Monthly Archives: Mac 2012

NTV7 Puchong Nauwar/ Kereta Hariri Rosak

Sabtu 31 Mac 2012 bersamaan 8 Jamailawal 1433H (91/2012)

Selepas solat subuh, tungg sekeika jika ada ceramah.
Mamanya hantar Nauwar ke stesen LRT setiawangsa.

Ambil hos plastik kuning. Cuci kereta Waja dan kereta Kancil. Waktu ini hujan rintik.

Bawa Kancil pergi ke Pasar Datok Keramat. Beli lauk. Waktu itu jam 12.30 petang. Balik ke rumah. Waktu itu Mamanya dan keluar bersama Azfar denga kereta Waja. Makan nasi seorang diri di meja makan di dapur.

Bawa Kancil pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil. Keluar rumah dan berseleisih dengan kereta jiran Honda warna biru. Letak kereta bawah khemah di tepi pagar. Solat zohor. Waktu keluar dewan jiran bernama Zaid datang berjumpa. Minta tumpang balik ke rumah.

Baharu masuk ke porch nampak Anis bekejar lari masuk porch. Anis datang balik ke rumah dari UPM serdang. Anis rancang guna kereta petang ini.

Selepas salin pakaian Abah bersiap untuk masukkan barang kitar semual. Dua beg plastik besar mengandungi botol plastik. Besi dan basikal kanak kanak buruk di belakang di masukkan ke dalam guni plastik. Semua barang ini di masukkan ke dalam kereta Kancil. Bawa semua ke pusat kitar semula di AU3. Dapat RM22.30. Balik ke rumah.

Anis guna Kancil. Balik ke UPM Serdang.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal untuk solat asar. Solat asar. Selesai solat balik semula ke rumah.

Jam 6 petang terima panggilan dari Hariri. Beritahu kereta Merc rosak di Wangsa Melati. Datang ke rumah dengan teksi. Hariri keluar semula dengan teksi dengan rancngan beli bateri untuk kereta Merc.

Keluarga Hariri duduk di rumah.

Naik motosikal pergi solat maghrib. Balik ke rumah selepas maghrib.

Hariri dan keluar ada di rumah. Nampak kereta Waja di porch. Mamamnya dan Azfar sudah balik ke rumah. Nauwar ada di meja makan di ruang tamu dan sedang guna komputer riba.

Jam 8.30 malam, keluarga Hariri beredar balik. Ab pergi Masjid Ansar denganmotosikal.

Makanasi bertiga dengan Mamanya dan Nauwar.

Jam 10.30 malam Azfar keluar dengan kereta Waja. Azfar rancang pergi ke rumah Ina di Bukit Antarabangsa.

Anis masih blum tiba dari upm.

Advertisements

LRT Delay Nauwar Terlambat

Jumaat 30 Mac 2012 bersamaan 7 Jamadilawal 1433H ( 90/2012)

Solat subuh.

Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa.

Hujan pagi.Azfars sudah pergi kerja.

Nauwar SMS beritahu LRT tergendala di Ampang Park. Jam 7.30 pagi masih dalam tren dekat Kg Baru.

Jam 9.27 pagi terima SMS dari Nauwar beritahu baharu tiba di Sri Pentas, tempat kerja.

Jam 10 pagi terima Tweet dari Adlan beritahu berada di Masjid Newcastle untuk solat Jumaat.

Serah Borang Permohonan Perkahwinan Azfar

Khamis 29 Mac 2012 bersamaan 6 Jamadilawal 1433H ( 89/2012)

Solat subuh di Masjid Ansar.

Tiba rumah. Nauwar sudah siap untuk pergi kerja. Tunjuk kuih ke pada Nauwar. Nauwar tidak mahu kuih.

Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa.

Jam 9.30 pagi solat dhuha.

Jam 10 pagi ambil Pak Lang Zulkafli di stesen LRT Setiawangsa.

Saksi dan Borang Permohonan Perkahwinan Azfar
Jam 10.35 pagi bertiga dari rumah, bersama Pak Lang Zulkafli dan Azfar pergi dengan kereta Waja. Pergi ke Pejabat Penolong Pendaftar Nikah di Masjid Ansar, Taman Keramat. Jumpa pendaftar Nikah di Masjid Ansar.Semua masuk ke bilik Pendaftar Nikah yang bernama Bukhari. Azfar penuhkan borang dengan nama nama wali dan saksi.

Bahagian mas kahwin perlu di tulis RM8300.00. Pendaftar terangkan bahawa tidak ada ruangan khas untuk jumlah hantaran. Angka jumlah besar nilai hantaran dan nilai maskahwin perlu di masukkan ke dlaam ruangan mas kahwin.

Jiran Haji Zaid, Pak Lang Zulkafli tanda tangan ruang saksi pada borang tersebut. Abah tandatangan sebagai wali di ruang wali.

Balik semula ke rumah. Duduk di ruang tamu. Berbual dengan, Pak Lang Zulkafli.

Azfar balik semula ke pejabat.

Hantar Pak Lang Zulkafli ke stesen LRT setiawangsa. Razi datang dan tunggu di stesen LRT Gombak ambil Pak Lang di sana.

Jam 12.30 petang pergi beli lauk di Pasar Datok Keramat.Balik ke rumah. Makan nasi makan tengah hai berdua bersama Mamanya. Lauk ikan keli sambal cili merah. Mamanya lauk telus masihn.

Jam 1.30 petang segera bersiap dan pergi ke Masjid ansar untuk solat zohor berjemaah. Pergi dengan motosikal. Lewat dan masbuk 2 rakaat. Selepas solat balik ke rumah.

Jam 2 petang menonton TV3 drama sinetron Indonesia ‘Anak di Tukar’.
Sambil itu tengok ‘tonton’ tv3. Bella Callimades’ melalui internet.
Jam 4.20 petang pergi semula ke Masjid Ansar solat asar. Zohor dan asar pakai jubah putih yang sama.

Minum teh petang. Makan kuih apam putih yang disimpang dalam peti sejuk pagi tadi.

Jam 6.30 petanag tinjau Masjid Ansar dengan motosikal. Nampak serambi dengan persiapan kenduri untuk malam ini selepas isyak.

Mandi dan bersiap pergi ke masjid. Jam 7.15 malam, pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil. Letak kereta di bawah khemah tepi serambi. Solat sunat selepas azan maghrib. Solat maghrib.

Majlis membaca Yassin beramai dalam dewan masjid. Ramai jemaah malam ini.

Selepas solat isyak jemaah makan kenduri. Hidangan terhad. Kelihatan ramai jemaah tidak dapat ikut sama menjamu kerana hidangan tidak mencukupi untuk semua. Beberapa jemaah beredar keluar dari masjid.

Tiba rumah jam 8.10 malam. Mamanya hairan Abah balik awal. Beritahu keadaaan ramai jemaah di masjid. Hidangan tidak mencukupi.

Nauwar masih belum pulang ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya dan Azfar. Azfar ada hal dan keluar berjumpa seorang di luar.

Nauwar telefon hp Abah minta di ambil.
Abah keluar dengan Waja dan ambil Nauwar di stesen LRT Setiawangsa. Nauwar balik dari KLCC.

Teater UPM feat Anis

Rabu 28 Mac 2012 bersamaan 5 Jamadilawal 1433H (88/2012)

Memandu Kancil pergi ke Masjid Ansar. Mudah letak kereta di ruang berdekatan pagar. Masuk ke dewan dan solat sunat. Solat subuh. Kuliah mengaji beberapa ayat terakhir Surah Yassin. Balik ke rumah. Sebelum itu singgah di gerai dan beli 2 nasi lmak dan kuih lapis. Hujan renyai sedikit. Bersedia bawa payung ke gerai.

Tiba rumah. Nampak surakhabar di lantai porch. Terkena hujan kerana nampak basah. Naikkan kereta Kancil ke porch.

Masuk ke dalam rumah. Nauwar bersedia keluar kerja. Tanya jika hendak nasi lemak. Nauwar ambil satu. Nauwar masuk ke dalam kereta Kancil. Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa.

Jam 8.22 pagi terima SMS dari Anis dan minta beli beberapa perkara termasuk kuih kuih, untuk pementasan Anis dan pelajar UPM di dewan teater UPM petang ini.

Jam 9.30 pagi solat dhuha dan mengaji Quran.

Sarapan pagi bersama mamanya.

Teater Fakulti Anis di UPM Serdang
Tiba di Fakulti Pertanian jam 1.10 petang. Cuaca redup. Selepas letak kereta Waja, cari surau. Solat berjemaah di surau di Fakulti Pertanian sini. Mamanya juga solat di surau wanita bersebelahan.

Tunggu di bangku di luar surau fakulti. Anis datang jumpa Abah dan Mamanya. Bawa Anis bersama ke dewan Teater di Kampus UPM Serdang.

Jam 3.30 petang teater mula. Abah dan Mamanya masuk ke dalam dewan teater. Duduk di kerusi barisan kedua di hadapan. Menonton teater yang dilakonkan pelajar fakulti dan termasuk Anis berlakon atas pentas.

Teater tamat jam 4.45 petang.

Abah keluar seorang dan pergi ke surau berdekatan. Ada seorang sedang solat dalam surau. Abah ikut sama berjemaah. Lepas itu ada lagi seorang pelajar ikut sama berjemaah.

Masuk ke dalam dewan teater. Duduk dekat Mamamnya . Sedang perhatikan pelajar mendapat kritik pementasan dari pensyarah mereka. Anis datang. Kenalkan 4 kawan dari Universiti Multimedia termasuk yang bernama Brian dan Syazwan.

Abah dan Mamanya keluar dewan. Balik ke rumah.

Jam 6.30 petang masih berada di MRR2. MRR2 kesesakkan teruk. Tiba di rumah jam 7.15 malam!

Segera mandi dan pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Selepas maghrib, Abah balik semula ke rumah. Bancuh Nescafe 3 in 1. Makan roti Gardenia sekeping.

Jam 8.30 malam, pergi semula ke Masjid Ansar solat isyak berjemaah.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Gleneagle/ Maruzen.

Selasa 27 Mac 2012 bersamaan 4 Jamadilawal 1433 (87/2012)

Ziarah Pesakit
Singgah Gleneagle. ziarah Nazri. Sakit kanser hati. Masuk bilik 504. Nazri baring atas katil. Muka pucat. Ibu beliau ada dalam bilik.

Beli lampu bilik tidur
Pergi ke Maruzen di Ampang Waterfront tengah hari. Cari lampu yang sesuai untuk bilik tidur atas. Mamanya pilih lampu yang ada tiga lampu. Bat bayaran.

Beredar dan balik ke rumah. Singgah di Pasar datok Kermat. Beli lauk. Waktu itu lepas jam 2.30 petang.

Jam 3 petang baharu makan nasi berdua dengan Mamanya. Menonton drama TV3.
Jam 4 petang baharu Abah pergi ke Masjid Muadz bin Jabal. Solat zohor. Namapk seorang. Ikut jemaah.

Tunggu solat asar. Solat asar berjemaaah. Balik ke rumah.

Minum teh.

Pasang lampu bilik tidur
Ambil pemasang lampu dengan motosikal. Buka kipas angin siling.
Pasang lampu baharu cantik bentuk seperti ‘chandellier’ dengan 4 mentol atau 4 biji lampu putih.

Solat maghrib di Masjid Muadz bin Jabal. Pergi dengan motosikal.Ada ceramah.

Selepas isyak balik ke rumah.

Jalan Tuanku Ab Rahman

Isnin 26 Mac 2012 bersamaan 3 Jamadilawal 1433H (86/2012)

Solat subuh bejemaah di Masjid Ansar.
Singgah gerai di Jalan AU2A. Beli seringgit donat.
Masuk kereta Kancil ke porch. Rumah gelap. Tertidur. Masih berjubah. Nampak imam muda Hassan Adli dan isteri dalam rancangan Semanis Kurma TV. Turun ke bawah dan beritahu Mamanya supaya ikut rancangan Imam Muda ini. Sarapan. Naik ke bilik. Solat dhuha.

Letak kereta Waja di besmen Bangunan City One bersebelahan Semua House.

Jalan ke Jakel. Cari kain biru untuk baju Melayu kain biru. Mamanya bawa contoh kain warna biru. Keluar Jakel, Jalan Bunus.RM71.50.Waktu itu 12.04 tengah hari.

Keluar Jakel dan pergi ke Kamdar. Dahulunya Globe Silk Store. Di tingkat bawah ada bahagian pakaian lelaki. Beli baju kemeja dan seluar hitam.

Masuk ke Semua House tengok pemborong barang perkahwinan.

Minum air kelapa. Masuk ke City One. Tengok kedai borong selendang dan tudung.

Masuk medan selera. Makan nasi madu sepinggan. Minum air mineral.

Balik ke rumah selepas hampir jam 3 petang. Singgah di Pasar Datok Keramat. Beli lauk. Tiba di rumah.

Keluar semula naik motosikal menuju ke Masjid Setiawangsa. Ambil wuduk di pili luar. ditangga ada seorang gemuk duduk . Beliau minta derma.

Solat sunat. Ikut jemaah kecil di satu sudut. Derma seringgit ke seorang yang gemok di laluan masuk masjid. Dari awal nampak beliau duduk di tangga masjid, dengan gaya meminta derma dri jemaah.

Beli gas Kedai Runcit Harun

Ahad 25 Mac 2012 bersamaan 2 Jamadilawal 1433H (85/2012)

Solat subuh. Guna Kancil.

Solat dhuha.

Jam 10.15 pagi pergi kke Pasar datok Keramat dengan motosikal. Singgah Kedai Runcit Harun. Pesan hantarkan gas ke rumah. Menunggang pula ke stesen minyak Petronas di AU@. Isi petrol untuk motosikal. Terus pergi ke Pasar Datok Kermat. Beli lauk. Beli nenas dan sayur. Tiba balik ke rumah jam 11 pagi.

Ambil buku dan terus pergi ke kelas Agama Amalan di Surau Ittifaq Taman Keramat Permai.

Kels selesai jam 1.17 petang.

Segera balik ke rumah. Mandi dan tuiar pakaian. Terus pergi ke Masjid Ansar untuk solat zohor.

MakNgah dan Farihin datang ke rumah

Sabtu 24 Mac 2012 bersamaan 1 Jamadilawal 1433H   (84/2012)

 

Jam 5.45 pagi bangun selepas terdengar bunyi kejutan dari telefon bimbt Nokia E66 di tepi bantal. Mandi dan bersiap pakai baju Melayu perang dankain pelikat Gajah Duduk perng gelap kota kotak. Memandu Kancil dan pergi ke Masjid Ansar. Masuk ke ruang di bawah khemah berhampiran serambi masjid. Solat sunat di dewan. Solat subuh di ketuai Imam Muliyadi. Selepas solat ceramah oleh Imam Muliyadi.

 

Singgah di gerai tepi Jalan au2A beli kuih keria dan kuswi.  Pergi ke stesen minyak Petronas beli roti Gardenia wholemeal.  Singgah di 7 Eleven . Tidakada The sun hari Sabtu dan Ahad.  Beli kaya Auntie Rose.Balik terus ke rumah.

 

Jam 9.20 pagi solat dhuha.  Baca beberapa ayat Surah Hud.

 

Turun ke bawh . Mamanya duduk di meja makan masih menonton rancangan nasi lemak kopi o saluran TV9.  Sarapan. Minum kopi susu. Makan roti Gardenia wholemeal sapu mentege dan kaya. Kaya yang baharu di beli pagi ini.  

Sebelum 10 pagi Ina telefon beritahu Mak Ngah Bentong datang ke rumah. Jalan jalan. Buuka pintu pagar. Mak Ngah dan Farahin duduk di rumah. Ina bawa Yasmin ke kelas musik.

Berbual di ruang tamu.

Jam 1.30 petang pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Selepas solat, menunggang motosikal pergi ke Pasar Datok Keramat beli lauk. Tidak memakai topi keledar. Balik ke rumah.

Letak lauk atas meja. Mamanya tumis sayur kobis panjang. Makan bersama di meja makan di dapur.

Selepas jam 4 petang Ina tiba di rumah untuk bawa balik Farihin dan Mak Ngah balik ke Bukit Antarabangsa.

Azfar keluar bersama kawan bernama Fareezan. Rancangan berkumpul kawan kawan di rumah Desa Pandan.

Reunion kawan kawan

Jumaat 23 Mac 2012 bersamaan 30 Rabiulakhir 1433H ( 83/ 2012)

Jam 9.16 pagi kawan bernama Mahathar telefon rancang berkumpul di Restoran Ali Maju. Berbual dengan penjual suratkhabar dekat Restoran Ali Maju sementara menunggu ketibaan kawan kawan. Jam 11.44 terima panggilan dari Mahathar. Tidak sedar beliau sudah lama berada di meja dalam restoran bersama Rahim Hassan. Ikut sama duduk semeja. Minta minuman teh O halia.

Berbual sehingga jam 1. 16 petang. Bertiga pergi ke Masjid Muadz bin Jabal terletak di seberang jalan raya Jalan Taman Setiawangsa bertentangan Restoran Ali Maju. Selepas ambil wuduk, naik ke ruang legar di aras solat.

Selepas solat balik semula ke Restoran. Berjumpa dengan seorang lagi kawan bernama Ariff yang memakai baju Melayu dengan kain pelikat. Masing masing pesan minuman teh O. Pesan ‘orange juice’.

Jam 3 petang cuaca kelihatan redup. Bersurai. Ambil motosikal di depan restoran. Balik ke rumah.