Tukang Perabut

Sabtu 8 Februari 2014 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1435H (39/2014)

Solat subuh di Masjid Ansar. Selepas solat subuh di ikuti ceramah yang di sampaikan oleh Imam Muliyadi sehingga jam 7.15 pagi.

Anis dan Kawan Seminar di PWTC
Hantar Anis dan kawan ke PWTC ada seminar. Turun di lobi depan. Hala balik singgah di Medan selera Jalan Raja Muda Musa. Gerai Kelantan tetapi tidak ada jual nasi dagang.

Tiba di Pasar DAtuk Keramat. Ada kereta keluar dari tempat letak kereta dekat kawasan bersebelahan dinding pagar sekolah. Apabila beredar terus masuk ke pitak.

Masuk ke dalam pasar. Beli dua bungkus nasi dagang RM9. Di Fauziah Nasi Campur terjumpa dengan Opah Huda yang baharu beli kopi. Berbual seketika. Nampak beliau hantar nasi bubur di gerai kuih.

Beli lauk.

Balik ke rumah.

Tukang Perabut
Jam 11 pagi Abah dan Mamanya pergi ke Hulu Kelang. Cari tukang perabut. Mamanya rancang memperbaiki pintu almari di bilik tidur.

Lajak ke Petronas BCA Services Jalan AU5 Taman Lembah Keramat Ulu Kelang. Isi petrol untuk Kancil RM32.97. Jam 11.08 pagi..Isi juga angin untuk tayar belakang.

Patah balik ke Jalan Ulu Kelang hala ke AU3. Cari kedai perabut. singgah di satu bengkel. Dapat jumpa seorang pekerja. Berbincang dan beliau setuju datang ke rumah esok.

Jam 1 petang makan nasi berdua dengan Mamanya.

Nauwar mash guna internet di bilik baca.

Jam 1.30 petang abah pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal solat zohor.

Tiba di rumah selepas jam 2.15 petang. Mamanya duduk di sofa ruang tengah menonton TV3. Duduk di ruang tengah sambil menonton movie TV3.

Komputer Baharu
Tengok whatsapp dan tengk foto komputer baharu yang Adlan cadang hantar untuk kegunaan di rumah ini sebagai ganti komputer yang ada dalam bilik baca sekarang.

Jam 4.50 petang Abah pergi ke Masjid Ansar solat asar.
Balik dari masjid. Mamanya masih menonton movie Hindustan TV3 tajuk ‘Khabi Khosi Khabi Gham”. Tayangan masih belum habis. Tamat jam 5.30 petang. Tayangan 3 setengah jam dari jam 2 petang.

Adila bawa kek

Minum petang.Abah bersama Mamanya duduk di dapur. Makan roti Gardenia wholemeal. Nauwar beritahu Adila tiba di rumah. Adila letak beg kek atas meja makan. Letak kek atas pinggan. Kek cokelat 4 segi.

Jam 7 petang periksa tangki kekura. Namppak air sudah susut di sebabkan pam air elektrik yang keluarkan air .

Hentikan pam penapis air elektrik. Sambung hos plastik ke pili depan rumah. Isikan air ke tangki kekura.

Abah bersiapuntuk pergi ke Masjid Ansar. Selepas mandi dan pakai baju ungu. Sebelum keluar, periksa air kekura. Tunggu sehingga air cukup dalam tangki kekura.

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Kereta Perodua Viva yang Adila memandu terletak depan rumah. Warna kelabu gelap.

Dengar ceramah dari Ustaz baharu, bekas pentadbir agama, Gombak.Duduk di belakng bersandar pintu masuk utama masjid. Solat isyak di ikuti solat hajat di ketuai Imam Muliyadi.

Apabila bertanya ahli AJK, siapa yang sakit dari nama di sebut sebelum solat hajat, ahli AJK tidak tahu, siapa pesakit.

Balik dari masjid selepas isyak. Tiba di rumah dan dapati Kancil tidak ada di porch.

Anis keluar dengan kawan pelajar dengan kereta Kancil.

Makan nasi bersama Nauwar dan Mamanya.

Advertisements