Ada Air 10 pagi

Isnin 10 Mac 2014 bersamaan 8 Jamadil Awal 1435H (69/2014)

Sebelum jam 6 pagi, mandi dan bersiap memakai jubah tidak berkolar beige. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. solat subuh. Ikuti kuliah mengaji dan tafsiran ayat 77-79 Surah Nisak dengan bacaan di ketuia Imam Muliyadi. Tafsiran dan Tajwid oleh Ustaz Salleh Ashaari. Jam 7.25 pagi keluar dewan masjid dan solat isyarah di serambi. Waktu itu kuliah mengaji peserta masih di teruskan.

Masuk dewan semula dan duduk bersama pserta kumpulan mengaji Haji Ariff. Mengikuti sesi mengaji bersama kumpulan. Sesi bermula sekitar jam 8 pagi dan tamat jam 9 pagi.

Balik ke rumahselepas tunai solat dhuha di serambi masjid. Balik ke rumah dengan motosikal.

Mamanya sediakan kopi secawan. sarpana dengna dua keping roti Gardenia wholemeal sapu mentega dengan kaya. Kaya buatan sendiri oleh Mamanya tidak lama dahulu.

BR1M Adlan
Periksa laci Adlan. Baca surat kelulusan BR1M. Penerima boeh dapatkan BR1M di pejabat DBKL, Wangsa Maju selepas 23 Feb 2014.

Ada Air
Selepas jam 10 pagi mula ada air masuk paip dan pili rumah.

Abah guna sabun Vim dan cuci lantai bilik mandi bawah.

Kehilangan MAS 370
Hari ni adlah hari ke 3 kehilangan pesawat MAS 370. Masih tidak dapat di kesan oleh MAS dan Kerajaan Malaysia . Beberapa negara luar ikut sama mencari.

Solat asar di Masjid Ansar. Balik ke rumah selepas solat. Masuk ke dlaam rumah, dapat kesan bau sesuatu yang di masak di dapur.

Minum petang. Nampak hidangan karipap ‘puff’ atas meja makan di dapur. Makan karipap yang di masak Mamanya.

Azfar datang ke rumah.

Abah keluar ambil Anis dengan kereta Myvi Azfar. Anis tunggu depan stesen LRT Setiawangsa.

Solat maghrib di Masjid Ansar. KKuliah selepas maghrib. Solat isyak. Balik ke rumahselepas isyak.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar. Anis ikut sama makan nasi dengan telur rebus kari. Mamanya hidang lauk ikan bakar sambal tomyam.