Whatsapp

Selasa 11 Mac 2014 bersamaan 9 Jamadil Awal 1435H (70/2014)

Catu air kawasan Keramat telah bermula sejak selasa 4 Mac 2014.

Semalam dan hari ini masih ada air.

Kapalterbang MAS370 masih hilang sejak Sabtu 8 Mac 2014.Hari ini hari ke empat kehilangan pesawat MAS. Tajuk Utusan Malaysia ‘Terus Buntu’ di muka pertama.

Jam 6 pagi segera bangun, mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat subuh. Pergi dengan motosikal. Solat berjemaah. Ikuti kuliah mengaji ayat 80-83 Surah Nisak, di ketuai Imam Amri. Terjemahan, tafsiran dan tajwid di pimpin oleh Ustaz Salleh Ashaari.

Solat isyarah di serambi masjid. Jam 7.50 pagi, berkumpul dalam dewan masjid untuk sesi mengaji Koran bersama kumpulan Haji Ariff. Kurang 10 peseta. Waktu ini sesi mengaji sesi subuh sudah tamat.

Berbual seketika bersama Haji Ariff selepas selesai sesi mengaji sekitar jam 9.10 pagi. Sebelum balik, solat dhuha di serambi masjid.

Gerai depan Sekolah Agama Integrasi tidak menjual. Singgah pula ke gerai di simpang berdekatan. Beli kuih ketayap 5 biji.

Balik ke rumah.

Mamanya hantar Anis ke stesen LRT sekitar jam 7.45 pagi.

Mamanya beritahu berkaitan seorang bekas juruterbang MAS yang berbicara dalam rancangan di RTM pagi ini, kisah kelhilangan pesawat MAS.

Minum kopi dan makan kuih buat sarapan pagi.

Semasa berada di halaman, kedengaran bunyi hon motosikal. Nampak seorang berbaju biru. Beliau beri isyarat, dan segera teka bahawa beliau aadalah pembaca jangka TNB.

Masuk ke dalam rumah dan segera membuka pintu pagar untuk memberi laluan kepada pembaca jangka masuk.
Beliau ambil bil lama dari kotak surat. Ambil bacaan baharu pada jangka elktrik TNB dan serahkan bil terkini dengan bacaan sebenar.

Jam 12 tengah hari pergi ke Pasaraya Giant Taman setiawangsa dengan motosikal. Beli baby tomato dengan sayur bayam. Jam 12.14 tengah hari. Balik ke rumah.

Mamanya masak lauk ayam tomato masak merah. Jam 1 tengah hari Abah makan nasi bersama Mamanya.

Mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah. Selepas solat balik ke rumah.
Jam 3 petang menonton press conference berkaitan kehilangan pesawat MH370 di TV. di sair di semua saluran TV.
Selepas jam 4 petang baharu mula menonton drama Filipina yang tertunda.

Jam 4.30 petang, bersiap dan pergi ke Masjid ansar solat asar.

Selepas jam 6 petang Abah memandu Kancil dan ambil Anis di stesen LRT Setiawangsa. Anis baharu pulang dari Agro Bank Kuala Lumpur. Anis menghadhiri kursus latihan amali sehingga bulan Sepetember 2014. Lepas itu masuk semula ke kolej UPM Serdang sambung pengajian.

Minumteh petang. Mamanya hidang kek cokelat. Kek dua lapis. Nauwar juga ikut sama minum teh dan makan kek cokelat. Ans rakam foto kek dan whatsapp ke Azfar.
Jam 7.15 malam, Abah bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Pergi dengan motosikal. Ada ceramah di sampai Imam Muliyadi. Solat isyak. Balik ke rumah selepas solat isyak.

Selepas 9.30 malam, makan nasi.

Telefon dengan Pak Lang Zulkafli dan berbual berkaitan buka whatsapp untuk keluarga.

Advertisements