Anis bertugas di Agro Bank hari pertama/Adlan balik ke Rawang

Isnin 3 Mac 2014 bersamaan 1 Jamadil Awal 1435H (62/2014)

image

Bangun jam 6 pagi. Bersiap pergi dengan motosikal ke Masjid Ansar solat subuh. Pakai jubah putih.
Selepas solat,di ikuti kuliah subuh sesi membaca Koran, surah Maidah, ayat 60-62 di ketuai Imam Muliyadi. Tafsiran dan tajwid seperti setiap pagi, oleh Ustaz Salleh Ashaari.
Waktu itu Abah perlu pergi ke tandas.

Jam 7 pagi tinggalkan masjid. Singgah di gerai Jalan AU2A, beli karipap.
Balik ke rumah. Kereta Proton Iswara kepunyaan Adlan berada di porch rumah. Letak motosikal di porch. Kereta Waja masih terletak di depan rumah.

Hari Pertama Anis di Agro Bank
Anis sedang bersiap untuk bertugas hari pertama di AGRO BANK, Kuala Lumpur. Jam 7.45 pagi Abah masih memakai jubah putih. Hantar Anis ke LRT Setiawangsa dengan kereta Waja.

Jalan Jelatek kesesakan. Terpaksa turunkan Anis berhampiran Restoran R& R dan Anis jalan kaki jarak 50 meter ke stesen LRT. Perlu elak kesesakan lalu lintas dan elak tersekat dalam kesakan. Mudah Abah patah balik ke rumah.

Minum pagi bersama Mamanya. Makan kuih dan minum minum Nescafe secawan.

Adlan keluar awal dengan kereta Waja.Ada perjumpaan dengan PERNEC. Adlan tiba di rumah balik sekitar jam 9.30 pagi.

Adlan keluar semula bawa kereta Proton Iswara ke bengkel Beezy di flet AU1 untuk baiki lampu kereta.

Adlan Baiki Lampu Proton Iswara
Jam 10.24 pagi terima panggilan dari Adlan. Abah keluar dengan motosikal. Pergi ke Caltex dahulu. Jam 10.31 pagi buat satu urusan di mesin ATM Caltex.

Bergerak menuju ke AU1 dekat kawasan flet.

Jumpa Adlan di bengkel BEEZY AU1. Adlan membaiki lampu kereta Proton Iswara. Adlan urus dengan pekerja bengkel. Abah menunggang motosikal balik ke rumah.

Selepas jam 4 petang, pergi ke Maybank Taman Setiawangsa. Masukkan cek untuk akaun Adlan DezEek Media, melalui mesin ATM.

Adlan dan Huda bersiap untuk pergi ke rumah bapa Huda di Rawang. Mamanya mendukung Iman. Iman suka di dukung Mamanya.

Adlan dan Huda ke Rawang
dengan Iman tinggalkan rumah untuk pergi ke Saujana Templer di Rawang.

Tempayan Plastik.
Simpan air dalam tempayan plastik warna merah saiz besar dalam bilik mandi di bawah.

Simpan juga dalam baldi dan besen kecil dalam bilik mandi bawah.

Jam 6 petang ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa. Tunggu depan stesen dalam kereta Waja. Ambil Anis depan tangga laluan utama stesen. Jalan raya sesak waktu ini.

Advertisements