Tetamu Pangkor Kumpulan Salihah Selayang.

Jumaat 1 Jun 2012 bersamaan 11 Rejab 1433 (153/2012)

Bas Syarikat Maju tiba selepas jam 2 pagi. Ramai penumpang.

Hujan di Lumut
Tiba di stesen bas Lumut jam 6.30 pagi. Cuaca rintik. Jalan raya basah. Baharu lepas hujan lebat agaknya. Segera tarik beg merah ke Masjd Adli, Lumut. Pergi ke tandas dahulu. Letak beg merah dengan troli di satu sudut bawah bangsal motosikal. Bawa masuk beg merah dengan troli ke dalam masjid. Terbalikkan roda troli tidak terkena lantai masjid.

Ambil wuduk. Cari jika ada orang sedang solat untuk masuk berjemaah. Nampak seorang sedang solat dalam dewan masjid. Segera ikut menjadi makmum untuk mendapat pahala berjemaah.

Selesai solat subuh berjemaah berdua sahaja. Sekarang perlu pergi ke Jeti Lumut untuk naik feri ke Pangkor. Jalan kaki dari masjid ke Jeti Lumut. Tarik beg merah dengan troli. Tiba tiba hujan. Baharu keluar pintu pagar masjid. Ambil topi dari beg gantung dan pakai topi jenis ‘baseball cap’. Segera berjalan laju ikut koridor berbumbung di tepi laut atau ‘ espalanade’ hingga sampai ke Jeti Lumut. Terkena juga hujan.

Ramai penumpang dalam feri.Cuti sekolah baharu bermula dan diduga ramai pengunjung ke Pulau Pangkor. Hujan dalam pelayaran ke Pangkor.

Hujan rintik di Pangkor. Jalan kaki sehingga sampai ke rumah Desa Pangkor. Masuk terus ke dalam rumah. Susunkan peralatan dapur. Sapu lantai dengan penyapu. Jam 9.00 pagi baharu matahari keluar. Tuala masih tergantung di penyidai sejak di tinggalkan minggu dahulu. Jemurkan tuala di luar rumah. sambung kemaskan rumah. Lap lantai bilik dengan Dettol.

Jam 11 pagi terima SMS dari Salihah beritahu sudah tiba di Jeti Pangkor. Telefon ke Salihah suruh tunggu di jeti. Abah rancang berjumpa kumpulan di jeti dan bawa kumpulan balik ke rumah.

Terima SMS tweet dari Adlan yang memberitahu jam 11 pagi sedang berada di Masjid Newcastle solat Jumaat di sana.

Jam 11.05 pagi jawab SMS Jusoh jawab OK sahaja berkaitan perlu bayar kos road tax Kancil.

Segera keluar rumah dan berjalan kaki di Jalan Pasir Bogak menuju ke Jeti Pangkor. Minta tumpang dengan seorang penunggang motosikal. Minta turunkan di simpang dekat pekan tidak jauh dari jeti. Sambil itu buat promosi dan beri kad Inap Desa Pangkor. Pergi ke Jeti Pangkor.

Jumpa dengan kumpulan Salihah. Panggil satu teksi van merah jambu. Guna satu van sahaja. Balik ke rumah Desa Pangkor dengan tetamu. tunjukkan bilik dan rumah. Beri kunci rumah kepada Salihah. Tinggalkan tetamu.

Tunggu di tangga flet. Jam 12 tengah hari, telefon ke Zana di rumah atas, pesan sediakan nasi lemak. tunggu di bawah dekat tangga. Apabila anak Zana tba, beri wang RM60 bayaran untuk kos nasi lemak esok dan pagi Ahad. Selepas itu, telefon ke tetamu dan beritahu berkaitan nasi lemak yang di sediakan untuk sarapan.

Jam 12.30 pagi beredar dari rumah untuk pergi ke Jeti Pangkor. Minta tumpang seorang penunggang motosikal yang lalu di jalan raya. Hantar terus ke jeti. Naik feri.

Jam 12.24 petang tweet , “Orang dah checked ini. Naik feri nk balik KL. Hik. Hik.”

Tiba di Jeti Lumut. Segera pergi ke kaunter Transnasional. Ambil tiket jam 1.30 petang balik ke KL. Naik bas Transnasional. Buat tweet beritahu sudah naik bas dan berlepas dari Lumut ke KL. Kali pertama balik ke KL berlepas tengah hari.

Azfar smms bertanya pukul berapa Abah tiba balik di KL.

Tidak di sangka jam 4 petang semasa berada dalam bas, terima satu SMS bertanya jika ada kekosongan di rumah Pangkor pada Ahad ini.

Jam 4.11 petang baharu melepasi Sungkai. Waktu ini rasa penghawa dingin kuran sejuk. Cuaca di luar panas terik. Lebuhraya sesak dengan kenderaan.

Selepas jam 5 .30 petang tiba Kuala Lumpur tetapi jalan raya masuk ke bandaraya KL sesak teruk.

Jam 5.51 petang terima panggilan dari Adlan dari Australia. Waktu itu Abah masih duduk dalam bas transnasional di Jalan Duta. Bas bergerak menuju Pudu Sentral. Berbual dengan Adlan. Jalan Duta waktu ini sesak dengan kenderaan.

Jam 6.55 petang Abah sudah naik LRT dari stesen Masjid Jamik dan menghala balik ke rumah.