Adlan balik ke Ipoh

Ahad 16 Februari 2014 bersamaan 15 Rabiul Akhir 1435H (46/2014)

Solat subuh.
Sarapan di serambi masjid hidangan nasi lemak. Banyak nasi lebih. Bawa balik satu mangkuk nasi lemak.

Balik ke rumah. Pandahkan nasi lemak dan lauk ikan bilis dan timun ke dalam masgkuk dan rumah. Letak atas meja makan.

Balik semula ke masjid selepas membasuh mangkuk plastik yang di ambil dari masjid tadi. Nampak pekerja Indon di bahagian belakang sedang mencuci pinggan mangkuk.
ser

Serahkan kepada pekerja. Letak motosikal di tepi masjid. Masuk ke dalam dewan masjid. Rancang solat dhuha. Sebelum itu baca beberapa surah Koran. Selepas solat dhuha, singgah di gerai simpang. Beli 8 biji roti boom untuk sarapan keluarga di rumah nanti.

Jam 11 pagi Abah pergi beli lauk di Pasar Datuk Keramat. Mamanya saran beli ikan kembung untuk bakar. Beli kobos hijau bulat.

Makan tengah hari.

Abah pergi ke Masjid Ansar solat zohor. Selepas solat, perhatikan keadaan di luar dewan, di mana nampak ramai peserta kursus haji berkumpul.

Duduk di rumah. Adlan keluar bersama Huda ke Gombak.

Sebelum jam 5 petang Abah pergi semula ke masjid untuk solat asar berjemaah.

Azfar dan Suzaimin datang ke rumah. Anis bancuh minuman avocado dengan ais blender.

Azfar sediakan kek keju dengan hiasan buah strawberi. Ambil foto kek sempena hari kelahiran Adila hari ini 16 Februari.
Minum teh tarik. Makan kek untuk minum petang bersama keluarga.

Tidak lama kemudian Adila tiba di rumah. Semua ucap ‘happy birthday’ untuk Adila. Tahun 25.

Adlan dan Huda pulang ke Ipoh.
Jam 6.45 petang, Adlan dan Huda beredar tinggalkan rumah untuk pulang ke Ipoh. Adlan bawa ‘vacuum cleaner’ warna kelabu untuk kegunaan di rumah di Ipoh.

Abah keluar pergi ek Masjid Ansar untuk solat maghrib. Bersalam dengan Adila terdahulu.

Abah balik ke rumah selepas isyak. Keluar menunggu ketibaan Abah sebelum makan malam. Duduk beramai di meja makan di dapur dan makan bersama.

Hanya Adila dan keluarga Adlan tidak ada malam ini.

Selepas jam 10 malam, Azfar dan Suzaimin pulang ke rumah di Lembah Keramat.

Jam 11 terima berita melalui whatsapp dari Adlan beritahu sudah tiba di rumah di Ipoh waktu ini. Alhamdulillah.

Advertisements