Anis Balik dari Janda Baik/Adlan datang ke Rumah

Rabu 12 Februari 2014 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1435H (43/2014)

Solat subuh.
Ikuti kuliah mengaji. Di ketuai Imam Muliyadi. Ustaz Salleh sampai tafsiran dan tajwid.
Keluar ke motosikal dan ambil buku tajwid. Jam 7.29 pagi waktu syuruk, tunaikan solat sunat isyaraq di seambi masid.
Duduk dalam dewan berseelahan seorang diri dan mengulangkaji tajwid guna buku Ilmu Tajwid.
Ikuti sesi mengaji bersama kumpulan Haji Arif. Tamat selepas jam 9 pagi. Solat dhuha di serambi masjid.
Gerai kuih tutup pagi ini. Balik terus ke rumah.
Sarapan bersama Mamanya.Makan roti Gardenia sapu mentega dengan jem.
Tidur di bilik.
Jam 12 tengah hari keluar dengan motosikal. Beli lauk di MedanSelera Taman Setiawangsa.
Makan nasi berdua dengan Mamanya.
Pergi ke Masjid Ansar solat zohor.

Jam 4.30 petang Anis tiba di rumah. Semalam Anis berada di Bukit Tinggi mengikuti kursusu motivasti bersama pelajar UPM.

Abah pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal untuk solat asar. Cuaca redup.

Balik dari Masjid Ansar. Tiba di rumah, nampak selipar Adlan depan pintu depan. Adlan ada di rumah.

Masuk ke dalam rumah. Adlan duduk di meja ruang tamu. Bersalam.

Berbual dengan Adlan di ruang tengah sambil duduk di sofa.

Minum petang. Minum teh.

Mamanya berbual panjang dengan Adlan berkaitan penjagaan anak kecil.

Pergi ke Masjid Ansar bersama Adlan dengan motosikal. Selepas magrib balik ke rumah.

Abah duduk di ruang tengah sambil menontn berita.

Tidak lama kemudian Abah pergi semula ke Masjid Ansar dengan motosikal. Dengar ceramah yang di sampaikan oleh penceramah terkenal. Habib Ali Zaenal Abidin. Beliau juga tinggal dan berjiran di taman Keramat Permai.

Balik selepas isyak. Tiba di ruah jam 9.30 malam.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.

Advertisements