Restoran Diva Taman Setiawangsa

Selasa. 25 Februari 2014 bersamaan. 25 Rabiul Akhir 1434H. (56/2014)

Solat subuh.
Sesi mengaji bersama kumpulan di ketuai Haji Ariff. Jam 8.30 pagi Haji Ariff saran berhenti sesi dan pergi ke Restoran Diva untuk rancangan mkan bersaama ahli kumpulan.
Semua bersurai dan pergi ke Restoran Diva di Taman Setiawangsa.
Solat sunat dhuha dahulu di serambi masjid.
Pergi dengan motosikal ke lokasi restoran. Apabila tiba nampak ramai pelanggan. duduk disatu sudut dalam restoran. Hidangan bufe. Masing masing ambil nasi lemak dengan pilihan lauk ikut selera sendiri. Haji Ariff baca doa. Makan dan berbual. Minum kopi susu.

Balik ke rumah sekitar jam 10 pagi.

Jam 12 tengah hari pergi ke Pasar Datuk Keramat dan beli lauk kari ikan dengan sayur kobis.
Dari pasar terus menunggang motosikal masuk ke Jalan Engggang dan terus pergi menuju ke stesen minyak Petronas di Taman Seri Keramat AU2. Isi petrol untuk motosikal. Waktu itu jam 12.23 tengah hari. Masuk ke dalam Kedai Mesra dan beli roti Gardenia wholemeal, cream soda dan Eno. Balik ke rumah.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat zohor.

Balik dari Masjid Ansar. Makan nasi bersama Mamanya. Anis ikut sama makan nasi.

Menonton drama bersiri Filipina ‘Be careful with my heart’.

Jam 4 petang Paklang Zulkafli telefon berbual dengaan Abah. Berkaitan terima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Jam 4.50 petang pergi ke Masjid Ansar solat asar.

Minum petang. Mamanya sediakan lempeng atau pancake makan dengan jem atau kaya. Mamanya panggil Anis untuk makan bersama dan minum petang.

Jam 7.20 malam, Abah pergi ke Masjid Muadz Bin Jabal. Pergi dengan motosikal. Balik ke rumah selepas isyak.

Makan nasi bersama.

Tidur sele-pas tengok berita selepas 12 tengah malam.

Advertisements