Baiki Pintu Almari Bilik Tidur

Ahad 9 Mac 2014 bersamaan 7 Jamadil Awal 1435H (68/2014)

Mandi dan bersiap pakai jubah tidak berkolar. Pergi ke Masjid ansar dengan motosikal. Solat subuh. Tazkirah Ustaz jemputan Rahimi dari Besut.
Sarapan pagi menu nasi dengan gulai kari telur rebus.
Singgah gerai di simpang beli 8 roti boom.

Jam 12 tengah hari beli lauk di Fauziah Nasi Campur Pasar Datuk Keramat.

Jam 1 petang makan nasi berdua dengan Mamanya.

Jam 1.20 petang pergi ke Masjid Ansar solat zohor.

Balik ke rumah.

Baiki Pintu Almari Bilik Tidur Atas.
Keluar dengan Kancil dan pergi ke Jalan Ulu Kelang AU3. Ambil seorang pekerja bengkel perabot Bangladesh.Bawa balik ke rumah. Naik ke bilik dan tunjukkan pintu almari yang perlu di baiki. Abah tolong pegang pintu sementara pekerjja Bangladesh masukkan skru ke ensel pintu.

Mamanya juga minta di baiki pintu kabinet di tepi bawah tingkap bilik.

Pasang bracket untuk batang langsir tingkap.

Bayar pekerja RM50.

Hantar balik kebengkel di Jalan Ulu Kelang. Abah balik semula ke rumah dengan Kancil.

Tidur di ruang tengah depan TV.
Waktu ini Mamanya tidur di sofa ruang tamu sambi Anis buat kerja di meja ruang tamu.
Jam 4.30 petang, Abah bersiap pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat asar.

Balik ke rumah.

Waktu ini Anis sudah bersiap keluar. Anis bawa bakul berisi makanan beras bertih dalam plastik kecil. Anis pergi ke UPM Serdang dengan kereta Kancil.

Tolong Mamanya kemaskan bilik. Mamanya sapu sawang yang banyak di kawasan tingkap.

Minum petang. Makan roti boom.

Jam 7.20 malam, bersiap dan pakai jubah tidak berkolar. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat maghrib berjemaah. Ceramah selepas maghrib di sampaikan oleh Ustaz Jais Kamos tajuk perkahwinan cerai dan rujuk. Solat isyak.

Selepas solat isyak di ikuti solat hajat minta bantuan memudahkan pencarian pesawat hilang MH 370.

Balik ke rumah.

Makan nasi berdua dengan Mamanya. Kari ayam. Mamanya makan telur rebus masak kari.

Mamanya isikan air dari tong plastik masuk ke tempayan plastik dalam bilik mandi.

Advertisements