Bubur Jagung/Hujan malam.

Jumaat 14 Februari 2014 bersamaan 14 Rabiul Akhir 1435H (45/2014)

Langit biru jam 9.30 pagi matahari naik
Langit biru jam 9.30 pagi matahari naik

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal solat subuh. Ikuti kuliah subuh mengaji ayat Nisak di ketuai Ustaaz Abdullah.

Selepas mengaji, keluar dewan. singgah gerai simpang beli roti canai 6 keping.

Adlan sudah bersiap hendak keluar ada perjumpaan di Serdang. Adlan keluar dengan kereta Proton Iswara di perhatikan Huda dan Iman.

Abah sarapan bersama Mamanya makan roti canai di dapur.

Huda sediakan bilik mandi untuk mandikan Iman.

Tengok Iman bermaiin di ruang tamu. Iman memakai tudung.

Jam 10.30 pagi sebelum pergi ke pasar, singgah di Caltex, Jelatek, urusan MaybankATM.

Lepas itu lajak , Abah pergi ke Pasar Datuk Keramat beli daging ayam, ikan. jagung dan sayur. Balik ke rumah.

Mamanya beritahu bahawa jagung yang di beli tidak cukup. Abah hanya beli dua tongkol.

Abah keluar semula dengan motosikal dan pergi ke K & K pekan Taman Keramat Permai. Tidak ada jagung di Pasaraya K&K.

Pergi ke Pasaraya Giant Taman Setiawangsa. Ada di jual! Beli 4 tongkol harga 5.98. Waktu itu jam 12.48 tengah hari.

Keluar semula ke pasar beli sagu, gula merah dan kobis.

Makan nasi seorang. Tidak lama kemudian Azfar tiba di rumah.

Mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat Jumaat. Pakai baju putih lengan panjang tidak berkolar.

Cuaca panas terik.

Balik ke rumah dan nampak kereta Azfar masih ada di depan rumah.

Tidak lama kemudian Azfar tinggalkan rumah pergi kerja.

Jam 3.30 petang Adlan tiba balik ke rumah dari Seri Kembangan. Duduk duduk di ruang tamu.

Jam 4.50 petang Abah pergi ke Masjid Ansar.Pergi dengan motosikal. Adlan buat kerja di meja dalam ruang tamu.

Minum petang. Makan bubur jagung. Adlan ikut sama makan bubur jagung.

Pergi ke Masjid Ansar dengan Adlan. Adlan bawa motosikal dan bawa Abah bersama. Selepas solat maghrib, Adlan pulang ke rumah seorang. Abah duduk di masjid tunggu isyak sambil dengar ceramah.
Hujan semasa dengar ceramah. Hujan berhenti sebelum isyak.
Selepas isyak, Adlan datang ambil abah dengan kereta Proton Iswara.

Suzaimin dan Azfar datang ke rumah.Makan nasi bersama. Gulai ayam masak kuning dan ikan sambal.

Advertisements