Botol Kaca Lama/Hujan Lebat Petang

Rabu 19 Mac 2014 bersamaan 17 Jamadil Awal 1435H (78/2014)

Catu air bermula 4 Mac 2014 dahulu. Semalam dan hari ini ada air.

Solat subuh. Naik motosikal ke Masjid Ansar. Kuliah mengaji dan tafsiran ayat dari Surah Nisak. Beli kuih di gerai depan SRA Integrasi Taman Keramat Jalan AU2A. Balik semula ke masjid.

Sesi mengaji dalm kupulan bersama Haji Ariff. Balik ke rumah sekitar jam 9.30 pagi. Waktu ini matahri sudah naik.

Dalam berita TV berkaitan undi awal sepemena Pilihan Raya Kecil Kajang minggu ini.

Botol Kaca Lama.

Selepas jam 11 pagi. Mamanya rancang hantar botol kaca ke pusat kitar semula di Wangsa Maju.Pergi dengan kereta Waja. Singgah Caltex dahulu isi angin tayar belakang yang agak kempis.Keluarkan diut guna mesin ATM Maybank dlam kedai Caltex. Ken berbaris dua orang sebelum dapat guna mesin. Waktu itu jam 11.16 pagi.

Mamanya bertanya kenapa ambil masa lama.

Pergi ke AEON Big Wangsas Maju
Pusing keliling AEON Big mencari lokasi pusat kitar semula barang lusuh. AEON Big dahulu di kenali dengan nama Carrefour.Telah tukar nama sejak setahun lalu.
Tidak jumpa lokasi pusat kitar semula. Masuk ke besmen. Tidak jumpa.

Mamanya saran singgah ke Pasaraya Aeon Big. Masuk besmen lagi sekali. Letak kereta di sudut berdekatan ‘ramp’ masuk ke pasaray dari besmen. Naik ke tingkat satu.

Buat 2 pusingan tetapi tidak jumpa kedai DIY. Cari kedai DIY. Tidak jumpa. Bertanya seorang pembantu kedai dan baharu dapat tahu lokasi kedai DIY.

Masuk ke kedai DIY. Mamanya cari barang prkakas kegunaan di dapur.
Masuk kedai BATA. Tengok kasut.Tunjukkan kasut jenis ‘moccasin’ kepada Mamanya. Singgah di kedai lain dan tengok kasut.

Keluar kompleks dengan kereta.
Di luar, bertanya seorang pekerja. Beliau tunjuk satu lokasi tong untuk buang sampah. Fikirkan itu lokasi untuk buang barang kitar semula. Sebenarnya itu adalah tng sampah besar untuk sampah biasa dan bukan untuk kitar semula.

Mamanya ambil beg plastik mengandungi botol kaca lama dari kereta Waja. Bawa ke tong sampah dan buang terus. Kira rancangan buang du pusat kitar semula gagal kali ini.

Balik ke rumah.
Mamanya masak di dapur. Hidangan sayur kobis panjang rebus.
Makan tengah hari. Makan nasi berdua di meja makan di dapur.

Mandi dan bersiap pakai baju Melayu merah jambu cair. Abah pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal Solat zohor.

Balik ke rumah. Makan tembikai.

Menonton drama di TV3.

Waktu ini banyak berhubung dengan Azfar melalui whatsapp berkaiatn pinjaman perumahahn dan berurusan dengan Public Bank.

Abah juga whatsapp dengan Adlan beri nasihat berkaitan sewa rumah.
Mula hujan.

Anis whatsapp beritahu balik lewat petang ini.

Jam 7 malam, Abah mandi dan bersiap pakai baju Melayu. Keluar dengan kereta Kancil menuju ke stesen LRT Setiawangsa. Hujan renyai waktu ini. Anis tunggu di stesen. Ambil Anis di bahagian berbumbung untuk pejalan kaki di tepi premis stesen.

Tununkan Anis di porch rumah. Masih hujan. Keluar semual dari [porch dan pergi ke Masjid Ansar. Hujan bertambah lebat.

Hujan Lebat
Letak kereta Kancil di bawah khemah berhampiran pagar kawasan masjid. Ada bawa payung dalam kereta Kancil.Nampak seoang lagi jemaah masuk ke khemah kereta. Beri eliau tumpang sama payung untuk pergi ke serambi masji.

Solat maghrib.

Selepas maghrib, duduk seorang di dewan berselbelahan sambil mengjai Koran dan ulang kaji tajwid dalam surah.

Solat isyak

Waktu ini hujan bertambah lebat dengan bunyi guruh dan kilat.

Selepas isyak, masih hujan lebat. Tunggu seketika dan hujan reda selepas jam 9.20 malam. Balik ke rumah.

Tiba di rumah dan dapati kereta Waja tidak ada di porch.

Makan nasi bersamaMamanya dan Nauwar.

Advertisements