Catu Air mulai 4 Mac 2014

Selasa 4 Mac 2014 bersamaan 2 Jamadil Awal 1435H (63/2014)

image

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh di Masjid Ansar. Pakai jubah putih.

Pesan ke Mamanya supaya hantar Anis ke stesen LRT pagi ini. Semalam Abah yang hantar Anis ke stesen.

Abah solat subuh di Masjid Ansar. Di ikuti kuliah dan mengaji Koran .

Jam 8 pagi ikuti sesi mengaji dengan kumpulan bersama Haji Ariff. Jam 9.15 pagi bersurai dan balik ke rumah.

Sarapan pagi bersama Mamanya.

Pasaraya Giant Ulu Kelang
Selepas jam 10.45 pagi keluar denganMamanya dengan kereta Waja. Cari kedai perabot di Jalan Ulu Kelang tetapi tidak berjumpa kedai yang di cari.

Masuk lembah Keramat ada pemeriksaan polis dekat Dewan DBKL. Isi petrol di stesen Petronas Taman Lembah Keramat Ulu Kelang RM51.32. Jam 11.09 pagi.

Masuk ke Pasaraya Giant Ulu Kelang. Beli barang dapur termasuk beras Sakura Phranang. Sebelum 12 tengah hari beredar keluar dari pasaraya.

Hala balik singgah di Jalan Ulu Kelang. Beli lauk di restoran Suberi Nasi Kandar.

Berjumpa dengan seorang pekerja di kedai perabot. Minta datang ke rumah baiki perabot rosak di rumah. Beri nombor telefon.

Balik ke rumah.

Makan nasi berdua dengan Mamanya.

Mandi. Bersiap pakai jubah putih. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat zohor berjemaah.

Balik ke rumah. Tidur di bilik. Selepas jam 3 petang turun ke bawah.

Menonton TV3.

Jam 4.50 petang pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Pakai baju putih lengan panjang.

Selepas jam 6 petang minum teh. Makan puding roti dan sekeping roti Gardenia sapu jem dengan mentega. Anis SMS ke telefon bimbit Abah beritahu sudah berlepas dengan LRT dari KL dan tiba di stesen LRT Setiawangsa.

Jam 7 malam, bersiap untuk solat maghrib di masjid. Pergi dengan motosikal ke Masjid Muaz Bin Jabal.

Selepas isyak balik ke rumah. Nampak di porch hanya ada kereta Waja sahaja.
Anis tidak ada di rumah.

Makan nasi bertiga bersama Mamanya dan Nauwar.

Anis tiba balik ke rumah. Balik dari GYM.

Advertisements