Ikan Cencaru Sambal

Rabu 26 Februari 2014 bersamaan. 26 Rabiul Akhir 1434H. (57/2014)

Solat subuh.Diikuti sesi mengaji dan tajwid bersama Imam Muliyadi dan Ustaz Salleh Ashaari. Nampak jam digital di dinding masjid berkelip tanda jam 7.26 pagi. Angka digit warna merah. Waktu untuk solat isyrak. simpan Koran dalam kabinet. Solat di serambi solat sunat. Waktu ini jam 7.30 pagi.

Keluar dari kawasan masjid dengan motosikal singgah di gerai depan Sekolah Agama Integrasi Jalan AU2A. Beli 6 biji karipap sardin. Balik semula ke Masjid Ansar.

Waktu ini sesi mengaji bersama Ustaz Salleh selesai. Abah masuk ke dalam dewan dan duduk bersama peserta kumpulan mengaji sesi bersama Haji Ariff. Sesi mangaji kumpulan berakhir jam 9 pagi.

Balik ke rumah. Sebelum itu selesaikan solat dhuha di serambi masjid.

Tiba di rumah dan letak kuih karipap atas meja makan di dapur. Mamanya sudah sediakan kopi susu. Sarapan dan makan jug aroti Gardenia wholemeal sapu mentega dan jem.

Jam 11 pagi pergi ke Medan Selera Taman Setiawangsa. Beli lauk di gerai RM16.00. Balik semula ke rumah. Tiba rumah jam 12 tengah hari.

Jam 1 petang makan nasi tengah hari bersama Mamanya. Gulai sayur togeh lemak putih.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Selepas solat duduk seketika di dewan bahagian belakang dan mengaji Koran seketika beberapa surah lazim. Selepas itu balik semula ke rumah.

Tidur seketika di bilik tidur. Jam 3 petang turn ke ruang tengah dan menonton TV3 bersama Mamanya drama Filipina ‘Be Careful with my Heart’. Episod paparkan perhubungan Ricardo dan Maya.

Guna internet sehingga jam 4.45 petang.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat asar.

Minum petang. Mamanya sediakan kuih lempeng dengan lauk daging serupa kuih cara.
Makan beberapa ketul. Minum teh susu.

Mesej dalam whatsapp berkaitan rancangan Adlan balikke KL minggu ini.

Waktu ini cuaca kelihatan mendung dan berjerebu. Nampak rintik hujan di halaman.

Pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Selepas solat maghrib di ikuti ceramah agama yang di sampaikan Habib Ali Zaenal Abidin tajuk Pedang Rasulullah. Balik ke rumah selepas solat isyak.

Balik ke rumah. Kereta Waja tidak ada di porch.

Mamanya beritahu Anis keluar guna kereta Waja.
Makan nasi seorang. Mamanya duduk sama temanan di meja makan di dapur sambil menonton TV3 drama ‘Miranda’.

Tidak lama kemudian Anis tiba balik di rumah.

Makan buah potong sambil menonton TV. Nenas, tembikai dan betik. Buah yang di beli di Medan Selera tengah hari tadi.

Advertisements