Gergaji Dahan Pokok Ru

Selasa 22 Mei 2012 bersamaan 30 Jamadilakhir 1433 (143/2012)

Seperti biasa memandu Kancil pergi masuk ke kawasan masjid Ansar dan dapat letak bawah khemah dekat pagar. Sedang solat sunat kedengaran iqamah. Solat subuh. Ikuti kuliah mengaji dan tafsiran beberapa ayat surah Zumar dengan Ustaz Amri dan Ustaz Salleh Ashaari. Jam 6.35 pagi tinggalkan kuliah dan balik ke rumah. Perlu hantar Nauwar kerja.

Sebelum masuk rumah, periksa kereta Kancil dahulu di porch. Sejak minggu lepas ada pembaikan pada radiator Kancil dan keadaan kereta masih belum baik. Pada panel isyarat kereta nampak jarum suhu naik sedikit hampir 50 %. Buka bonet dan periksa air dalam tangki. Air masih ada dan penuh.

Jam 8.30 pagi solat dhuha. Mengaji beberapa ayat surah Ibrahim hingga tamat surah.

Sarapan pagi. Ambil kuih karipap dari peti sejuk. Minum kopi susu yang disedakan Mamanya pagi ini.

Terima satu SMS dari kawan dari Bentong bernama Bahari menjemput ke kenduri kahwin pada Sabtu depan. Jawab SMS tidak dapat hadir kerana perlu pergi ke Pangkor. Sabtu ini ada orang menyewa rumah Pangkor.

Jam 10.20 pagi Azfar turun ke ruang tengah.

Ambil tangga kayu dan sandarkan pada pokok ru dekat belakang rumah dalam halaman. Perlu potong beberapa dahan yang bertentantangan rumah jiran di belakang. Potong dengan gergaji empat dahan. Letak dahan yang di potong di tepi jalan raya berdekatan halaman.

Pokok Ru di halaman dekatan dapur

Waktu ini jam 11.30 pagi, cuaca mula mendung dan redup.

Terima bungkusan untuk Anis dari Pos Laju.

Kedai Motosikal Keramat
Cuaca nampak hujan renyai. Memandu Waja pergi ke Pasar Datok Keramat.Singgah di kedai motosikal. Jumpa dengan tuan punya kedai. Bertanya perkara berkaitan pembaikkan motosikal lama atau yang sudah kondem. Beliau jawab boleh di baiki dan makan masa lama. Kos tinggi kerana susah cari alat ganti.

Masuk ke pasar beli lauk di Fauziah Nasi Campur.

Gambar Paspot Antarabangsa.
Singgah di Kedai Gambar Permai. Bagi CD lama ke pekerja wanita Melayu. Wajah dalam gambar banyak berubah. Perlu ambil gambar baharu yang sesuai dengan wajah sekarang. Tauke kedai saran ambi; foto baharu. Masuk studio. Pakai kot hitam. Tangkap gambar baharu. Tunggu siap. Bayar RM15.00.

Bersiap pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Pakai jubah putih. Guna motosikal. Kira kira 200 miter dari rumah, mula hujan. Patah balik ke rumah. Mula hujan bertambah lebat. Depan rumah bunyikan hon motosikal supaya Mamanya di dalam dengar. Beritahu mula hujan. Tinggalkan motosikal di porch. Masuk ke dalam rumah dan ambil kunci kereta Waja. Pergi semula ke masid dengan kereta Waja. Hujan rintik.

Selepas solat zohor hujan rintik sahaja. Boleh berjalan ke kereta tanpa guna payung. Bertegur sapa dengan jiran nama Tajaludin yang datang ke masjid dengan motosikal.

Mamanya masih solat di bilik.

Makan nasi berdua dengan Mamanya di meja makan di dapur. Sambil itu hidupkan TV3 di ruang makan. Lauk ikan pari bakar dengan gulai lemak pisang.

Jam 3 petang Abah naik ke bilik. Tidur.

Jam 4.30 petang pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja.Pakai jubah putih. Alat kawalan jauh dalam kereta Waja sudah berfungsi baik. Dari jauh boleh dibukakan pintu pagar otomatik dengan segera. Ada ruang di sebelah kenderaan jenazah di bawah khemah khemah berhampiran serambi masjid. Solat asar.

Tiba rumah dan terus guna alat kawalan jauh untuk bukakan pintu pagar. Alat berfungsi baik kerana boleh buka pintu pagar otomatik dari jauh. Kereta Kancil ada di porch. Azfar sudah balik ke rumah.

Azfar dan Mamanya duduk di sofa di ruang tengah berbual.

Karpet kesemua sudah di bungkus dengan sarung khas. Abah masukkan karpet semua ke dalam setor.

Minum teh petang. Tidak ada roti Gardenia. Mamanya keluarkan karipap dari peti sejuk. Makan karipap.

Rancang pergi ke Masjid Muaz bin Jabal untuk solat maghrib. Masjid berhawa dingin. Pakai baju T yang dahulu guna semasa haji di Mekah. Pakai jubah putih. Pergi dengan kereta Kancil. Ikuti kuliah selepas maghrib. Solat isyak. Waktu keluar dari masjid menuju ke kereta Kancil, terima satu sms dari Mamanya minta diambil Nauwar di stesen LRT Setiawangsa. Waktu itu jam 9.11 malam. Nauwar dalam perjalanan balik dari kerja.