Tali Pinggang Haji

Khamis 16 Januari 2014 bersamaan 14 Rabiulawal 1435H (16/2013)

Solat subuh.Pakai jubah kuning. Pakai tali pinggang haji. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.Solat subuh. Kuliah mengaji dan membaca ayat 165-168 Surah Ali Imran berkisar sifat orang mukmin, dll.semasa perang perang Hud dan perang Badar.

Keluar seketika beli kuih di gerai depan SRA Integrasi Jalan AU2A.Balik semula ke Masjid Ansar. Jam 7.45 pagi mula sesi mengaji Koran kumpulan pimpinan Haji Aris. Ada 8 peserta sahaja. Sesi selesai jam 9 pagi.

Solat dhuha di serambi masjid sebelm balik ke rumah.

Sarapan pagi. Mamanya sediakan secawan kopi susu. Duduk di meja makan di dapur bersama Mamanya. Makan kuih ketayap hijau dan karipap.

Jam 11.30 pagi pergi beli lauk di Fauziah Nasi Campur dan suberi Nasi Kandar di Pasar Datuk Keramat.
Makan nasi bersama Mamanya di meja makan di dapur.

Bersiap pergi ke Masjid Ansar. Pakai tali pinggang haji. Pergi ke masjid dengan motosikal.
Solat zohor.

ASB
Tiba di rumah, salin pakaian. Pergi ke Maybank Taman Setiawangsa dengan motosikal. Waktu ini cuaca panas terik.

Kemaskini buku ASB/ASN. Tidak di benarkan kemaskini buku ASB Mamanya.

singgah di Pasaraya Giant. Beli sebotol ‘Listerine’ pencuci mulut RM9. Waktu itu jam 2.57.

Balik ke rumah.

Menonton drama Filipina TV3 bersama Mamanya.

Jam 4.45 petang pergi ke Masjid Ansar solat asar.

Jam 6 petang minum teh susu makan roti Gardenia dua keping sapu mentega dengan jem.
Bersiap pergi masjid. Pakai tali pinggang haji.
Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.
Solat maghrib. di ikuti pulan sesi membaca Yasin.
Solat isyak.
Kenduri di serambi masjid. ambil nasi dan bawa balik ke rumah.Masukkan nasi ke dalam beg plastik dan letak dalam bakul motosikal.

Tiba di rumah dan nampak kereta Kancil di porch rumah. Bermakna Anis balik ke rumah. Anis balik dari kolej UPM Serdang.

Mamanya, Anis dan Nauwar makan nasi minyak di meja makan di dapur.

Advertisements