Pili Sinki Dapur Bocor

Isnin 13 Januari 2014 bersamaan 11 Rabiulawal 1435H (13/2013)
image

Solat subuh di Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal. Kulaih mengaji ayat 158-161 Surah Ali Imran di ketua Imam Muliyadi.

Beli kuih di gerai depan Sekolah Agama Integrasi Jalan AU2A.

Jam 12.30 tengah hari beli lauk di medan selera Taman Setiawangsa. Makan nasi bersama Mamanya.

Nauwar turun.

Solat zohor.

Jam 3 petang pergi ke stesen Petronas Taman Keramat AU2 dengan motosikal. Pergi ke Petronas isi petrol RM6.24. untuk motosikal. Masuk ke kedai Mesra Petronas, guna mesin ATM Maybank untuk keluar wang. wWaktu itu jam 3.23 petang.

Di Kedai Hardware Jaiwan, periksa contoh pili.

Baiki pili sinki di dapur yang kebocoran. Perlu ganti dengan yang baharu esok.

Solat asar. Pergi ke Masjid Ansar dengan motosikal. Nampak khemah siap dengan kerusi untuk majlis Hari Maulidur Rasul mula pagi esok.

Minum teh. Makan karipap. Makan roti sapu kaya.

Selepas maghrib ada Marhaban oleh kumpulan dari Masjid Ansar dan surau Islah yang di adakan dalam dewan.

Balik ke rumah selepas isyak.

Makan nasi bersama Mamanya dan Nauwar.

Ada whatsapp dari Adlan beritahu rancang datang ke TKP esok.

Selepas jam 11 malam Mamanya naik ke bilik.

Advertisements