Ikan Pari Bakar/ Chocolate Cheese Cake

Khamis 27 Februari 2014 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1435H (58/2014)

Pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Kancil untuk solat subuh berjemaah.

Mengaji di ketuai Ustaz Amri.

Sesi mengaji bersama Kumpulan Haji Ariff tamat selepas jam 9.20 pagi.

Tambah Iisi petrol untuk Kancil di stesen Petronas AU2. Jam 9.46 pagi RM14.72.

Tiba di rumah sebelum 10 pagi. Minum dan makan kuih bersama Mamanya di meja makan di dapur.

Anis beritahu perlu pergi ke UPM Serdang pagi ini.

Abah keluar semu;a bawa Waja ke stesen Petronas. Tambah petrol untuk kereta Waja. Jam 10.39 pagi. RM62.57. Balik semula ke rumah.

Anis beritahu kereta Kancil seperti ada masaalah. Penghawa dingin kurang sejuk. Suhu enjin kelihatan meningkat pada ‘panel’ semasa memandu jauh dari UPM Serdang. Abah periksa Kancil. Tambah air radiator. Hidupan enjin untuk periksa suhu penghawa dingin.

Anis keluar dengan kereta Waja.

Jam 11 pagi Abah keluar dengan kereta Kancil. Pergi ke Pasar Datuk Keramat. Beli lauk. Ikan pari bakar dan gulai ikan kembung asam serai.

Berjumpa dengan orang kedai elektrik dan bertanyakan peti TV yang telah di hantar untuk di baiki minggu lepas. Masih belum selesai di periksa.

Pandu Kancil dan balik ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya. MAKn ikan pari.
image

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat zohor. Selepas zohor, baca Koran sendirian di satu sudut masjid. Tiba di rumah sekitar jam 2.30 petang.

Tidur di bilik sehingga 3 petang.

Mamanya menonton TV di ruang tengah.

Jam 4.30 petang Abah bersiap dan pergi ke Masjid Ansar untuk solat asar.
Terima mesej dari Adlan rancangan datang ke Kuala Lumpur esok . Keluar dari Ipoh selepas solat Jumaat. Rancang tidur di rumah Keramat.

Khabarnya rancang pergi ke Melaka jemputan majlis perkahwinan kawan .

Jam 6 lebuh minum petang bersama Mamanya dan Nauwar. Makan kek chocolate lapis cheese.

image

image

image

Advertisements