Scholarship Agro Bank-Anis

Isnin 27 Januari 2014 bersamaan 25 Rabiulawal 1435H (27/2014)

Waktu Abah pergi ke Masjid Ansar untuk solat subuh, Adila juga beredar dari rumah balik ke rumah kawan di Jalan Gurney. Abah perhatikan Adila masuk ke kereta Perodua Viva di tepi jalan tepi rumah. Waktu ini masih gelap subuh. Abah memandu Kancil dan terus pergi ke Masjid Ansar.

Solat subuh berjemaah di Masjid Ansar. Ikuti kuliah mengaji beramai di ketuai Imama Muliyadi, dan tafsir serta tajwid dari Ustaz Salleh. Jam 7.30 pagi balik ke rumah.

Sebelum jam 8 pagi pergi semula ke Masjid ansar. Ikuti kumpulan mengaji pimpinan Haji Ariff. Jam 9 selesai dan balik ke rumah selepas tunai solat dhuha. solat di serambi masjid.

singgah stesen Petronas. Pam pamir notis tidak terima kad di mesin pam. Tinggakan setsen. Ambil The Sun di 7 Eleven.

Tukar Gas

Mamanya beritahu gas kehabisan di dapur. Abah gantikan dengan tong gas baharu. Tong gas baharu sudah lama ‘standby’ di dapur.

Singgah stesen Petronas Taman Setiawangsa jam 11.26 pagi isi petrol motosikal.

Beli tiket Plusliner di Pudu Sentral untuk perjalanan ke Lumut pada Khamis 30 Jan 2014. Ada penyewa masuk pada hari Jumaat di rumah Pangkor. Dari bandaraya KL, ikut Lebuhraya Jejantas Prolintas menuju ke Pasar Datuk Keramat.

Beli lauk di Suberi Nasi Kandar. Beli 10 biji telor ayam, 2 biji telor itik dan santan kelapa untuk buat kaya di rumah.
Balik ke rumah’

Makan nasi.

Pergi ke Masjid Ansar solat zohor.

Petang Anis keluar bersama kawan guna kancil untuk ke Bangi.

Mamanya masak sekaya

Sebelum jam 5 petang Abah pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal solat asar.

Minum petang. Makan roti dengan sekaya yang Mamanya masak tadi. Minum teh O.

Siram pokok bunga guna air ambil dari tangki akuarium kekura. Air akuarium mula berwarna hijau.

Biasiswa Agro Bank – Anis
Abah dan Mamanya duduk di sofa ruang tengah.

Anis datang mendekati Abah dan Mamanya dan huur satu envelop Agro Bank saiz besar dan beritahu, “Surprise!”

Abah buka dan baca surat yang dikeluarkan dari envelop. Satu surat tawaran biasiswa Agro Bank untuk Anis!

Abah tunjukkan kepada Mamanya. Abah dan Mamanya kagum atas pencapaian Anis. Kareer masa depan Anis terjamin.

Advertisements