Baiki Pili Sinki Dapur

Rabu 15 Januari 2014 bersamaan 13 Rabiulawal 1435H (15/2013)

Solat subuh. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Masih nampak beg plastik sampah hitam dalam kawasan masjid. Sampah yang di kutip sempena hari menyambut Maulidur Rasul semalam.

Selepas solat subuh diikuti kuliah mengaji dan baca ayat 162-165 Surah Ali Imran di ketuia Iamam Muliyadi. Tafsiran serta tajwid oleh Ustaz Salleh Ashaari.

Semasa sesi baca individu, Abah keluar . Menunggang motosikal dan pergi ke stesen Petronas AU2 Taman Keramat. Isi angin untuk tayar motosikal yang kekurangan angin sejak Isnin lepas.

Singgah di gerai Jalan AU2A depan Sekolah Rendah Agama Integrasi. Bei kuih kuswi dan keria. Letak bunkusan kuih dalam bakul motosikal.

Pergi semula balik ke masjid. Ambil wuduk. Ikut sama dengan peserta mengaji bersama Haji Aris dalam dewan. Nampak kiran, Tajaludin keluar pejabat masjid bersama Ustaaz Salleh. Beliau tegur.

Mengaji bersama kupulan dan Haji Aris.

Jam 9 pagi selesai sesi mengaji. Balik ke rumah.

Mamanya sediakan secawan kopi. Sarapan pagi bersama Mamanya. Makan kuih. Waktu ini Nauwar masih di bilik di atas.

Kutip samah dapur. Letak di luar di tepi jalan untuk kutipan.

Beli Pili sinki
Pergi ke Pasar Datuk Keramat jam 11.30 pagi. Beli lauk di Fauziah Nasi Cmpur.

Singgah dii Mirsha Trading. Beli pili baharu. RM15 Di beri sama tep putih.

Makan nasi berdua bersama Mamanya di meja makan di dapur.

Bersia dan memakai jubah kuning. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal.

Solat zohor.

Baiki pili di sinki Dapur.
Pasang pili baharu.

Pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja kerana cuaca kelihatan redup.

Advertisements