Pulang ke KL.

Isnin 3 Februari 2014 bersamaan 3 Rabiul Akhir 1435H(34/2014)

Waktu subuh, masih berada di Pangkor Bay Villa bersama Pak Su Ramli Khamis. Solat subuh berjemaah berdu dalam surau resort. Sambil menunggu di ruang utama resort, Pak Su perkenalkan kepada wanita tuan punya resort.Beliau bersiap dengar khabar rancang pergi ke Ipoh.

Menunggang motosikal bersama Pak sua Ramali balik semula ke Pangkor. Pak Su hantar turun di rumah Pangkor di Taman Desa Pangkor. Rancang ambil basikal untuk pergi ke pekan Pangkor. Pak Su beredar terus ke rumah di Kg Masjid selepas hantar Abah di rumah Pangkor.

Terkejut apabila dapati tayar basikal bocor. Tayar roda belakang bocor. Tinggalkan basikal. Jalan kaki balik ke Jeti Pangkor. Masuk kekKawasan menunggu. Duduk seorang diri. Sambil itu nampak pekerja jeti sedang menyapu lantai.

Jam 9 pagi, masuk pekan dan singgah di Restoran Mamak Pangkor. Letak beg atas kerusi. Pergi ke tandas dahulu. Makan roti canai dengan kopi tarik.

Pergi ke Masjid Teluk Raja Bayang, Pangkor. Guna tanda masjid. Amibl wuduk dan masuk ke dalam dewan masjid dan solat dhuha.

Sementara itu, duduk dalam dewan masjid sambil membaca Koran.

Jam 10 pagi terima panggilan dari Kumpulan Norhijah beritahu belau sudah keluar rumah Pangkor. Beliau beritahu juga berkaitan pintu bilik mandi belakang yang bermasalah sedikit.

Abah segera jalan kaki balik ke rumah Pangkor.

Dari 11 pagi mula berkemas rumah.

Jam 1 petang, keluar semula ke Hasnah Corner dan makan nasi. Lauk ikan cencaru sambal.RM5.Balik semula ke rumah dengan basikal.

Rancang masuk duit ke bank. Kayuh basikal ke Maybank Pulau Pangkor. Tayar basikal bocor. Tidak hiraukan kerana perlu segera. Masuk ke Maybank. Guna mesin ATM masukkan duit RM650 untuk masukkan ke akaun. Waktu itu jam 2.18 petang.

Isi angin tayar di kedai motosikal di barisan kedai belakang Maybank.

Balik semula ke rumah. Beli plastik sampah saiz besar berwarna hitam.

Bawa sampah dalam beg plastik sampah ke tong sampang di Pasir Bogak. Pergi bawa sampah dengan basikal. Selepas buang sampah, balik semula ke rumah.

Sambung kerja kemaskan bilik dan lipat semua cadar dan sarung bantal serta tuala, masukkan ke dalam beg besar warna hitam. Perlu di bawa balik ke rumah di Kuala Lumpur untuk di basuh.

Kunci rumah Pangkor. Beredar dari rumah Pangkor.

Tarik beg besar berjalan kaki ke Jeti Pangkor. Naik fer balik ke Lumut.

Balik ke Kuala Lumpur.
Tiba di Jeti Lumut, tarik beg terus ke stesen bas Lumut. Tikit Transnasional dan Plusliner semua habis untuk perjalanan petang ini.

Beli tikit bas Arwana RM27.10. Bas bergerak jam 5 petang. Sempat minum teh tarik dahulu di gerai Medan Selera berhampiran stesen bas. Segera pergi ke bas Arwana berwarna merah gelap di pletfom. Masukkan beg hitam besar Abah ke bahagian barang di pintu tepi bas ekspres.

Bas berlepas jam 5 petang menuju ke stesen bas Seri Manjung dahulu.Ambil pemumpang di stesen bas Manjung.

Sesak di Sungkai.Singgah di stesen minyak Shell di Sungkai.

Tiba di Pudu Sentral jam 10.30 malam.

Masjid Pudu Raya tutup. Telefon ke Mamanya minta ambil di Pudu Sentral.

Tunggu di tepi jalan, depan Menara Maybank. Mamanya tiba dengan kereta Waja.

Tiba di rumah, masukkan beg ke dalam rumah. Solat di bilik.

Tidak makan. Minum air kosong sahaja. Esok ada temu janji di Hospital Kuala Lumpur.

Advertisements