Cuti Umum Thaipusam / Adila, Pangkor

Jumaat 17 Januari 2014 bersamaan 15 Rabiulawal 1435H (17/2013)

Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Solat subuh.
Mengaji beramai dengan jemaah di Masjid Ansar.Baca ayat Surah Ali Imran.
Solat dhuha.
Beli donat.Tiba di rumah jam 8 pagi.

Sarapan.
TV Astro Prima- Murabbi 1.

Mamanya minta baiki beg tangan htam. Zip beg rosak.

Pergi ke Pasar Datuk Keramat dengan motosikal.Bawa beg tangan Mamanya sekali. Kedai hardware Hassan tutup hari ini sempena hari Jumaat.

Beli lauk di Fauziah Nasi Camppur. Tiba di rumah beritahu Mamanya Kedai Hardware tutup. Tidak dapat baiki beg tangan hitam.

Solat Jumaat. Mengaji.

Betulkan nombor plet Kancil.Guna ‘cellotape’ lekatkan plet nombor pada badan kereta suppaya tidak jtuh.

Anis bersiap pergi ke UPM Serdang. Abah segera keluarkan kipas angin dari ‘boot’ kereta Waja. Kipas angin dinding yang di ambil dari rumah di Pangkor. Sudah rosak dan perlu di baiki. Rancang hantar ke kedai elektrik di Pasar Datuk Keramat.

Anis pergi ke UPM Serdang dengan kereta Waja. Seketika kemudian datang balik ke rumah kerana terlupa set upload pada laptop atas meja ruang tamu. Anis keluar semula pergi ke UPM serdang.

Tidak lama kemudian Azfar tiba di rumah. Suzaimin ada panggilan mengejut dan perlu pergi ke pejabat.

Adila tiba di Pangkor
Terima pangilan dari Adila. Adila dan kawan kawan sudah tiba di Pangkor. Abah hubung penyewa kereta dan minta hantar untuk kegunaan Adila. Dapat kereta Gen2.

Mamanya keluar bersama Azfar Pergi ke AEON. Rancang beli beras. Guna kereta Kancil.

Abah keluar rumah dengan motosikal. Nampak Suzaimin berjalan ke rumah. Abah naik semula ke ;porch’ dan buka pintu depan untuk Suzaimin. Abah keluar semula pergi ke Masjid Ansar untuk solat maghrib.

Berselisih dengan Azfar dan Mamanya di jalan apabila nampak kereta Kancil dari arah bertentangan tidak jauh dari rumah.

Solat maghrib. di ikuti ceramah agama yang di sampaikan oleh Imam Amri.

Solat isyak.

Balik ke rumah.

Suzaimin dan Azfar sudah pulang ke Lembah Keramat apabila Abah tiba di rumah.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar. Selepas makan, Nauwar kemaskan meja dan bilik dapur.

Mamanya sambung menonton drama TV3.

Advertisements