Adlan Hantar Iman ke Pengasuh

Isnin 20 Januari 2014 bersamaan 18 Rabiulawal 1435H (20/2013)

Bangun pagi. Turun ke dapur,.Minum jus buah promeganate. Bersiap pergi ke Masjid Ansar. Naik motosikal. Solat subuh.
Kuliah pagi mengaji beramai Ayat surah Ali Imran di ketuai Imam Muliyadi. Terjemahan dan tafsiran oleh Ustaz Salleh.
Jam 7.30 pagi keluar dengan motosikal dan beli kuih ketayap dan karipap di gerai depan SR agamanIntegrasi, Jalan aU2A. Balik semula ke Masjid Ansar.

Ikut mengaji Koran sesi kumpulan kecil bersama pimpinan Haji Aris. Mengaji di Masjid Ansar. Balik ke rumah jam 9 pagi selepas solat dhuha di serambi Masjid Ansar.

Sarapan pagi. Minum kopi. Makan makjun 2 biji ‘Skyline’ produk Saudi Arabia, yang di beli di Pasar Tani Sabtu lepas.

Buang sampah. Mamanya mengadu busuk.

Hantar Iman ke Baby Sitter, Ipoh
Terima berita melalui whatsapp dari Adlan di Ipoh, jam 10 pagi.”Iman hari ini first day at baby sitter. Lepas ini boleh la kerja di ofis.”

Adlan hantar di Taman Mei Kin, belakang Shatin Park, Pasir Putih, Ipoh di daerah berdekatan rumah Adlan di Lapangan Panorama Perdana.

Anis dan Nauwar menonton TV Saluran Astro Diva.

Hantar kain tudung untuk di jahit tepi ke kedai jahit di Keramat Mall. Janji ambil sleepas zohor.

Singgah ke Pasar Datuk Keramat. Beli lauk di Suberi Nasi Kandar.

Makan nasi. Nauuwar marah. Lauk kesukaan, orang lain makan.

solat zohor di masjid.

Pergi ke Keramat Mall. Ambil tudung yang di jahit tepi.

Singgah Petronas AU2. Isi angin tayar motosikal. Isi petrol dan beli roti.

Tiba di rumah selepas 3 petang.

Bawa Kancil pergi Masjid Ansar solat asar.

Baca internet berita Anwar Ibrahim di halang masuk Jepun.

Minum petang.

Cuci akuarium kekura. Isi air bersih.

Sebelum bergerak dari rumah, panggil Anis suruh keluarkan hos plastik untuk hentikan air masuk ke akuarium kekura.

Selepas rapatkan pintu paga, abah memandu Kancil dan terus pergi ke Masjid Ansar.

Balik selepas siyak.

Kereta Kancil berbunyi.
Tiba di porch rumah, periksa pintu kiri. Nampak pemutar pili atas bumbung!

Makan nasi.

Advertisements