All posts by Abah

Gambar Adila dlm Berita Minggu & NST

Ahad 11 Zulkaedah 1432H (284/2011)

Solat subuh berjemaah di Masjid Ansar.
Sarapan disediakan dengan roti capati sekeping seorang dengan kopi susu.Singgah di gerai beli roti boom dan kuih apam warna warni.
Anis ada di rumah. Abah dan Mamanya tidak sedar waktu bila Azfar dan Anis balik ke rumah malam tadi. Bawa dua biji kelapa. Minta kukur di kedai runcit Harun Bayar RM1 untuk 2 biji. Mamanya datang ke pintu pagar ambil kelapa kukur dri abah. Masih atas motosikal. Minta Mamanya mbil buku agama dekat cermin belakang pintu. Abah menunggang motosikal terus pergi ke Kelas agama amali di Dewan PIBG Sekolah Rendah Agama Al Amin Jalan AU1A. Kelas tamat jam 1 petang. Menunggang motosikal pergi terus ke Masjid Ansar untuk solat zohor berjemaah.

Balik ke rumah. Masuk motosikal ke porch. Nampak Azfar memandu Waja masuk ke porch. Azfar baharu lepas hantar Anis ke stesen LRT Setiawangsa. Anis hendak pergi ke Shah Alam sempena konsert Sheila Amzah.

Masuk ke ruang tamu. Nampak satu roda basikal di dinding. Tekaan Abah. Ini roda basikal kepunyaan Anis.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Gambar Adila sempena sukan Varsity Boat Race 2011 Putrajaya tersiat pada muka 54 Berita Minggu.

Makan nasi bersama Mamanya Azfar. Nauwar ikut sama makan nasi. Mamanya sediakan lauk gulai lemak kuning ayam dengan tumis kacang boncis dan carrot.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal untuk solat asar berjemaah. Guna motosikal. Pakai cermin mata hitam kerana cuaca panas terik dengan matahari.

Jiran Hamdan Kemalangan
Rancang menziarah jiran yang diketahui kemalangan pagi ini. Abah dan Mamanya pergi ke rumah jiran di depan rumah. Mamanya beri salam dekat pintu depan mereka. Abah juga masuk, dan bersalam dengan jiran bernama Hamdan. Khabarnya jatuh dari motosikal pagi ini jam 9 pagi dekat stesen LRT Setiawangsa. Isteri beliau hidang minuman dan kudapan. Selepas minum air lychee Abah keluar balik ke rumah. Mamanya tinggal berbual dengan isteri Hamdan.

Tak jadi baiki roda basikal
Abah bawa roda basikal Anis dengan kereta Kancil ke kedai basikal di Jalan Enggang. Pekerja kedai basikal tidak layan kerana kedai mula tutup. Waktu itu jam 5.30 petang. Abah memandu bawa roda basikal balik ke rumah.

Jam 7 malam, pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Selepas maghrib ada kuliah Ustaz Jais Kamos. Balk ke rumah selepas isyak.

Makan nasi bersama Mamanya, Nauwar dan Anis. Azfar masih belum balik ke rumah. Azfar keluar siang tadi dengan membawa kereta Waja.

Anis blend carrot. Buat jus carrot untuk Abah.

Dalam Tweeter, Adlan ada link ke The New Straits Times berkaitan kejayaan Adila menang tempat dalam Varsity Boat Race 2011 Putrajaya. Abah ‘reply’ tweet Adlan. Tidak sangka Adlan cekap cari berita. Seterusnya, Abah link ke Facebook.

Adila – Varsity Boat Race Putrajaya

Sabtu 10 Zulkaedah 1432H (283/2011)

Memandu Kancil seperti biasa pergi ke Masjid Ansar untuk solat subuh berjemaah. Dari kawasan bukit nampak ada ruangan kosong dalamkawasan masjid. Apabila masuk, nampak lagi satu ruang kosong bawah khemah tepi serambi. Segera masuk Kancil ke situ. Masuk ke dalam dewan. Solat sunat sebelummasuk ke saf kedua untuk solat subuh berjemaah. Selepas solat ada kuliah di pimpin oleh Dr Ali Saripan melalui ‘overhead projector’. Kuliah tamat selepas jam 7 pagi. Balik terus ke rumah.

Masuk kereta ke porch. Depan porch bertemu dengan pengedar surat khabar, di panggil Lim, di beritahu Utusan Malaysia masih belum tiba subuh ini. Surtuh dia hantar kemudian apabila stock sampai lewat nanti.

Jam 11 pagi Mamanya dan Azfar keluar untuk membeli belah. Abah ada pesan supaya beli sesuatu untuk di kirimkan ke HUda di Australia. Boleh di kirimkan bersama barang barang yang Adlan pesan dahulu.

Nampak Utusan Malaysia di cermin depan kereta Kancil di porch. Bawa masuk ke ruang tengah. Baca. Tajuk utama Bajet Sejahtera 2012 yang di bentangkan semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jam 4 petang semalam di Parlimen.

Jam 12.43 Azfar SMS ke abah bertanyakan kamera. Abah beritahu kamera sudah di bawa oleh Nauwar pagi tadi.

Jam 12.58 petang, Abah SMS ke Azfar beritahu, “Beli baju jer…”

Hujan terlalu lebat
Jam 1 petang mula hujan lebat. Keluar dengan kereta Kancil dalam hujan lebat. Memandu menuju ke Masjid Ansar untuk solat zohor berjemaah. Nampak satu ruang kosong di bawah khemah berdekatan serambi masjid. Memandu Kancil terus masuk terus ke khemah. Terkena hujan sedikit apabila melangkah naik anak tangga ke serambi. Tersu masuk ke dewan di saf pertama sebelah kanan sekali sementera mendengar azan zohor. Selepas azan, solat sunat. Ustaz Rahimin imam.

Solat zohor selesai jam 1.30 petang. Waktu itu hujan masih lebat dan kedengaran juga guruh dengan kilat.

Tiba depan rumah nampak dua kereta di porch rumah. Kereta Proton Persona hitam berada di porch. Abah tidak dapat masuk ke porch. Masih hujan lebat. Waktu ini jam 1.40 petang. Telefon ke Azfar beritahu ketibaan Abah di depan rumah. Azfar beritahu Azfar hendak keluar sebentar lagi. Abah tunggu dalam Kancil tidak jauh dari porch untuk beri laluan kereta hitam kepunyaan kawan Azfar berundur keluar dari porch. Azfar dan kawan bernama Min beredar dari rumah. Abah memandu Kancil masuk ke porch.

Masuk ke ruang tengah. Nampak Mamanya memasak sayur bayam di dapur. Nampak beberapa barang dan pakaian atas kabinet. Mamanya beritahu sudah beli baju untuk Huda.

Varsity Boat Race Putrajaya
Azfar, Anis dan kawan bernama Min, pergi tengok Adila di Varsity Boat Race di Putrajaya. Banyak gambar Adila masuk dalam Facebook. Adila dapat tempat kedua dalam pertandingan wanita Boat Scull Race. Mamanya buat tweet dan komen dalam Facebook ucap tahniah kepada Adila.

Waktu ini abah kemas buku dan nota kolej Anis yang lalu. simpan di dalam kabinet buku dalam ‘study room’. Jam 6.18 petang terima panggilan dari Nauwar minta diambil di stesen LRT Setiawangsa. Abah keluar dengan kereta Kancil ambil Nauwar.

Jam 7 malam Abah bawa Kancil pergi Masjid Ansar solat maghrib. Selepas maghrib balik ke rumah kerana tidak ada kuliah. Balik ke rumah. Jam 8.15 malam, pergi semula ke masjid untuk solat isyak. Kali ini pergi dengan motosikal.

Mamanya sediakan nasi goreng. Berdua bersama Mamanya, duduk di sofa sambil menonton drama Melayu saluran Astro Prima ‘Ibuku’. Nauwar ada di bilik di atas.

Azfar masih belum balik dari Putrajaya.

Tukar tayar motosikal

Jumaat 9 Zulkaedah 1432H (280/2011)

Tiba di Masjid Ansar awal. Tunggu azan subuh di serambi masjid. Solat subuh berjemaah. Kuliah subuh tamat jam 7 pagi. Pergi ke Jalan AU1C.
Beli kuih di gerai depan rumah teres setingkat. Beli donat RM2 dapat 4 biji.

Tukar Tayar Motosikal
Jam 10 pagi pergi ke kedai motosikal di Taman Setiawangsa. Kedai motosikal kepunyaan orang Melayu. Berdekatan dengan Restoran KFC. Menunggang perlahan dan terus masuk ke dalam kedai motosikal. Tuan punya kedai beritahu roda asal seperti tayar sekarang ini tidak ada. Ini kerana tayar pada motosikal adlah tayar asal dari kilang semasa motosikal di keluarkan. Tuan punya kedai tunjukkan satu tayar baharu yang diambil dari rak.
Abah tanya, “Tayar nih jenama apa?”
Tuanpunya kedai jawab dan sebut, “swelo”
Abah perhatikan ada jenama pada tayar berkaitan.Nampak jenama terukir pada tayar ‘SWALLOW’. Tidak sangka tuan punya kedai tidak sebut jenama dengan tepat.

Tukar tayar belakang RM65 dan minyak hitam RM13.00.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Pergi beli lauk di pasar Dato Keramat. Beli buah lai dan carrot.

Balik ke rumah. Mamanya duduk menjahit dekat tingkap ‘study room’. Tengok jam sudah hampir 11.45 pagi. Abah teringat perlu buat satu pembayaran melalui internet sebelum jam 12 tengah hari. Segera buat bayaran ke Citibank Mastercard melalui M2u.

Bawa Waja ke Masjid Ansar tengah hari untuk solat zohor berjemaah. Pakai baju putih lengan pendek dengan kain pelikat warna biru kotak kotak. Waktu asar juga dengan pakaian yang sama.

Selepas maghrib tidak ada kuliah. Balik ke rumah. Jam 8.15 malam, Nauwar ingatkan Abah. Abah segera ambil wuduk di bilik mandi bawah. Memandu Kancil dan terus pergi ke Masjid Ansar semula untuk solat isyak berjemaah.

Mamanya perjumpaan bersama jiran wanita

Khamis 8 Zulkaedah 1432H (279/2011)
Pagi ini terlewat pergi ke masjid. Bangun waktu kedengaran azan subuh dari luar. Segera bangun dan bersiap. Siap ambil wuduk. Memakai baju Melayu warna ungu dan kain pelikat putih. Memandu Kancil deras . Tiba di kawasan letak kereta atas bukit di luar kawasan masjid. Turun anak tangga ke kawasan masjid.Terus masuk ke dewan. Waktu itu jemaah baharu selesai rakaat pertama. Masuk ke saf ketiga dan masbuk. Tidak sangka masih ada beberapa ahli jemaah lain yang sama lewat. Selepas solat subuh ada kuliah mengaji dan tafsir ayat 20 ke 24 Surah Al Naml di pimpin oleh Ustaz Muliyadi dan tafsiran oleh Ustaz Salleh Ashaari. Tamat kuliah sebelum jam 7 pagi.

Singgah di stesen minyak Petronas AU2A dan isi petrol untuk kereta Kancil RM26.26 waktu itu jam 7.04 pagi. Alihkan kereta ke tepi kawasan stesen. Masuk Kedai Mesra Petronas. Cari majallah Solusi di rak. Nampak tajuk pada terbitan nombor 34 berkaitan bulan Ramadan. Tidak jadi beli kerana terkoyak sedikit dan tidak cukup wang. Waktu dalam kedai sebentar tadi dapat maklumat dari seorang ahli jemaah masjid bahawa gerai di depan SR Agama Jalan AU2 tutup. Beredar dari situ dan rancang pergi hujung taman untuk membeli kuih di sebuah gerai depan rumah teres. Berhenti di seberang jalan depan gerai menjual kuih di Jalan AU1C depan deretan rumah teres setingkat di taman sini.

Tiba di rumah. Letak mi gporeng, kueh teaw dan kuh di ats meja makan di ruang makan di dapur. Mamanya duduk di sofa membaca Utusan Malayia dan sambil itu menonton rancangan ‘Tanyalah Ustaz’ di saluran TV9. Tidak lama kemudian Mamnaya sediakan kopi o untuk sarapan pagi. Sarapan pagi bersama Mamanya. Makan mi goreng dan juga sedikit kueh tiaw.

Selepas jam 8.30 pagi Mamanya keluar dengan baju kurung merah untuk perjumpaan jemputan jiran belakang rumah, bernama Faridah. Mamanya bawa bersama kunci pintu depan dan anak kunci pintu pagar kecil.

Azfar masih bersiap pergi kerja. Azfar makan mi goreng sebungkus kecil di atas meja makan di dapur. Jam 9.05 pagi Azfar bergerak dari rumah pergi kerja.

Pejabat Pos Jayajusco
Menunggang motosikal ke Jayajusco. Rasa tayar motosikal tidak stabil. Rasa motor ‘membuang’. Agak tayar belakang kekurangan angin. Masuk naik ‘ramp’ ke kompleks Jayajusco. Tiba dipalang tidak dapat masuk ke kawasan. Buat pusingan U. Turun ke jalan raya. Nampak seorang dengan motosikal di tepi jalan depan kompleks dan Abah bertanyakan di mana pintu masuk untuk penunggang motosikal. Beliau beri tahu ada jalan masuk di penjuru lagi satu. Beliau tunjuk arah yang berkaitan, yang berdekatan dengan jalan raya hala ke kawasan AU3. Jumpa laluan masuk yang terletak berhadapan dengan flet AU3. Perlu ikut Jalan Taman Setiawangsa hala ke AU3 dan buat pusingan di bulatan di bawah lebuhraya DUKE.

Nampak ada tempat khas untukletak motosikal. Sesuai sekali. Tinggalkan motosikal dan masuk ke kompleks di tingkat bawah. Tidak jumpa Pejabat Pos. Masuk ke pasaraya. Masuk ka bahagian buah buahan. Tidak nampak buah delima. Keluar pasaraya dan bertanya pengawal keselamatan wanita yang berdiri di luar pasaraya. Di beritahu premis pejabat pos di tingkat 1 dan boleh lihat dari kawasan luar kompleks. Apabila keluar kompleks baharu abah ternampak papan tanda Pejabat Pos di satu sudut. Segera berjalan ke bahaigian blok dan naik tangga ke pejabat pos. Masuk ke pejabat pos dan bertanya staf di kaunter berkaitan kos pengiriman bungkusan ke Australia.

Pam angin tayar.
Keluar dari Jayajusco dan menunggang semula motosikal menuju ke stesen minyak Petronas di Taman Setiawangsa.

Beli lauk.
Solat zohor masjid.
Makan nasi bersama Mamanya. Nauwar datang ikut sama makan. Abah dan Mamanya selesai makan nasi.

Menonton drama sinetron Indonesia tajuk ‘Puteri yang DiTukar’ di saluran TV3. Siaran jam 2 petang ini dari dahulu ditajakan oleh produk serbuk basuh jenama ‘Daia’. Setahu Abah produk asal dari Indonesia.

Mamanya duduk di sofa. Nauwar di dapur mengemakan mejamakan dan basuh pinggan.

Tidak ada air

Rabu 7 Zulkaedah 1432H (278/2011)

Dapat masuk ke satu ruang letak kereta di kawasan Masjid Ansar. Terdengar iqamah waktu solat sunat. Masuk ke saf ketiga solat subuh. Seperti semalam, jemaah hampir 4 saf penuh. Selepas solat subuh di ikuti mengaji quran dan tafsir ayat Surah Al Naml di ketui oleh Ustaz Muliyadi dan tafsiran oleh Ustaz Salleh Ashaari. Selepas kuliah subuh singgah di gerai depan SRAgama Taman Keramat, Jalan AU2A. Beli kuih apam warna warni RM1.00.

Jam 8.15 pagi Mamanya sediakan kopi susu untuk sarapan. Duduk di meja makan di ruang makan di dapur. Abah makan dua keping roti Gardenia wholemeal sapu mentega dan kaya. Azfar baharu bersiap dan bersedia keluar pergi kerja. Waktu ini nampak lori kutip sampah di luar. Sepatut semalam, tetapi kuipan dibuat hari ini. Abah bangun dan tutup pintu untuk elak bau busuk dari lori sampah masuk ke dalam rumah.

Jam 9 pagi Abah bersiap untuk solat sunat dhuha. Selepas ikut mengaji Quran Surah Al Nisa seorang di bilik di atas.
Selepas itu, tukar pakaian. Turun ke bawah. Buka pintu pagar . Keluar depan porch. Tutup pili utama. Hari ini ada kerja pembaikan bekalan air atas arahan Syabas dan perlu tutup pili utama supaya elak air kotor masuk ke tangki dalam rumah siang ini.

Jam 10.30 pagi Nauwar turun dari bilik atas.

Jam 11 pagi pergi ke Pasar Datok Keramat dengan kereta Waja. Cuaca mendung. Bawa seluar Melayu kepunyaan Adlan yang berwarna ungu. zip seluar sudah lama rosak. Perlu di baiki. Semalam Mamanya sudah tetas keluarkan zip lama yang rosak. Hari ini Abah bawa ke kedai jahit Zubir Tailor. Pesan minta pasang zip baharu. Sementara itu pergi ke Fauziah Nasi Campur dan beli lauk untuk makan tengahari ini. Lepas itu tunggu di kedai jahit sehingga seluar di baiki. Upah RM6.00.

Anak kucing warna putih masuk ke ruang dapur. Ambil makanan kucing dan letak dalam plastik dan letak atas lantai dekat pintu dapur. Habis dimakan anak kucing ini.

Tidak lama kemudian kedengaran suara orang memanggil di depan rumah. Tengok ikut tingkap depan dan nampak wanita. Ini isteri kepada pengedar surat khabar yang setiap hari hantar surat khabar ke rumah. Keluar ke pintu pagar dan dapat bil untuk bulan lepas. Abah keluarkan wang kertas dari dompet dan bayar terus.

Sebelum jam 1 petang bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar. Mandi di bilik mandi di bawah. Naik semula ke bilik atas. Pakai kain pelikat warna biru. Pakai baju putih lenga pendek. Cuaca redup dan mendung. Guna Waja dan memandu terus ke Masjid Ansar.

Balik rumah. Naik ke bilik dan salin pakaian. Turun. Makan nasi bersama Mamanya. Lauk ikan taucu dan sayur timun nenas.

Mamanya keluar seorang dengan kereta Waja. Rancangan beli butang baju Adlan. Abah duduk dalam bilik sambil menonton drama di TV. Nauwar seorang di ruang tengah di bawah.

Jam 4 petang abah pergi ke Masjid dengan motosikal. Mamanya masih belum balik ke rumah.

Mamanya tiba balik ke rumah. Waktu itu Abah di bilik atas sambil berehat tidur. Mamanya masuk bilik. Beritahu pergi membeli barang di Carrefour Wangsa Maju. Mamanya beli jubah moden.

Minum teh seorang di dapur. Makan biskut sahaja. Tidak lama kemudian Mamanya ikut sama minum teh.

Barang Barang untuk Adlan
Mamanya kumpulkan bajum kain pelikat dan barang barang lain yang perlu di hantar ke Adlan di Newcastle, Australia. Guna penimbang dapur. Berat barang barang melebihi 2 kilogram.

Jam 7 malam, bersiap mandi. Bersiap pakai baju Melayu ungu dan kain pelikat putih. Guna Waja dan pergi ke Masjid Ansar. Jalan raya dan bumi basah. Tidak hujan. Selepas isyak balik ke rumah.

Nauwar sediakan makanan di meja makan di dapur. Maka nasi bertiga. Lauk rendang ayam. Azfar masih di bilik di atas. Selepas makan, Nauwar bersihkan pinggan dan meja makan. Nauwar naik ke atas duduk dalam bilik.

Mamanya guna internet dan tweet ke Adlan.

Selepas jam 10.30 malam, baharu Azfar turun dan duduk bersama Mamanya di ruang tengah menonton TV.

Mydin, Jalan Masjid India

Selasa 6 Zulkaedah 1432H (277/2011)

Masbuk Solat Subuh
“Dah pukul 6 pagi” kedengaran suara Mamanya.
Abah sedar. Capai lampu suluh di belakang bantal. Suluh ke jam di dinding bilik. Sudah jam 6 pagi! Abah segera bangun dari katil. Berdiri di tingkap untuk dengar azan atau orang mengaji dari luar. Kedengaran sayup seperti bacaan surah dari arah Masjid Ansar. Mamanya kata kedengaran pembacaan surah. Abah segera masuk ke bilik mandi. Diteruskan dengan mengambil wuduk. Bersiap dan memakai baju Melayu warna biru dan kain pelikat putih. Turun ke bawah. Capai kunci kereta Kancil. Buka pintu pagar melalui suis di dinding dekat tingkap ruang tamu. Buka pintu depan. Pastikan dikunci pintu depan sebelum masuk ke kereta Kancil. Undur kereta ke jalan raya. Pintu pagar bergerak tutup. Tanpa lengah, terus memandu Kancil agak laju menerusi jalan liku liku di taman perumahan Jalan Enggang Timur sehingga tiba di kawasan letak kereta atas bukit berdekatan Masjid Ansar. Tinggalkan Kancil tidak jauh dari tangga konkrit dan turun ke kawasan Masjid.

Waktu ini kedengaran suara Imam Amri membaca surah pada rakaat kedua. Segera masuk ke dalam dewan dan masuk berdiri ke kanan sekali di saf ke 4. Alhamdulillah dapat solat subuh berjemaah .

Mengaji Quran ayat Surah AL Naml. Lama kemudian keluar dewan masjid. Keluar ke kereta Kancil. Waktu ini pagi mula cerah. Memandu balik ke rumah. Sementara tunggu pintu pagar buka, ternampak surat khabar di lantai porch. Keluar dari Kancil dan ambil Utusan Malaysia. Memandu kereta Kancil masuk ke dalam porch.

Masuk rumah. Hidupkan lampu ruang tengah dan TV LCD untuk siaran ‘Tanyalah Ustaz’ di saluran TV9. Duduk di sofa dan membaca Utusan Malaysia. Sekitar Jam 7.30 pagi, Mamanya turun. Ikut sama duduk di sofa ruang tengah.

Jam 8.30 pagi Mamnaya sediakan kopi dan makanan untuk sarapan pagi. Duduk di meja makan bersama Mamanya untuk sarapan. Mamanya keluarkan kotak hidangan donat beraneka hiasan. Potong donat dan makan bersama. Azfar datang dengan pakaian berwarna merah jambu. Sudah bersiap untuk pergi kerja. Azfar duduk bersama di meja makan dan ikut sama sarapan.

Beri Kitti makanan tambahan.

Abah keluar ke porch. Ambil penyapu yang tergantung di pintu kecil TNB. Sapu porch.

Jam 9.00 pagi Abah naik ke bilik.

Beli Kain Pelikat

Jam 10 pagi Abah dan Mamanya pergi ke Bandaraya Kuala Lumpur. Masuk ke Jalan Masjid India. Letak kereta Waja dalam besmen di bangunan sebelah Semua House. Jalan kaki ke Mydin. Naik dengan eskaltor ke tingkat 2. Masuk ke bahagian pakaian Islam dan barang persedian untuk urusan Haji. Cari kain pelikat. Jumpa kain pelikat buatan Indonesia. Pilih 3 kain pelikat. Dua untuk Adlan dan 1 untuk Abah. Untuk Adlan berwarna biru dan perang. Untuk Abah warna putih jalur kelabu. Tidak jumpa jenia berwarna putih kapas. Pilih dua kopiah untuk Adlan.

Lepas itu Mamanya beli beberapa alat untuk kegunaan rumah seperti talam, kayu lapik memotong. Abah beli buku kecil di bahagian alat tulis. Apabila berbaris di kaunter bayaran di tingkat bawah, baharu nampak hujan lebat di luar waktu ini. Keluar dari Mydin jam 12.22 tengah hari. di luar hujan lebat. Jalan ikut tepi kedai dan kaki lima kedai menuju ke tempat kereta. Terkapsa tempuh hujan kerana tidak hendak pulang segera. Balik ke rumah ikut Kg Baru.

Hujan sudah reda. Singgah di Pasar Datuk Keramat. Berhenti di tepi jalan sebelah kanan yang berhampiran gerai. Waktu itu jam 1 petang. Beli lauk di Fauziah Nasi Campur. Balik ikut Jalan Enggang. Waktu itu hampir waktu zohor. Beritahu Mamanya Abah perlu singgah di Masjdi Ansar untuk solat zohor dahulu. Masuk ke Jalan Enggang Timur. Abah ambil payung dan masuk ke kawasan masjid ikut pintu pagar kecil berhampiran kawasan bilik wuduk masjid. Mamanya memandu Waja terus balik ke rumah. Cuaca masih hujan. Ambil wuduk. Solat zohor berjemaah. Selepas solat zohor keluar ke serambi dan berjumpa dengan jiran bernama Zaid. Minta tumpang hantar balik ke rumah. Zaid jiran di depan rumah. Zaid memandu Kenari dan hantar Abah ke rumah. Tiba di rumah dapati pintu pagar porch terbuka sedikit. Terus masuk ke porch dan masuk ke rumah.

Bawa Waja pergi ke Masjid Ansar asar. Pakai jubah petang ini. Letak kereta di khemah tepi pagar kawasan masjid. Seorang jemaah turun tangga dari kawasan letak kereta atas bukit dan bersalam. Abah keluarkan payung dari kereta Waja. Jalan ke serambi masjid.Solat sunat. Masuk ke saf pertama selepas iqamah tidak jauh dari Imam Amri. Selepas solat balik terus ke rumah.

Jam 6 petang minum teh. Makan dua keping roti Gardenia wholemeal sapu mentega dan kaya Auntie Rosie’s. Mama datang dan keluarkan donat yang Azfar beli semalam. Makan dua potong donat cokelat dan krim putih.

Jam 7 malam, bersiap pakai jubah pergi masjid untuk solat maghrib. Malam ini memandu Waja dan pergi ke Masjid Muadz bin Jabal. Minggu lepas hari Selasa pergi ke Masjid Ansar dan mengikuti majlis bacaan Matsurat. Malam ini rancang mengikuti kuliah di Masjid Muadz b Jabal di Taman Setiawangsa. Pergi menaiki kereta Waja. Selepas maghrib kuliah berkaitan kemuliaan Hari Jumaat.

Jam 9 malam, makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.

Menonton drama bersama Mamanya di ruang tengah. Nauwar naik ke bilik. Azfar masih belum balik ke rumah.

Birthday Mama

Isnin 5 Syawal 1432H (276/2011)

Hari ini Isnin. Bangun jam 5.35 pagi dan bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar solat subuh. Mujur kereta Ayu diletak di tepi rumah dan tidak menghalang Kancil dan Waja di porch. Nampak kereta Kia kepunyaan Ayu dan Haider di tepi jalan sebelah rumah.

Sarapan pagi bersama Ayu dan Haider. Anak mereka Hani sikut sama duduk di meja makan di dapur. Waktu hampir 10 pagi. Haider sudah sedia untuk keluar pergi ke LCCT. Ada rancangan ambil pembantu rumah mereka yang akan tiba dari Bandung, Indonesia pagi ini. Jam 10.30 pagi Ayu dan Haider bersiap untuk beredr dri rumah menuju ke lapangan terbang LCCT. Haider sudah letakkan kereta Kia warna hitam mereka depan porch. Abah dan Mamanya berdiri di depan porch sambil melihat mereka beredar dari rumah. Anak perempuan mereka yang umur 5 tauun duduk seorang di tempat duduk belakang.

Jam 11 pagi pergi ke Pos Jalan Gurney untuk memperbaharui lesen memandu Abah. Tidak dapat kerana sistem JPJ di pejabat Pos rosak.
Pergi ke Pasar Datok Keramat. Beli lauk. Selepas beli lauk di suberi Nasi Kandar, terus pergi semula ke Pejabat Pos Jalan Gurney. Perkhidmatan lesen JPJ masih tidak ada. Abah menunggang balik terus balik ke rumah. Berselisih denga Azfar apabila belok dari Jalan AU2A. Azfar memandu Waja dan tidak sedar berelisih dengan Abah.

Tiba di rumah dan letak lauk sementara dalam ketuhar mikrowave. Abah naik ke bilik. Mamanya sedang tidur di katil. Abah bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah. Pakai jubah. Pergi dengan menunggang motosikal. Cuaca redup petang ini.

Nauwar sediakan nasi di meja makan di ruang makan di dapur. Apabila sudah sedia, Abah seorang makan nasi di meja makan. Nauwar sambung guna internet dalam study room. Mamanya masih di atas 2.

Lesen Memandu Abah
Jam 2.30 petang Abah bersiap keluar semula dengan tujuan memperbaharui lesen memandu di Pejabat Pos Jalan Gurney. Cuaca nampak redup. Abah perlu bersedia dan membawa jacket plastik khas untuk penunggang motosikal. Jacket plastik ini ada logo ‘GIVI’. Letak dalam bakul motosikal. Keluar rumah dan menunggang motosikal terus ke Pejabat Pos Jalan Gurney. Apabila tiba depan pintu utama pejabat pos, Abah tinjau kaunter dari luar. Masih nampak notis pemberitahuan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu tidak disediakan. Abah buat keputusan rancangan selanutnya ia itu untuk terus pergi ke JPJ Wilayah Persekutuan di Jalan Genting Kelang, Setapak.

Dari Jalan Gurney terus menunggang ke simpang Jalan Semarak. Lampu merah di simpang. Kena tuggu dan bergerak semula di Jalan Semarak apabila lampu hijau. Depan PULAPOL di simpang Jalan Padang Tembak, masuk jalan raya menuju ke DUKE dan Setapak Jaya. Terus menunggang motosikal menghala ke Setapak Jaya. Di stu simpang belik kiri dan ternampak papan tanda jalan tertulis Jalan Air Keroh. Tidak pernah masuk jalan ini. Dalam hati fikir perlu cuba dan berharap tiba dekat JPJ Wlayah Persekutuan Setapak. Jalan ini berliku dan ada kala sempit melalui kawasan seperti Kampung Baru penempatan kaum Cina. Ikut kenderaan lain yang bergerak perlahan dan akhirnya keluar ke satu jalan raya yang besar dan sesak dengan kereta. Tidak pasti di mana. Dapat teka bahawa ini adalah jalan Genting Kelang. Terslap jalan. Waktu ini sedang bergerak arah bandaraya Kuala Lumpur. Perlu buat pusingan U. Tibda di satu simpang, dapat buat pusingan U. Teruskan perjalanan dan akhirnya tiba ke JPJ Wilayah persekutuan.

Selepas letak motosikal terus pergi ke premis utama dan masuk ikut pintu 1. Berbaris untuk mendapat nombor giliran. Pekerja kaunter beri arahan supaya ke kaunter 15 dan 16 jika warga tua lebih 60 tahun. Tidak tunggu lama dan dapatkan lesen baharu di kaunter 16. Bayar RM30.00 untuk satu tahun.. Periksa kad lesen memandu dan perhatikan tarikh mula 3 Oktober 2011 dan tamat 2 Oktober 2012. Tahun depan kalau boleh kena ingat tarikh lahir Mamanya apabila memperbaharui lesen memandu. Pergi keluar dan dapatkan motosikal. Menunggang balik terus ke rumah ikut Wangsa Maju. Waktu itu selepas jam 3.05 petang.

Tiba di rumah selepas jam 3 petang. Baring atas lantai denga bantal Siam bentuk block, depan TV di ruang tengah sambil menonton drama Sepanyol TV3. Terlelap sehingga jam 4 petang. Segera bangun dan naikke bilik. Bersiap untuk pergi ke masjid. Pakai jubah.Waktu ini hujan lebat. Memandu Kancil dan masuk ke Masjid Ansar. Ada ruang di bawah khemah tepi pagar. Ambil payung dari kereta Kancil. Beri eorang jemaah ikut tumpang payung dan berjalan ke serambi masjid.

Selepas solat asar hujan reda. Simpan payung ke dalam Kancil. Memandu balik ke rumah.

Minum teh petang bersama Mamanya sambil itu makan keropok.

Duduk di sofa bersama Mamanya. Mamanya terima panggilan dari Adlan dari Australia. Mamanya berbual dengan Adlan.

Lamb Stew dan Pasar Pudu

Sunday 2 Okt 2011 / 4 Syawal 1432H (275/2011)

Tiba Masjid Ansar sebelum azan subuh. Masuk Kancil ke khemah dekat serambi masjid. Selepas solat subuh ada kuliah tafsir ayat dari surah Nisa di ketuai oleh Datok Najmi, Nazir. Sarapan pagi selepas kuliah ada hidangan nasi lemak. Selepas sarapan, memandu Kancil da pergi ke stesen minyak Petronas. Masuk ke Kedai Mesra. Beli roti Gardenia Wholemeal sebuku. Lepas itu balik terus ke rumah.

Beli bunga okid di Pasar Pudu
Jam 9.20 pagi pergi ke Pasar Pudu dengan motosikal. Bawa Mamanya bersama menunggang motosikal ke pasar sana. Dari Jalan Pasar terus belik masuk ke pasar berdekatan dengan kedai bunga. Mamanya beli bunga. Abah nampak kedai daging. Beritahu Mamanya di ini ada dijual daging kambing atau lamb. Mamanya setuju. Naik ke tempat penjual daging kambing. Di beritahu sekilo RM20.00. Mamanya pesan setengah kilo. Abah bayar tunai RM10.00. Balik semula ke rumah.

Nampak kencing kucing di porch tidak jauh dari pintu depan. Abah fikir perlu bersihkan porch dan juga mencuci kereta sekali. Sambungkan hose ke pili di luar. Jiruskan bahagian yang terkena kencing kucing. Lepas itu cuci kereta Waja. Guna hos plastik dari pili di luar tiang pintu pagar. Siram kereta Waja sambil gosok dengan kain. Selepas itu cuci kereta Kancil pula. Cuci badan kereta bahagian luar sahaja.
Mamanya sudai siap susun bunga di atas meja ruang tamu. Mamanya pesan rakam foto gubahan bunga.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Jam 10.40 pagi Abah naik ke bilik. Mandi. Bersiap memakai baju batik lengan pendek. Pergi ke kelas agama di AU1. Pergi dengan motosikal.
Apabila tamat kelas hampir jam 1 petang. Waktu itu hujan. Tidak lama kemudian hujan reda sedikit. Menunggang motosikal dari SR Agama dan terus pergi ke Masjid Ansar untuk solat zohor. Dalam perjalanan di Jalan Enggang, kena hujan sedikit. Masuk terus ikut pintupagar belakang Masjid Ansar dan masuk ke khemah tepi serambi. Tinggalkan motosikal di khemah. Nota kelas agama simpan dalam bakul motosikal. Masuk ke dewan masjid dan terus masuk ke kawasan wuduk dan tandas. Ambil wuduk. Ikut sama jemaah solat zohor. Selepas itu ada solat jenazah.

Jam 1.02 petang terima SMS dari Mamanya, “Hari hujan, nak balik rumah dulu ke?”

Hujan reda. Menunggang terus balik ke rumah. Makan nasi dengan lauk ‘Lamb Stew’. Nauwar dan Mamanya juga ikut sama makan nasi dengan lauk ‘Lamb Stew’.

Jam 4 petang cuaca cerah. Ada matahari. Pakai jubah dan menunggang motosikal pergi ke Masjid Ansar. Pakai cermin mata hitam. Sedang solat tidak sangka hujan. Selepas asar hujan reda sedikit. Menunggang balik ke rumah.

Minum teh petang bersama Mamanya di meja makan di dapur. Sambil menonton TV petang ini Azfar keluar kan ais krim dan makan ais krim di ruang tengah.

Jam 7 malam, Abah segera naik ke bilik untuk bersiap pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Pakai jubah kelabu. Mamanya pesan supaya guna kereta Kancil. Huja renyai waktu ini. Dalam Kancil ada payung warna warni. Letak kereta di khemah tepi pagar masjid. Guna payung berjalan dari khemah ke serambi masjid.

Selepas maghrib ada kuliah. Duduk di tengah dewan masjid mendengar kuliah. Selepas azan isyak kuliah sambung semula hingga jam 8.30 malam. Lepas itu baharu solat isyak berjemaah. Balik ke rumah. Dari luar rumah kedengaran bunyi piano. Depan pintu nampak kasut wanita dewasa. Tidak dapat tak siapa yang main piano dalam rumah. Buka pintu depan. Nampak anak kecil bermain piano. Anak gadis Mak Ayu yang bernama Hanis duduk atas bangku piano dan bermain piano.

Mamanya sediakan lauk ‘Lamb Stew’ dan ayam tumis kicap. Makan nasi seorang di meja makan dahulu. Lepas itu baharu Ayu, Nauwar dan Mamanya ikut sama makan nasi.

Anis tidak balik dari UPM

Sabtu 3 Zulkaedah 1432H (274/2011)

Memandu Kancil dan pergi ke Masjid Ansar. Jam dalam kereta menunjuk 5.55 pagi. Tidak nampak ruang kosong letak kereta dalam kawasan masjid. Letak Kancil di kawasan atas bukit dan turun tangga ke masjid. Selepas solat subuh, tunggu seketika perhati jika ada kuliah. Nampak meja penceramah di keluarkan dan ternampak juga Dr Ali Saripan di depan. Perhatikan ramai jemaah beredar keluar dewan. Ikut sama beredar dari masjid dan pulang ke rumah.

Singgah di Kedai Mesra stesen Minyak petronas di AU2. Tidak ada roti Gardenia wholemeal. Keluar semuladan balik terus ke rumah. Naik ke bilik. Mamanya sedang solat dalam bilik. Jam 7 menonton ‘Tanyalah Ustaz’ saluran TV9. Tertidur dan bangun semula jam 8.30 pagi.

Nampak Mamanya di dapur. Mamanya masak nasi lemak. Jam 9 pagi sarapan pagi. Mamany sediakan nasi lemak , sambal ikan bilis dan telur dadar ketajk atas meja makan di ruang makan di dapur. Abah berdua bersama Mamanya sarapan pagi. Sambil itu menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9. Waktu ini tayangan langsung riadah di Masjid Al Hidayah Taman Melawati yang di kelola oleh TV9.

Mamanya beritahu tengahari nanti hanya makan nasi lemak untuk tengah hari.

Nauwar datang dan ambil nasi lemak. Makan di ruang tengah. Nauwar duduk atas sofa sambil menonton rancangan hiburan drama dari Korea.

Abah naik ke bilik. Bersiap ambil wuduk dan solat dhuha. Selepas doa dhuha terdengar bunyi telefon bimbit Abah dari bawah. Turun ke bawah dan ambil telefon bimbit di atas kabinet dalam ruang tengah. Nauwar duduk di sofa sedang menonton TV. Abah naik semula ke bilik dan periksa siapa yang telefon jam 10.41 pagi sebentar tadi. Nampak nombor sahaja. Nauwar tidak keluar pada panel telefon. Periksa lagi dan dapati panggilan tadi adalah dari Pak Tua Zalaludin.

Abah telefon kembali ke Pak Tua Zalaludin yang berada di Pandang Rengas waktu itu. Berbual tanya khabar dan tajuk sekitar urusan adik beradik dan keluarga. Ada maslah kesihatan. Lutut sakit dan perlu rawatan di Hospital Taiping.

Mengaji Quran.

Jam 1 petang bersiap memakai jubah hijau kelabu cair. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Keluar sahaja pintu pagar masjid mula hujan. Menunggang motosikal ikut Jalan AU2A. Hujan bertambah lebat. Tiba di rumah segera buka pintu pagar. Hujan bertambah lebat.

Selepas jam 2petang makan nasi lemak berdua bersama Mamanya. Waktu ini ada siaran movie Hindustan di TV2. Pelakon lelaki Shashi Kapoor.

Nauwar ikut sama makan nasi lemak kemudian.

Selepas jam 4 petang Abah sudah siap dengan jubah dan bersedia hendak keluar pergi ke Masjid Ansar solat asar berjemaah. Panggil Nauwar. Nauwar minta di hantar ke stesen LRT Setiawangsa. Memandu Waja dan Abah hantar Nauwar ke stesen. Selepas turunkan Nauwar Abah terus memandu dan masuk ke Jalan Enggang terus menuju ke Masjid Ansar.

Selepas solat asar rancangan seterusnya isi petrol kereta Waja. Keluar dari kawasan Masjid Ansar dan terus memandu menuju ke stesen minyak Petronas di AU2. Kena tunggu van depan selesai isikan petrol. Tidak lama kemudian, bergerak ke pam Isi petrol hijau untuk kereta Waja RM56.31. Waktu itu jam 4.47 petang. Beli roti manis cokelat dan kacang merah jenama Gardenia RM1.90.

Minum petang berdua dengan Mamanya. Makan roti manis.

Jam 7 malam, segera bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar solat maghrib berjemaah. Bawa kereta Waja khuatir hujan. Tidak ada ceramah selepas maghrib. Keluar masjid dan pergi ke stesen Petronas AU2. Masuk ke dalam kedai mesra etronas. Tidak ada lagi roti Gardenia wholemeal. Singgah pula ke 7 eleven berdekatan. Tidak beli kerana tarikh luput tinggal satu hari lagi. Balik terus ke rumah.

Tiba balik ke rumah selepas maghrib sebelum jam 8 malam. Masuk dalam rumah. Mamanya tanya kenapa balik. Beritahu di masjid tidak ada ceramah agama selepas maghrib. Rancang menonton berita di TV3 waktu ini.

Selepas asar balik ke rumah dengan kereta Kancil. Mamanya sediakan makan di mejamakan. Hidangan mi goreng basah dan kuih tiaw basah. Makan bertiga dengan Mamanya dan Azfar. Selepas makan malam, Azfar dan Mamanya menonton drama di TV1 tajuk ‘Sambal Ikan bilis’

Jam 11 malam Ambil Nauwar di stesen LRT Setiawangsa. Nampak Nauwar duduk bersama Farah Hashim di bangku bas RAPID di stesen.

Hari Raya Pejabat Azfar

Jumaat 2 Zulkaedah 1432H (273/2011)

Bangun pagi pergi ke Masjid Ansar solat subuh. Dikuti kulaih mengaji dan tafsir ayat terakhir Surah Sh’ar dengan Ustaz Salleh dan Ustaz Muliyadi.
Singgah ke gerai depan SRA di Jaan AU2A. Tidak ada kuih yang sesuai. Pergi ke Jalan AU1C depan rumah teres setingkat. Beli kuih ketayap RM2 lima biji. Balik ke rumah.

Duduk di meja makan di dapur. Makan satu kuih ketayap. Mamaya duduk di dapur sambil menonton TV9.Abah naik ke bilik di atas. Baring atas katil dan tertidur sehingga jam 8 pagi. Solat sunat dhuha.

Azfar ingatkan supaya hadir ke Majlis Hari Raya Pejabat Azfar petang ini diDataran Palma.

Pak Lang Zulkafli telefon tanya khabar.

Baiki atap porch sebelah kiri. Masukkan kertas plastik banner pada alor. Harap air hujan lari ikut plastik ke bawah dan tidak jatuh ke tempat lain.

Mamanya ingatkan tengah hari ini makan ‘simple’ sahaja. Mamanya sediakan nasi goreng.

Telefon ke TM bertanya kan internet tidak dapat bersambung ‘no connection’. Ikut pemeriksaan pegawai intenet ada sambungan dalam sejam lepas.

Beri Kitti makan. Sebelum itu Kitti lama menunggu depan tempat makannya.

Hari ini tidak pergi ke Pasar kerana Mamanya cadang sediakan nasi goreng makan tengah hari.

Perlu baiki lubang lantai bilik mandi. Bekas simin masih terbonjol dan air lambat turun ke dalam lubang. Ambil pengasah pisau. Guna untuk kikis simin yang keras pada lubang lantai bilik mandi. Dapat kurangkan sedikit.

Jam 1 petang Abah segera bersiap pergi ke Masjid Ansar. Khuatir hujan, Mamanya pesan guna kereta Waja ke masjid. Pakai baju Melayu warna merah seperti semalam.

Balik rumah naik ke bilik dan tukar pakaian. Turun ke ruang tengah. Mamanya beri Abah sepinggan nasi goreng. Mamanya duduk di sofa sambil tonton TV sambil makan nasi goreng. Nauwar turun kemudian dan makan nasi goreng.

Jam 4 petang pergi semula ke Masjid Ansar. Kali ini menunggang motosikal.

Tiba di rumah. Terus naik dan bersiap untuk pergi ke majlis raya yang di anjurkan oleh pejabat Azfar. Lokasi di Restoran Abdul Pedro di Dataran Palma. Abah memandu Waja membawa Mamanya dan Nauwar ke Dataran Palma. Turunkan Mamanya dan Nauwar depan Restoran Pedro. Abah terus bergerak dan dapat ruangan letak kereta kira 50 kaki kehadapan.

Jam 6.15 petang beredar keluar dari Dataran Palma balik ke rumah. Kesesakan sebelum masuk ke MRR2. Hampir 15 minit di dalam kesesakan. Selepas MRR2 masuk ke lebuhraya DUKE terus pula ke Taman Keramat Permai. Turunkan Ida Rahayu di simpang berdekatan rumah beliau.

Tiba dirumah, bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Selepas isyak balik ke rumah. Tiba di rumah tidak nampak Kancil di porch. Azfar masih belum balik ke rumah. Selepas majli raya tadi, Azfar ada rancangan berjumpa kawan kawan.

Naik ke bilik dan salian pakaian. Duduk di sofa sambil menonton TV bersama Mamanya. Drama TV3 tajuk ‘Tahajjud Cinta’ dari 9 ke 10 malam. Nauwar di bilik atas.

Masak air.