Paspot Antarabangsa

Jumaat 21 Februari 2014 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1435H (52/2014)

Solat subuh.
Ikuti kuliah mengaji dan tafsiran setakat mengaji bersama Iamam Amri. Rancang mengaji Surah Kahfi apabila tiba sesi mengaji individu.

Waktu itu jam 6.45 pagi. Abah ula mengaji Surah Al Kahfi. Waktu itu sesi mengaji secara individu oleh jemaah lain.

Apabil nampak jam digital ‘blinking’ waktu syuruk, Abah berhenti mengaji dan keluar dewan. Solat isyrak di serambi. Selepas itu masuk semula ke dewan dan sambung mengaji Surah Al Kahfi sehingga selesai sekitar jam 7.40 pagi. Jam 8 pagi selesaikan pula solat dhuha.

Singgah di gerai Sekolah Agama Integrasi Jalan AU2A. Beli uih RM3. Tepung talam, ketayap dan karipap sardin.

Sarpan pagi berdua bersama Mamanya di meja makan di dapur. Makan kuih tepung talam.

Paspot Antarabangsa

Pergi ke Pejabat Imigresen Taman Seri Rampai, dengan kereta Kancil.
sebelum itu singgah di Caltex, tetapi ramai orang guna mesin ATM Maybank dalam premis. Pergi ke mesin AtM dalam stesen LRT Setiawangsa. Mamanya tunggu dalam kereta Kancil di luar berdekatan tiang besar jejantas landas LRT.

Tidak ada orang guna mesin ATM Maybank. Keluarkan duit.Jam 9.54 pagi. Cuaca baik.

Tiba di Taman Seri Rampai. Waktu letak kereta jam 10.10 pagi di Rampai. Masuk ke Jabatan Imigresen Taman Seri Rampai. Buat foto di kedai bersebelahan. Foto RM 50 untuk Abah dan Mamanya.

Serah borang permohonan di kaunter. Tunggu lama untuk buat bayaran di kaunter 8. Satu paspot kos RM80.

Jam 11.45 pagi, bertanya di kaunter 19. Tunggu seketika. Dapat paspot baharu. Waktu itu hampir jam 12 tengah hari. Berjaya dapatkan paspot baharu dalam 2 jam.

Tinggalkan pejabat imigresen selepas selesai dapatkan pasot baharu. Tinggalkan Jabatan Imigresen Taman Seri Rampai. Keluar bangunan dan lalu ikut Restoran Ali Maju untuk sampai ke kereta di jalan besar.

Singgah di Medan Selera Taman Setiawangsa. Sambil Mamanya tunggu dalam kereta Kancil, Abah masuk ke medan selera dan beli lauk.

Singgah pula ke stesen minyak Petronas dan isi petrol untuk kereta Kancil. RM33.25. Waktu itu jam 12.09 tengah hari. Panas terik.

Perlu tambah angin tayar. Tayar belakang sebelah kiri kelihatan kempis. Isi angin.

Balik ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya dan Anis di meja makan di dapur.

Mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Panas terik.

Jam 3 petang menonton TV3 drama Indonesia satu episod.

Jam 4.50 petang Abah pergi solat asar di Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal. Pakai baju putih lengan panjang tidak berkolar. Cuaca redup.

Kuih Som Som
Minum petang. Mamanya sediakan kuih som som . Kuih lembut dari tepung beras. Makan dengan cecair gula merah. Minum teh susu. Anis suka kuih som som.

Jam 7.20 malam, Abah sudah bersiap dan pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Solat maghrib. Waktu tazkirah, Abah duduk di dewan sebelah sambil membaca Koran seorang diri.

Solat isyak.

Balik ke rumah.

Di rumah jam 9.30 malam. Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar. Anis ikut sama makan nasi . Anis suka juga lauk ikan talapia goreng sambal cili.

Jam 11 malam, Abah naik tidur. Anis dan Nauwar masih guna internet di ruang tamu.

Advertisements