Pangkor – CNY 2-Kumpulan Razak KB

Sabtu 1 Februari 2014 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1435H (32/2014)
Solat

Jam 10.15 pagi terima paggilsn dari wakil Kumpulan Hartini yang masuk ke rumah Pangkor semalam, dan beritahu sudah check out rumah Pangkor! Abah bersiap dan terus berjalan kaki dari hotel pekan Pangkor menuju ke rumah Pangkor. Masuk ikut pintu depan.

Periksa bilik dan nampak selimut bantal dan tilam berlonggok atas katil.

Kemaskan rumah.

Sebelum 1 petang Kumpulan Razak KB tiba di rumah Pangkor. Keluar rumah dan nampak Razak sedang pegang telefon dekat Taman Permainana Kanak Kanak depan rumah. Panggil beliau supaya datang masuk ke rumah.
Selesai urusan dapatkan baki sewa dan berikan kunci rumah.

Kayuh basikal balik ke Jeti Pangkor.  Berjumpa beberapa kenalan di restoran.

Jam 3 petang makan nasi di restoran Hassan.  Jam 3.48 petang.

Mamanya telefon dsri KL.

Balik ke hotel. Mandi.  Solat Jamak takdim dalam Masjid Pangkor.

Selesai apabila masjid di buka untuk asar. Nampak Pak Su Ramli solat sunat dalam dewan.

Balik semula ke hotel.

Baring dan tertidur seketika.

Selepas jam 6 petang singgah di Restoran Mamak Pangkor di pekan. Minum teh tarik.

Balik ke hotel. Teringat basikal. Turun semula dan pergi ambil basikal di kawasan Jeti Pangkor. Bawa balik ke hotel.

Mandi dan bersiap. Selepas azan maghrib turun hotel terus masuk ke kawasan masjid yang terletak kira 20 meter dari hotel.

Solat maghrib. Sambung jamak denga isyak.

Duduk di kawasan masjid. Selepas maghrib, dan ceramah, Pak Su ajak minum teh di gerai luar pagar masjid.

Selepas isyak, pergi ke Restoran Hassan. Makan nasi goreng.

Balik ke hotel dan tukar pakaian.

Pergi ke internet cafe di Jalan Pasir Bogak berhampiran rumah diPangkor.

Dalam cafe terjumpa dengan Ismail, Pemgerusi AJK flet.

Advertisements