Adila Pulang dari Pangkor

Ahad 19 Januari 2014 bersamaan 17 Rabiulawal 1435H (19/2013)

Solat subuh. Sarapan nasi lemak di serambi Masjid Ansar. Tunggu sehingga ja 8 pagi sebelum tunaikan solat dhuha.

Singgah di gerai beli nasi lemak 4 bungkus.

Maulidur Rasul, Persatuan Khairat Keramat
Jam 9.45 pagi pergi ke Persatuan Khairat Kematian Taman Sri Keramat. Ambil tempat duduk dalam dewan persatuan. Dewan kayu, papan dan kipas angin.

Jam 10 malam, mula ceramah Maulidur Rasul.
Jam 11.30 pagi, makan hidangan nasi dengan lauk ayam goreng, ikan sambal, cendol.

Jam 12 tengah hari balik ke rumah.

Anis dan anak Haslin
Mamanya beritahu Anis guna Waja dan keluar bersama anak Haslin.

Pergi solat zohor berjemaah di Masjid Ansar.

Waktu ini Adila whatsapp beritahu sudah tiba di Marina Island dan mula perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Lumut.

Balik kerumah. Tidur seketika di bilik. Jam 3.30 petang turun ke ruang tengah dan menonton TV.

Jam 4.45 petang pergi semula ke Masjid Ansar solat asar. Pakai jubah putih. Pergi dengan motosikal.

Minum petang bersama Mamanya. Mamanya sediakan murtabak ‘Maggi mi’. Cicah sambal nasi lemak yang di beli pagi ini.

Jam 7.20 malam, Abah pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Balik selepas isyak.

Makan nasi. Lauk telur goreng.

Tengok berita lewat malam.

Advertisements