Serpihan di Lautan Hindi

Khamis 20 Mac 2014 bersamaan 18 Jamadil Awal 1435H (79/2014)

Catu air bermula 4 Mac 2014 dahulu. Hari ini catu air.

Solat subuh. Naik motosikal ke Masjid Ansar. Kuliah mengaji dan tafsiran ayat 99-101 dari Surah Nisak. Imam Amri ketuai mengaji Koran.

Jam 7 pagi keluar dari Masjid Ansar dan singgah di gerai depan SRA Integrasi Taman Keramat Jalan AU2A. Beli kuih donat 6 biji dan kuih kaswi. Balik ke rumah.

Nampak surat khabar Utusan Malayisa sangkut pada cermin tepi kereta Kancil di porch. Masuk ke rumah dan letak kuih atas kabinet dapur. Waktu itu Anis baharu selesai mandi di bilik mandi bawah. Anis bersiap untuk pergi bertugas di Agro Bank KL.

Abah balik semula ke masjid.
Waktu itu jam 7.30 pagi. Solat sunat isyrak.

Tidak lama kudian kuliah mengaji bersama Ustaz Ashaari tamat.
Abah masuk ke dalam dewan untuk Sesi mengaji dalm kumpulan bersama Haji Ariff.

Balik ke rumah sekitar jam 9.30 pagi. Sebelum itu solat sunat dhuha di serambi. Waktu ini matahari sudah naik.

Mamanya sediakan kopi dalam cawan kecil di meja makan di dapur. Abah sarapan pagi makan kuih donat.

Baca Utusan Malaysia sambil duduk di ruang tengah.

Hari ke 13 kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 sejak 8 Mac 2014. Kerajaan Malayisa masih bertungkus lumus mencari di lokasi Lautan Hindi.

Waktu ini Nauwar turun mandi pagi.

Jam 9.30 pagi catu air mula. Tidak ada apabila periksa pili di sinki dapur.

Jam 12 tengah hari beli lauk di Medan Selera Taman Setiawangsa.

Makan nasi berdua dengan Mamanya lauk sop ikan jenahak dengan sayur sawi.

Solat zohor. Pergi dengan kereta Kancil. Da;am perjalanan beri tumpang seorang jemaah yang selelu bertugas membantu angkat barang semasa kenduri di masjid. Nama Rosli.

Selepas balik ke rumah, tukar pakaian dan rancang pergi ke Maybank Taman Setiawangsa. Bawa kereta Kancil kerana cuaca rintik hujan. Hanya dapat pitak letak kereta jauh kira 100 meter dari Maybank.

Minta gantikan kad ATM lama dan dapatkan yang baharu. Perluisi borang permintaan sahaja.

Balik semula ke rumah sebelum jam 3 petang.

Serpihan di Lautan Hindi
Tiba di rumah. Berita vberkaitan MH370. Khabarnya Australia kesan sesuatu di Launtan Hindi berkemungkinan serpihan dari pesawat malang.

Solat asar. Bawa Kancil. Pergi ke Masjid Ansar.

Selepas asar, singgah stesen Petronas AU2 Taman Keramat, tambah petrol Kancil RM50 dan beli roti Gardenia RM3.20.

Jam 6 petang, Mamanya beritahu Anis sudah naik tren. Cuaca mendung. Bawa Kancil ambil Anis. Masuk ke depan setesen dan nampak Anis dan melambai panggil Abah.

Balik ke rumah ikut laluan di AU1 elak kesesakkan depan pusat komersil Taman Keramat Permai.

Duduk minum bersama Mamanya di meja makan didapur. Mamanya ajak Nauwar duduk sama. Nauwar ambil teh susu dan beredar dari dapur ke ruang tengah.

Mamanya sediakan kuih som som, kuih lembut.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Cuaca redup dan mendung sahaja. Tidak hujan.

Selepas solat msghrib di ikuti majlis Yasin di ketuai Imam Muliyadi.Solat isyak.

Ada kenduri di serambi.

Selepas kenduri, gagal dapatkan nasi minyak lebih.

Mamanya dan Nauwar makan nasi berdua di meja makan di dapur.

Jam 11.30 malam, tidur.

Advertisements