Paggilan Telefon dari kawan Lama

Rabu 5 Februari 2014 bersamaan 5 Rabiul Akhiir 1435H (36/2014)

Solat subuh di Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal. Baca Ayat 12 Surah Nisak. Ustaz Muliyadi.

Jam 8 pagi, mula sesi kumpulan menaji bersama Haji Ariff. Selesai selepas jam 9 pagi.

Singgah di gerai beli kuih ketayap sebelum balik ke rumah.Isi minyak motosikal di stesen minyak Petronas di AU2 Taman Keramat.Waktu tu jam 9.43 pagi. Baalik terus ke rumah.

Sarapan minum kopi susu dan makan kuih ketayap.

Mamanya minta beli tepung ubi. Mamanya perlu buat kanji. Abah masih berpakaian baju Melayu dan kain pelikat. Menunggang motosikal pergi ke Kedai Runcit Harun di tepi taman perumahan.

Mamanya sibuk membasuh cadar dan tuala khas untuk rumah Pangkor.

Jam 11.27 pagi terima panggilan dari Pak Lang Zulkafli bertanya berkaitan ubat berkapsul dari Hospital yang mengandungi ‘boven’.

Beli Lauk Setiawangsa
Beli lauk di Medan Selera Taman Setiawangsa. Pergi dengan motosikal. Jam 12.25 tengah hari semamasa melalui berhampiran Pasaraya Giant,Taman Setiawangsa, terima panggilan dari Azfar. Azfar minta Abah belikan lauk ayam rendang.

Masuk ke Medan Selera Taman Setiawangsa dan beli lauk daritiga gerai berlaianan.

Beli tau fu fa di gerai berhampiran kawasan depan Pasaraya Giant dan Bangunan I&P.

Beli sebotol besar oren Twister di Petronas Taman Setiawangsa.

Kawan Lama
Makan nasi bersama Mamanya, Azfar dan Anis . Tinggalkan meja apabila terima panggilan telefon.
Tidak sangka terima satu pangggilan telefon dari kawan lama dari Kuantan nama Maarof. Tidak kenal suara. Selepas bercakap seketika baharu kenal pasti.

Abah sambung makan nasi. Yang lain semua selesai makan tengah hari.

Bersiap dan pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat zohor.

Jual Paper Lama
Keluarkan surat khabar lama dari ruang tengah. Masukkan ke dalam Kancil.

Memandu dan bawa surat khabar lama ke pusat kitar semula di AU3. Tunggu kerana pekerja urus barang lain.

Pekerja keluarkan surat khabar dari kereta Kancil. Wanita Melayu yang uruskan urusan. Dapat RM11.20.

Sambung menonton drama Filipina bersama Mamanya di ruang tengah.

Jam 4.45 etang, bersiap dn ergi ke Masjid Ansar soat asar.

Minum petag bersama Mamanya. Makan roti sekeping. Minum teh susu.

Jam 7 malam, pergi ke Masjid Ansar solat maghrib.

Anis keluar dengan Farah malam ini.

Selepas isyak Abah balik ke rumah.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.

Jam 11 malam, terasa mengantuk. Abah naik ke bilik dan tidur.

Advertisements