ASB, PNB

Rabu 22 Januari 2014 bersamaan 20 Rabiulawal 1435H (22/2013)

Solat subuh.
Keluar rumah dengan motosikal berdua bersama Mamanya. Ikut Jalan Ampang menuju ke Bangunan PNB di Jalan Tun Razak. . Tidak sangka pintu belakang Bangunan PNB tutup untuk kerja selenggaraan. Buat pusingan dan letak motosikal di depan PNB.
Naik tangga dan masuk ke pejabat ASNB di Bangunan PNB.. Kemaskan buku pelaburan ASB.

Beli barang di Guardian, Ampang Park.Mamanya beli beberapa barang termasuk vaseline, dll . Waktu itu jam 11.43 pagi. Sebelum keluar kompleks, berjalan jalan dahulu tengok kedai kedai dan perubahan di kompleks. Pergi ke tempat motosikal . Mujur tidak ada saman DBKL. Beredar ikut Jalan Tun Razak menuju ke Jalan Kg Datuk Keramat.

Beli lauk di Pasar Datuk Keramat.

Anis tiba di rumah dengan Kancil.Bharu balik dari UPM Serdang.

Makan nasi.

Abah pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat zohor. Balik dari masjid selepas jam 2 petang. Waktu solat sekarang lewat.

Tiba di rumah Abah salin pakaian.

Rancang pergi ke kedai untuk baiki beg tangan Mamanya. Pergi ke Hassan Hardware di kompleks Pasar Datuk Kermat. Pekerja baiki penyangkut zip beg tangan. Mudah sahaja guna pelayar. Ucap terima kasih.

Bawa beg dan beredar dari kawasan pasar.

Singgah di pekan Taman Keramat Permai. Selepas kunci motosikal, masuk ke kedai gunting. Rancang gunting rambut.

Gunting rambut. Sambil menunggu giliran, baca majalah URTV. Bayar kos RM9.

Balik ke rumah. Tiba di rumah, beri Mamanya beg yang sudah di baiki.Waktu itu Mamanya duduk di sofa mennton TV.

Abah uga sambung menonton TV bersama Mamanya drama Filipina.

Jam 4.50 petang, Abah bersiap mandi dan kemudian pergi ke Masjid Ansar solat asar.

Minum petang sekitar jam 6 petang.

Jam 7 malam, Abah bersiap mandi dan pakai baju Melayu. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Nampak geria di bukit depan masjid.
Di masjid mula ramai orang tiba. Habib ali zawnal Abidin.
Solat maghrib berjemaah.
Qasidah selepas maghrib sehingga isyak.

Ambi pakat nasi minyak.

Bawa balik ke rumah.

Advertisements