Selawat Perdana di Putrajaya

Jumaat 21 Mac 2014 bersamaan 19 Jamadil Awal 1435H (80/2014)

Catu air bermula 4 Mac 2014 dahulu. Hari ini masih catu air.

Mandi di bilik mandi bawah. Bersiap dan pakai baju Melayu ungu untuk solat subuh berjemaah di masjid. Naik motosikal ke Masjid Ansar. Kuliah mengaji dan tafsiran ayat 102 dari Surah Nisak. Satu ayat sahaja.Imam Muliyadi ketuai mengaji Koran.

Abah mula mengaji Surah Kahfi. Waktu itu jemaah yang lain ikut giliran membaca secara individu guna mikrofon dalam dewan masjid. Sesi mengaji dengan pimpinan Ustaz Salleh Ashaari.

Solat isyrak. Sambung mengaji Surah Kahfi sehingga jam 7,50 pagi. Simpan Koran. Buat solat dhuha di serambi masjid.

Singgah di gerai simpang. Beli soto RM2.50 sebungkus.

Balik ke rumah. Baca Utusan Malaysia di ruang tengah bersama Mamanya sambil menonton TV ikuti kehilangan MH370. Operasi mencari di Lautan Hindi. Hari ini hari ke 14 kehilangan pesawat MAS MH 370.

Sarapan minum kopi O. Makan soto bersama Mamanay di meja makan di dapur.

Jam 11.45 pagi pergi ke Medan Selera Taman Setiawangsa. Beli nasi ayam. Tiga bungkus RM15.

Mamanya keluar dengan kereta Waja . Rancang pergi ke AEON AU2.
Keluar dengan kereta Waja seorang.

Jam 12 lebih telefon ke Hariri. Waktu itu Hariri hantar anak ke sekolah. Beritahu berkaitan duit yang sudah di masuk ke akaun bank.

Makan nasi ayam seorang di meja makan di dapur. Berdua bersama Mamanya.
Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.
Mandi dan bersiap . Pakai jubah putih. Pergi denganmotosikal. Selepas khutbah, masuk ke dalam dewan masjid.
Solat Jumaat. Selepas solat masukkan duit ke tabung berhampiran pintu keluar dewan.

Tiba balik di rumah.

Duduk seorang di sofa ruang tengah. Menonton drama Indonesia kisah lintah darat menjadi orang baik. Jam 4.30 petang pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil. untuk solat asar. Tidak hujan.

Jam 6 petang minum petang. Makn kuih som som dan makan roti Gardenia wholemeal celup teh susu.

Anis keluar bersama kawan selepas keluar dari pejabat di Agro Bank KL.

Selepas jam 7 malam, bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar. Pakai jubah putih.Pergi dengan motosikal. Tunggu selesai azan maghrib di serambi masjid sebelum masuk dewan masjid.

Solat maghrib. Tazkirah di sampai Imam Amri berkaitan perkara halal dan haram.

Solat isyak. Balik ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya. Lauk ikan kari. Nauwar ikut sama kemudian. Makan lauk ayam. Abah dan Nauwar ratah lauk ayam.

Menonton Selawat Perdanan di TV.

Advertisements