementara tunggu depan kawasan perhentian bas Rapid, nampak Anis keluar. Bergerak ambil Anis depan stesen dan balik ke rumah.

Kes Liwat Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan dengan panel 3 Hakim sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini melepaskan dan membebaskan Anwar dari tuduhan. Hukum 5 tahun penjara.

Jam 6.09 petang terima satu SMS dari Anis minta di ambil di stesen LRT setiawangsa. Anis balik dari tempat latihan amali di Agro Bank KL.

Anis mula bertugas di Agrobank sejak awal bulan Mac 14.

Jam 7.25 malam, pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal solt maghrib. Selepas solat maghrib, Imam Amri memberi ceramah dan selesai sebelum masuk isyak. Balik ke rumah.

Tiba di rumah, tidak nampak kereta Waja di porch rumah.

Malam ini Anis keluar pergi ke UPM dengan kereta Waja.

Makan nasi bersama Mamaanya. Ikan pari bakar.

Selepas menonton berita jam 12 malam, nak ke bilik tidur.

Waktu ini Anis masih belum tiba balik di rumah. Khabar balik bersama Anis ke rumah.

Advertisements