Anis Ambil Barang balik dari Kolej UPM Serdang

Khamis 6 Februari 2014 bersamaan 6 Rabiul Akhir 1435H (37/2014)

Solat subuh di Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal. Baca Ayat 13 Surah Nisak. Ustaz Amri
Ada sola jenazah. Keluar dari masjid dan beli kuih. Hantar kuih balik ke rumah. Patah balik e Masjid Ansar untuk mengikuti sesi mengaji dan tajwid bersama kumpulan.
Jam 8 pagi, mula sesi kumpulan mengaji bersama Haji Ariff. Selesai selepas jam 9 pagi. Balik ke rumah. Waktu ini matahari pagi memancar.

Jam 12.20 tengah hari pergii ke Pasar Datuk Keramat dengan motosikal. Beli lauk di Fauziah Nasi Campur.

Makan nasi.

Mandi dan bersiap pergi ke Masjid Ansar solat zohor.

Tiba balik di rumah selepas jam 2 petang.

Menonton saluran TV3, drama Indonesia ‘Cinta ku’ dan menonton drama Filipina dari jam 3 petang ke 4 petang.

Waku ini Anis keluar dengan kereta Kancil. Anis perlu ambil barang dari kolej di UPM Serdang.Sebelum pergi Anis keluarkan beberapa barang barang dari kereta Kancil supaya ada banyak ruang dalam kereta Kancil.

Jam 4.50 petang pergi ke Masjid Ansar untuk solat asar.Pakai baju Melayu warna merah tua tidak berkolar dengan kain pelikat cokelat. Cuaca panas waktu ini.

Jam 6 petang minum teh petang.

Jam 7 petang, Abah bersiap pergi ke Masjid Ansar solat maghrib. Selepas maghrib di ikuti sesi membaca Yasin beramai dengan pimpinan Imam Muliyadi.

Solat isyak. Selepas solat isyak di ikuti pula solat hajat untuk kesihatan baik keada hamba Allah.

Balik ke rumah. Sebelum itu ambil sebotol air ‘mineral’ yang terletak dekat pintu keluar.

Guna internet sehingga jam 11 malam.

Naik ke bilik dan tidur.

Advertisements