Tolak Motosikal/ Air Akuarium

Rabu 19 Februari 2014 bersamaan 19 Rabiul Akhir 1435H (50/2014)

Semalam hujan. Pagi sejuk. Bawa kereta Kancil pergi ke Masjid Ansar. Letak kereta Kancil di tengah kawasan letak kereta. Solat subuh. Selepas solat subuh, keluar alihkan kereta ke bangsal berhampiran serambi masjid.

Ikuti kuliah pagi sesi mengaji beramai di ketuai Imam Muliyadi. Tafsiran dan tajwid oleh Ustaz Salleh Ashaari.

Masuk ke dewan dan duduk berdekatan sudut yang biasa di adakan sesi mengaji dengan Haji Ariff. Haji Ramli beri isyarat bahawa tidak ada sesi mengaji pagi ini.
Tidak ada sesi mengaji dengan kumpulan Haji Ariff. Ambil kereta dan beredar keluar dari kawwasan masjid.

Gerai kehabisan kuih.

Tolak Motosikal.

Keluar rumah dengan motosikal. Rancang isi petrol di stesen minyak Petronas AU2 Taman Keramat. Tenaga pada moosikal lemah Terfikir mungkin kekurang petrol dalam tangki motosikal. Motosikal lemah apabila mendaki bukit hala ke AU2. Apabila masuk ke AU2/13, injin motosikal lemah sungguh di uba ‘rev’ minyak. Injin mati!

Tolak motosikal di Jalan AU2/13 sehingga tiba di simpang. Hampir 200 meter jarak tolak motosikal.

Tiba di stesen minyak Petronas AU2 Taman Keramat. Isi petrol.

Ambil The sSun di 7 Eleven.

Singgah ke Pasar Tani di pekan TKP. Tidak jumpa kuih. Nampa gerai laksa. Beili 2 laksa RM7.00.

Tukar Air Akuarium.

Beli lauk.
Makan nasi bersama Mamanya di meja makan di dapur. Anis ikut sama dan Aanis makan laksa. Laksa yang Abah beli di Pasar Tani di pekan Permai pagi ini.

Solat zohor di Masjid Ansar.

Menonton drama TV3 Filipina. Jam 2.30 petang tertidur depan TV. Sambung menonton drama Filipina sehingga jam 4 petang.

Bakar ranting kering dan rumput keriang di halaman.

Jam 4.50 petang pergi ke Masjid Ansar untuk solat asar. Pergi dengan kereta Kancil kerana nampak cuaca mendung. .

Letak Kancil di bangsal berhampiran pagar kawasan masjid. Selepas asar mula kedengar guruh dan mula hujan. Ambil kereta di bangsal. Balik ke rumah.

Mula hujan lebat.

Jam 6 petang minum teh susu. Makan kek. Mamanya beri seketul kek cokelat. Celup sekeping roti Gardenia dalam teh susu.

Jam 7.20 malam, pergi ke Masjid Ansar untuk solat maghrib. Solat maghrib. Di ikuti kuliah Ustaz Salleh. Solat isyak. Selepas solat isyak balik ke rumah. Imam Amri bertugas.

Nauwar masak sayur kobis. Makan nasi bersama semua di meja makan di dapur. Mamanya tidak makan sayur keladi asam kerana ada ajinomoto. Kesan pening.

Anis sambung buat kerja dengan laptop.

Tukar Mentol Bilik Tidur Nauwar
Abah naik ke bilik Nauwar. Tukar mentol lampu bilik Nauwar yang sudah lama terbakar. Ambil mentol dari almari dalam bilik tidur Abah. Apabila di hidupkan, cahaya kuning menerangi bilik Nauwar.

Advertisements