Bayar Cukai Tanah secara Atas Talian

Rabu 29 Januari 2014 bersamaan 27 Rabiul Awal 1435H (29/2013)

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh. Ikuti kuliah mengaji dengan bacaan beramai ramai oleh jemaah pimpinan Imam Muliyadi

Baca ayat 198-200 Surah Ali Imran dengan tafsiran dan tajwid Ustaz Salleh Ashaari. Di ikuti membaca beberapa individuu sehigga jam 7.30 pagi baharu sesi selesai.

Kelas mengaji mula jam 8 pagi untuk kumulan abah bersama Haji Ariff. Selesai jam 9 pagi. Balik ke rumah dan tiba jam 9.20 pagi. Sementara menunggu pntu pagar buka, jiran nama Zaid, bertanya. Jika abah baharu balik dari masjd. Abah beritahu ikuti kelas mengaji Koran di Masjid Ansar pimpinann Haji Ariff.

Mamanya baring di sofa di ruang tengah. Masih demam sejak semalam. Abah jerang air. Buat kopi. Sarapan, makan dua kepng roti Gardenia sapu mentega dengan jem strawberi.

Anis, kawan Anis da Nauwar masih belum turun waktu ini.

Nauwar turun dan buat minuman sendiri.

Guna internet pagi ini buat beberapa bayaran atas talian untuk bil cukai tanah, cukai pintu rumah dan rumah Pangkor.

Jam 11.30 pagi Abah keluar dengan motosikal ke Pasar Datuk Keramat. Nampak beberapa orang di rumah jiran blok barisan depan. Cari pemilik rumah, nama Zakaria.

Abah berhenti di rumah bersebelahan rumah Zakariah dan bercakap dengan jiran nama Shamsudin. Beliau tidak tahu di manan jiran nama Zakaria. Beliu beritahu yang datang ke rumah jiran adalah pegawai dari Kementerian Perdagangan.

Tempah kunci pendua untuk anak kunci pintu rumah di Pangkor. Dua anak kunci.

Beli lauk di Fauziah Nasi Campur dan suberi Nasi Kandar. Beli bubur nasi untuk Mamanya.

Balik ke rumah.

Mamanya baring di bilik kerana masih demam. Abah suruh Anis bawa bubur nasi ke bilik untuk Mamanya.

Abah makan nasi seorang di meja makan di dapur.

Solat zohor.
Pergi ke Masjd Ansar dengan kereta Waja. solat zozhor. singgah di stesen Petronas AU2 Taman Keramat. Isi petrol untuk kereta Waja RM57.66.Waktu itu 2.02 petang. Cuaca panas terik. Hampir dua minggu tidak hujan.

Masuk Kedai Mesra Petronas. Beli Panadol soluble dan Strepsils.

Balik ke rumah dan beri ke pada Anis ubat Panadol. Anis bawa ke bilik dan saran Mamanya makan panadol soluble.

Anis keluar bersama kawan. Tunjuk kawan lokasi stesen petrol.

Jam 4.50 petang abah pergi ke Masjid Ansar solat asar.

Balik ke rumah.
Anis balik ke rumah.
Minum petang. Mamanya sediakan teh susu. Abah makan roti Gardenia sapu mentega dan kaya.

Jam 7.30 malam, Abah pergi ke Masjid ansar untuk solat maghrib. Selepas solat mahrib ada ceramah agama. Solat isyak. Lewat. Jam 7.20 malam, baharu balik ke rumah.

Mamanya masih tidak sihat dan duduk di bilik.
Nauwar sediakan makanan di dapur.

Abah makan nasi seorang.

Advertisements