KOD ISBN PNM

Rabu 12 Mac 2014 bersamaan 10 Jamadil Awal 1435H (71/2014)

Catu air kawasan Keramat telah bermula sejak selasa 4 Mac 2014.

Semalam dan hari ini tidak ada air.

Kapalterbang MAS370 masih hilang sejak Sabtu 8 Mac 2014.Hari ini hari ke limakehilangan pesawat MAS hilang.

Jam 5.50 pagi segera bangun, mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat subuh. Pergi dengan motosikal. Solat berjemaah. Ikuti kuliah mengaji ayat 84-86 Surah Nisak, Di ketuai Imam Muliyadi. Terjemahan, tafsiran dan tajwid di pimpin oleh Ustaz Salleh Ashaari.

Solat isyrak. Jam 7.45 pagi masuk ke dewan ikuti kumpulan sesi mengaji bersama Haji Ariff.

Jam 9 beredar dari masjid ke gerai di Medan Selera AU2 berhampiran Asrama Semai Bakti FELDA. Haji Abu belanja sarapan makan nasi lemak.

Tiba balik di rumah sekitar jam 10 pagi.

Kod ISBN untuk Percetakan Baharu
Pergi ke Perpustakaan Negara M<alaysia dengan motosikal. Naik tingkat 3. Berjumpa seorang lelaki Firdaus, dan tunggu beliau untukmendapatkan kod ISBN. Tunggu lama. Beliau berikan satu salinan fotostat surat nombor kod ISBN atas nama Dezeek Media. Di bertahu yang asal telah di hanat ke alamat di Ipoh.

Hala balik singgah di Pasar DAtuk Keramat. Belilauk di Fauziah Nasi Campur.

Jam 1 petang makan nasi berdua dengan Mamanya.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah.

Tidur seketika di ruang tengah depan TV. Mamanya juga ,enonton TV3 drama Filipina dan drama Melayu.

Jam 4.40 petang pergi ke Masjid Ansar solat asar.

Selepas jam 6 petang, guna Kancil dan ambil Anis yang baharu balik dari tempat latihan di AGRO Bank KL.

Minum petang. Teh susu. Makan kek cokelat.

Jam 7 malam, bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat maghrib.

Ceramah di sampai oleh Habib Ali Zaenal Abidin.

Selepas isyak balik ke rumah. Anis berada dalam bilik di atas.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.

Advertisements