Pangkor

Khamis 30 Januari 2014 bersamaan 28 Rabiul Awal 1435H (30/2014)

Solat subuh di Masjid Ansar. Selepas solat terus balik ke rumah. Hari ini rancang pergi ke Pangkor.
Bersiap untuk pergi ke Pangkor. Mamanya hantar ke stesen LRT Setiawangsa dengan kereta Waja. Sebelum itu singgah di Caltex dan guna mesin ATM Maybank. Waktu itu jam 7.07 pagi. Selepas turn dekat tiang besar stesen LRT Setiawangsa, Mamanya buat pusingan U patah balik ke rumah.

Hanya bawa beg sandang warna putih sahaja. Turun di stesen LRT Masjid Jamik KL. Dari masjid Jamik berjalan kaki terus ke Pudu Sentral.

Masuk kompleks Pudu Sentral naik ikt eskalator. Turun ke pletfom 9. Di beritahu bahawa bas ekspres tunggu di luar kompleks. Pekerja wanita Plusliner tulis nombor bas pada tiket bas. Ikut besmen keluar ke jalan raya dan cari bas ekspres Plusliner dua tingkat.

Bas ekspres Plusliner dua tingkat warna hijau kelabu mula berlepas jam 8.40 pagi dari Pudu Sentral, hala Jalan Tun Tan Cheng Lock.&
nbsp;

Berpusing pusing di Bandaraya KL, singgah di stesen keretapu KL, sebelum berlepas ke Ipoh ikut Jalan Duta.

Keluar lebuhraya PLUS di tol Sungkai sebelum sambung perjalanan ke Lumut. Singgah di stesen Batu Gajah sebelum sambung perjalanan ke Lumut.

Turunkan beberapa penumpang di stesen bas Seri Manjung.

Tiba di Lumut
Tiba stesen bas Lumut jam 1.30 petang. Dengar azan zohor dari Masjid Al Adli, Lumut. Cuaca panas terik waktu ini.

Makan nasi medan selera berhampiran stesen bas.

Tiba di Pangkor
Naik feri ke Pangkor.

Jalan kaki dari Jeti Pangkor ke rumah Pangkor.

Tiba di rumah. Alihkan basikal dan letak berhampiran pintu belakang rumah.

Pam tayar basikal.

Kipas Dinding.
Pasang kipas angin dinding yang sudah di baiki 2 minggu dahulu. Baiki di Pasar Keramat, KL dan bawa balik ke Pangkor pada 24 Jan 2014 sempenan majlis perkahwinan anak Dr Kamal di Seri Manjung Sabtu 25 Jan 2014. Hari ini pasang semula ke dinding di bilik nombor 2. Jam 5 petang selesai pasang kipas ke dindng.

Kemaskan rumah untuk Kumpulan Hartini, Shah Alam yang masuk sewa rumah Pangkor esok.

Selepas jam 7 malam, pergi ke Masjid Teluk Raja Bayang Pangkor solat maghrib.

Makan nasi di Restoran Hassan.

Advertisements