Diagnosis @ Hospital Kuala Lumpur/Tukar Tayar Motosikal

Selasa 18 Februari 2014 bersamaan 18 Rabiul Akhir 1435H (49/2014)

Solat subuh di Masjid Ansar.

Sesi mengaji bersama Haji Ariff. Selesai selepas jam 9 pagi. Segera pulang ke rumah denga motosikal.

Sarapan.

Hospital Kuala Lumpur
Hari ini temujanji di Hospital Kuala Lumpur. Abah perlu dapatkan keputusan pemeriksaan pada darah yang di ambil pada 4 Feb dahulu.

Jam 10 pagi pergi ke Hospital Kuala Lumpur dengan motosikal. Semasa menunggang dapati tayar depan kurang angin.

Tiba di Jabatan Pesakit Luar dan letak motosikal di tempat letak motosikal. Masuk ke jabatan. Ambil nombor giliran di kaunter warga emas.

Jumpa pembantu di luar pintu doktor nombor 12. Ambil tekanan darah serta ambil darah hujung jari tangan kiri.

Berjumpa dengan doktor. Doktor wanita Melayu. Kesihatan baik. Hanya ada gout.

Perlu kawal makanan untuk elak gout.

Minta ubat batuk.

Ambil ubat di bahagian farmasi. Dapat segera.

Hala balik singgah Pasar Datuk Keramat.

Beli ikan kembung dan ikan kerisi 2 ekor.

Baiki Motosikal
Keluar semula dengan motosikal ke bengkel motosikal di Taman Setiawangsa.

Minta tukarkan tayar depan yang bocor dan botak. Minta tukar minyak injin dan ketatkan rantai motosikal. Tinggalkan motosikal untuk di servis.

Mamanya telefon minta beli perencah tom yam dan kopi Hang Tuah di Pasaraya Giant.

Singgah di Maybank Taman Setiawangsa. Keluar duit. Waktu itu jam 11.42 pagi.

Rancang tukar kad ATM. Dapat nombor giliran. Sehingga jam 12.15 tengah hari masih tidak dapat layanan dari kaunter bank. Batalkan rancangan dengan urusan Maybank.

Jalan kaki balik ke bengkel motosikal sambil bawa beg plastik barang yang di beli dari Pasaraya Giant.

Motosikal sudah di baiki. Bayarn RM82 bagi kos tayar baharu, minyak injin.

Balik ke rumah.
Ikan Bakar

Mamanya sediakan makanan. Lauk ikan bakar. Sayur bayam rebus.

Mandi. Bersiap pergi ke Masjid Ansar solat zohor berjemaah.

Menunggang motosikal kke kawasan Taman Setiawangsa. Gagal kesan kertas borang Maybank yang terciri pagi ini.

Tiba di rumah sekitar jam 2.30 petang.
Waktu ini nampak Anis beredar dari rumah dengan kereta Kancil.
Menonton drmama di TV3.

Menonton drama bersiri Filipina ‘Be Careful with my heart’ episod watak lelaki utama Ricardo kagum melihat watak wanita pertama ‘Maya’ berpakaian cantik di majlis ‘prom’ anak Ricardo.

Jam 4.50 petang pergi ke Masjid Ansar solat asar.

Selepas solat balik ke rumah.
Jam 5.30 etang, nampak Anis tiba balik di rumah. Anis memandu Kancil terus masuk ke ‘porch’.

Hujan Lebat dengan Ribut.

Tidak sangka angin kencang di ikuti dengan hujan. Hujan seketika dan reda selepas 15 minit. Tidak lama kemudian mula hujan lebat lagi sekalai dan berpanjangan sehingga jam 7 malam.

Hujan berhenti selepas jam 7 malam.
Abah mandi dan bersiap pergi ke Masjid Muadz Bin Jabal. Pergi dengan kereta Kancil.

Solat mmaghrib. Keluar dari dewan. Duduk di satu sudut di belakang. Baca buku berkaitan tajwid seorang diri.

Solat isyak.

Balik ke rumah.
Makan nasi bersama Mamanya, Nauwar dan Anis. Lauk ikan bakar sambal perencah tom yam.

Advertisements