Adlan Balik Hari KL-Ipoh/Jerebu

Khamis 13 Mac 2014 bersamaan 11 Jamadil Awal 1435H (72/2014)

Solat subuh.

Sesi mengaji Koran.

Jam 9.30 pagi, sarapan makan kuih kaswi dan karipap.

Adlan sms whatsapp beritahu rancangan datang ke KL.

Beli lauk di Medan Selera Taman Setiawangsa.Pergi dengan motosikal. Hala balik ke rumah, singgah di stesen Petronas. Isi petrol.Waktu itu 11.19 pagi. Balik ke rumah.

Adlan tiba dari Ipoh

Keluar semula dengan kereta Waja. Tunggu Adlan di stesen LRT Setiawangsa.

Jam 12.09 pm, SMS dari Adlan ke HP Abah,”LRT jammed dekat Ampang Park. Sabor ye”

Adlan telefon beritahu LRT bermasalah.

Jam 12.14 tengah hari Adlan SMS ke Abah, ” Train rosak. Kena tukar train. Abah tunggu dulu lah”

Jam 12.16 tengah hari Adlan telefon ke Abah dan beritahu minta ambil di stesen LRT Damai. Waktu ini tren berhenti lama pula di sini.

Abah teus memandu menuju ke stesen Damai. Adlan sudah tunggu di tepi jalan raya depan stesen.
Hala balik singgah di stesen Petronas AU2 Taman Seri Keramat. Isi petrol untuk kereta Waja RM78.78. Sambil itu Abah beli roti Gardenia dalam Kedai Mesra Petronas. Balik ke rumah.

Adlan keluar semula guna kereta Waja untuk berjumpa klien.

Abah bersiap dan pergi ke Masjid Ansar dengan menunggang motosikal. Solat zohor.

BR1M DBKL
Rancang ambil kupon BR1M bagi pihak Adlan/ Pergi dengan motosikal ke DBKL Wangsa Maju. Naik ke tingkat 1.
Dapatkan kupon BR1M bagi pihak untuk Adlan. Tunjuk sijil lahir dan kad pengenalan. Ambil masa seketikasahaja.
Balik semula dengan motosikal ke rumah.

Tidur.

Solat asar.

Ambil Anis.

Adlan tiba di rumah.

Mandi. Bersiap pakai pakaian bersih.

Adlan Balik ke Ipoh
Jam 6.30 petang Adlan tiba di rumah. Mamanya suruh Adlan minum teh dan makan kek dahulu. Adlan beritahu rancang balik ke Ipoh dengan bas ekspres yang berlepas jam 8 malam dari Pudu Sentral.
Hantar Adlan ke Pudu Sentral dengan motosikal. Tiba di Pudu Sentral sekitar jam 7.20 malam. Adlan terus pergi ke kaunter bas ekspres Plusliner. Beli tikit bas Plusliner untuk ke Ipoh. Naik ke surau. Solat maghrib berjemaah.

Nampak Adlan di gerai dekat pintu masuk P9. Adlan beli sandwic.

Tengok Adlan naik bas ekspres Plusliner ke Ipoh.

Ambil motosikal. Keluar Pudu Sentral. Balik ke rumah.

Tiba di rumah, bersiap dan pakai baju Melayu untuk pergi ke Masjid Ansar.

Solat isyak.

Kenduri selepas isyak. Hidangan di serambi masjid.

Bawa balik ke rumah nasi minyak dan ayam goreng.

Jam 11.44 malam, Adlan whatsapp beritahu sudah tiba di rumah di Ipoh.

Advertisements