Kahwin Merak Kayangan

Sabtu 15 Februari 2014 bersamaan 15 Rabiul Akhir 1435H (46/2014)

Dengar iqamah dari Masjid Ansar. Segera memandu kereta Kancil terus ke masjid. Terpaksa mengekori seorang motosikal terus masuk ke kawasan masjid. Ada ruang satu letak kereta. Sempat masuk saf semasa Imam Muliyadi baca surah dalam rakaat pertama solat subuh.Selepas solat di ikuti ceramah yang di sampai oleh Imam Muliyadi tajuk berkisar memohon rahat dan pemberiian rahmat oleh Allah.Jam 7.15 pagi beredar keluar dari masjid.
Singgah di gerai dan beli kuih karipap, ketayap dan tepung talam di gerai depan Sekolah Rendah Agama Integrasi Jalan AU2A.
Pergi ke stesen Petronas AU2A Taman Keramat. Isi petrol untuk kereta Kancil.Jam 7.28 pagi. Lepas itu tambah angin untuk tayar belakang kiri. Balik terus ke rumah.
Sarapan pagi bersama Mamanya. Minum kopi susu.
Jam 8.30 pagi Adlana sudah bangun mendukung Iman. Tengah malam tadi Iman banyak menangis. Huda dan Adlan mandikan Iman. Jam 9 pagi Iman bersiap pakai baju cantik rofol. Huda beri Iman makan.OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements