akuarium kekura

Jumaat 28 Februari 2014 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1435H (59/2014)

image

Solat subuh.

Baca Al Kahfi di masjid selepas solat subuh. Waktu itu sesi mengaji jemaah bersama Ustaz Salleh.

Solat sunat isyrak. Sambung Surah Al Kajfi. Jam 8 pagi selesai mengaji Al Kahfi. Solat sunat dhuha.

image

Azfar makan kek chocolate cheese
Tiba di rumah dan nampak Azfar baharu tiba di depan rumah. Azfar berbual dengan Mamanya di dapur.

Anis keluar ke GYM bersama Farah J.

Cuci Kereta Waja
Sambung his plastik ke pili di luar. Pancut ke kereta Waja dan kereta Kacil. Cuci kereta Waja. Guna sabun Wax & Shine’ botol hitam. Produk Dr Azimuth yang lama yang masih ada dalam simpanan.

Isi air kekura
Bersihkan akuarium kekura.

Isi air ke akuarium kekura

Tukar Air Akuarium Kekura.
Guna pam air dalam akuarium dan keluar kan air dari akuarium keluar. Sambung hos plastik ke bahagian keluar. Pam elektrik.
Makan nasi goreng.
Mandi dan bersiap pakai jubah putih.
Jam 1.30 petang pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Balik dari masjid, tidur seketika di bilik.

Anis sudah keluar dengan kereta Waja.

Jam 4.40 petang pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal untuk solat asar.

Pinjaman Perumahan Azfar

Masalah lagi. Public Bank perlu dokumen ‘certificate of Fitness’ dan Pejabat Tanah tidak benar tukar milik kerana cukai tanah Apartmen gagal bayar cukai tanah.

Tempayan Plastik
Keluarkan tempayan plastik dari bilik setor di dapur. Catu air di umum mula esok hari Ahad

Semut dalam beras
Minum petang bersama Mamanya. Makan dua keping roti Gardenia wholemeal sapu mentega denagn jem. Minum teh susu.

Semut masuk ke dalam balang beras. Terpaksa buang semut guna talam aluminium di dapur. Letak sedikit demi sedikit beras dalam talam. Buangkan semut. Lepas itu masuk semula ke dalam balang plastik beras.

Selepas jam 7 petang, mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar untuk solat maghrib. Pergi dengan motosikal.

Selepas solat maghrib, terus balik ke rumah.

Tiba di rumah nampak kereta Proton Iswara di porch rumah. Adlan dan Huda sudah tiba dari Ipoh. Nampak Adlan dan Huda sedang mencuci bahagian dalam kereta Proton Iswara. Khabar, bahawa Iman termuntah dalam kereta semasa dalam perjalanan ke rumah.

Adlan bersalam dengan Abah.

Abah bersiap untuk pergi ke Masjid Ansar solat maghrib.
Selepas solat maghrib di Masjid Ansar , Abah balik ke rumah. Salin pakaian.

Pergi ke Pasaraya Giant bersama Mamanya. Guna kereta Kancil pergi ke Pasaraya Giant. Ada ruangan dan letak kereta di depan pasaraya.

Rancangan beli roti sandwic. Anis minta Mamanya buat sandwic kerana perlu bawa makanan khas untuk satu program di UPM Serdang esok.

Abah beli juga sebotol Febreeze, pembersiah kusyen dan kain. Perlu guna untuk kereta Proton Iswara, kereta Adlan.

Siang ini, kusyen kereta Adlan terkena muntah dari Iman semasa perjalana datang ke rumah dari Ipoh. Perlu guna Febreeze untuk bersihkan kusyen kereta.

Jam 8.26 malam, selesai buat bayaran di kaunter dan beredar balik ke rumah.
Abah naik ke bilik dan salin pakaian. Gantung jubah putih ke penyangkut belakang pintu. Pakai seluar dan kemeja. Rancang pergi ke Pasaraya Giant bersama Mamanya.

Masuk dan cari barang keperluan. Beli roti sandwich. Beli Febreeze.

Makan nasi bersama.

Menonton episod akhir drama Melayu TV3′ Menanti Ombak’.

Isi Air Sempena Catu Air
Rancangan catu air mula hari Ahad esok.
Bersihkan 4 tong plastik dan 1 tempayan plastik. Masukkan air ke dalam tong plastik.

Advertisements