Tukar tayar kereta Waja

Khamis 31 Mei 2012 bersamaan 10 Rejab 1433 (152/2012)
Bangun jam 5.44 pagi. Segera bangun. Mandi dan bersiap. Pakai baju ungu. Cuaca di luar rintik. Memandu Kancil pergi ke Masjid Ansar. Selepas solat subuh dan selepas wirid, segera keluar dewan masjid untuk alihkan kereta Kancil yang menghalang kereta jemaah lain. Kedengar bunyi hon dari sebuah van yang terhalang. Segera bergerak menuju ke Kacil dan sambil itu mengangkat tangan sebagaio tanda minta maaf kepada pemandu yang menunggu di dalam van putih. Beliau di kenali sebagai Komander Zainal kenalan Abah dari TLDM Lumut dahulu.

Masuk semula ke dalam dewan dan mengikuti mengaji beberapa ayat Surah Ghaffir dengan tafsiran. Jam 6.30 pagi, keluar dari dewan balik. Singgah di gerai beli kuih.

Hantar Nauwar ke stesen LRT Setiawangsa.

Jam 10 pagi menunggang motosikal terus pergi ke Pudu Sentral. Banyak kepayahan letak motosikal kerana tidak ada ruangan cukup. Terus naik ke tingkat 1 danbeli tiket di Kaunter Arwana. RM24.60. Keluar dari kompleks. Munggang balik ke rumah ikut Prolintas. singgah Pasar DAtok Keramat. Beli lauk di Fauziah Nasi Campur.

Jam 11 pagi keluar semula tetapi dengan kereta Waja. Rancang tukar tayar. Periksa dan dapati hanya tayar kanan belakang sahaja yang botak banyak. Pergi ke bengkel Jasna di pekan. Kena tunggu kerana nampak banyak pelanggan bengkel waktu ini. Apabila mekanik beri isyarat, baharu undur kereta masuk bengkel.

Sebelum 1 petang makan nasi berdua dengan Mamanya di meja makan di dapur.

Solat zohor di Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal. Pakai bau Melayu merah yag tidak berkolar.

Jam 2.30 petang bersiap keluar. Bersama Mamanya pergi ke rumah Pak Lang Zulkafli di Taman Jasa, Sg Tua, Selayang. Ikut DUKE dan Sri Gombak. Berbual berkaitan pewrsiapan majlis perkahwinan Razi pada hujung minggu ini. Pagi esok Pak Lang dan keluarga pergi ke Skudai, Johor. Malam ini Razi pergi ke Johor berdua dengan seorang kawan. Razi pergi dahulu.

Solat asar di surau Taman Jasa. Pergi bersama Pak Lang Zulkafli. Memandu Waja letak tepi surau masuk ikut padang bersebelahan.

Tiba rumah jam 5.30 petang. Abah bersiap untuk mencuci kereta Waja. Mamanya beritahu kereta terlalu kotor. Ambl sabun di dapur. Guna air saun Trojan bancuh dalam baldi merah. Abah lap dengan kain pengelap tebal. Jirus dengan air guna hos kuning ambil air dari pili luar.

Sambung kerja dan cuci lamtai porch.

Jam 5.40 petang, terima SMS dari Syairazi beritahu alamat rumah inap di Taman Seri Pulai, Skudai.

Jam 7 malam, Mamanya beritahu supaya pergi ke masjid. Berhenti mencuci kereta dan porch. Tanggalkan hos dari pili. Kemaskan hos di teres.
Naik ke bilik dan bersiap. Pakai baju Melayu ungu. Waktu ini mula hujan lebat. Terlalu lebat. Guna Waja pergi ke Masjid Ansar.

Hujan Lebat di Masjid Ansar
Dapat letak kereta Waja di bawah khemah berhampiran pagar. Tidak basah jika keluar dari kereta. Mudah buka payung. Jalan kira 20 meter ke serambi masjid. Hujan masih lebat. Air takung tepi premis masjid. SMS tweet beritahu tidak ada kenduri di masjid malam ini.

Solat maghrib. Selepas itu majlis membaca Yasin beramai.

Solat isyak. Selepas isyak ada solat hajat.

Berbual seketika dengaa seorang ahli jemaah masjid. Beliau adalah bapa mertua artis Tomok. Beliau tidak dapat ingat nama anak Tomok yang baharu lahir.

Balik ke rumah. Waktu ini hujan reda.

Maknan nasi berdua dengan Mamanya.

Lepas itu Nauwar turun dan makan nasi seorang.

Jam 10.57 malam, SMS ke Ina Shaari nombor telefon Pak Lang Zulkafli yang di minta.

Abah bersiap untuk pergi ke Lumut lewat malam ini.

Balik ke rumah.