Hari Kedua Catu Air

Rabu 5 Mac 2014 bersamaan 3 Jamadil Awal 1435H (64/2014)

Hari ni hari kedua catu air di kawasan tertentu di Selangor.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh di Masjid Ansar.
Ikuti sesi mengaji dengan kumnpulan ynag di ketui Haji Ariff. Enam orang sahaja yang hadhir pagi ini.

Balik dari Masjid ansar selepas 9 pagi. Sebelum itu solat sunat dhuha di serambi masjid.

Sarapan pagi berdua bersama Mamanya. Minum kopi secawan. Makan roti Gardenia wholemeal sapu mentega dan jem strawberi

Adila whatapps ada kesesakkan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja di Subang Jaya di sebabkan kemalangan babit sebuah bas.
Adlan dan Huda Pulang ke
Ipoh.

Ipoh

Adlan dan Huda pagi ini sedan bersiap di rumah Rawang untuk perjalanan balik ke Ipoh.

jAM 12 TENGAH HARI PERGI KE mEDAN sELERA tAMAN sETIAWANGSA.Beli lauk di gerai bahagian dalam. Beli 2 ekor ikan keli goreng sambal. Ikan kerapau goreng tomato. Tidak ada duit kecil dan tidak beli buah potong di luar premis.

Menunggang balik ke rumah.

Mamanya sediakan nasi di meja makan. Makan nasi berdua dengan Mamanya di ruang makan di dapur.

Waktu itu Nauwar masih berada dalam bilik di atas.

Pergi k Masjid Ansar dengan motosikal. Nampak Lim, penjual surat khabar di rumah teres dua tingkat.

Solat zohor berjemaah.

Tiba di rumah, bertanya kepada Mamanya,” Lim ada datang?”

Mamanya jawab Lim ada datang dan Mamanya sudah bayar bil surat khabar bulan Februari 14.

Guna internet.

Jam 4.50 petang pergi semula ke Masjid ansar solat asar.

Tengok bil master card Citibank dan Maybank dalam internet. Tidak dapat sambung printer ke komputer. Gagal print statement.

Mamanya ingatkan ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa. Anis balik dari Agro Bank KL. Latihan amali selama 4 bulan. Ini hari ke 3 Anis bertugas di Agro Bank KL. Ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa sebelum 7 malam.

Pergi ke Masjid Ansar untuk solat maghrib. Pergi dengan motosikal. Kuliah di sampai Ustaz Salleh. Solat isyak.

Singgah di stesen minyak Petronas Taman Seri Keramat AU2. Isi petrol motosikal RM5.62. Waktu itu jam 9.14 malam.

Beli satu buku roti Gardenia wholemeal.

Advertisements