Pergi ke Pangkor Kali pertama 2014

strong>Jumaat 10 Januari 2014 bersamaan 8 Rabiulawal 1435H (10/2013)
image

Mandi dan bersiap pakai jubah putih. Guna Waja ke Masjid Ansar. Dalam kawasan masjid penuh dengan kereta jemaah. Masuk kawasan masjid.

Selepas solat subuh di ikuti sesi mengaji Koran.

Isi petrol.Waktu itu jam 7.18 di stesen Petronas, AU2 Taman Keramat. RM32.15.
Letak kereta di tepi kawasan stesen. Masuk ke Kedai Mesra Petronas da guna mesin ATM tujuan keluarkan duit. Tidak ada wang kertas RM50. Tukar angka supaya dapat keluarkan RM20 . dan tambah nilai RM50 Touch & Go. Jam 7.26 pagi.

Beli satu buku rti Gardenia wholemeal dan dua roti kecil ban strawberi.

Balik ke rumah.

Isi barang ke kereta Waja untuk bawa ke Pangkor.

PANGKOR

Berlepas 10.30 pagi dari rumah Taman Keramat Permai. Masuk DUKE dan terus ikut PLUS ke utara. Turun ke Sungkai dan sambung perjalanan ke Teluk Intan.

Tiba Lumut selepas 2 petang. Letak kereta berhampiran depan Medan Selera Stesen Bas Lumut.
Makan nasi di Medan Selera berhampiran stesen bas Lumut. Selepas makan, hantar Mamanya ke Jeti Lumut. Keluarkan dahulu beg besar dan arang lain . Mamanya tunggu seorang di koridor. Abah terus memandu keret ake Medan Letak Kereta bertingkat, Lumut. Letak kereta di tingkat dua. Waktu itu Mamanya telefon. Beritahu perlu pergi ke tadas dahulu. Turun dengan tangga ke tingkat bawah dan guna tandas Majlis Perbandaran Manjung bayar 50 sen. Bentuk tandas bersiah serupa tandas PLUS.
Naik semula ke tingkat 2 dan kemaskan kereta dahulu. Selepas selesai, turun dengan lif ke tingkat bawah. Bertemu Mamanya di Jeti Lumut. Beli tikit di meja khas penduduk Pangkor dan terus pergi ke feri. Feri masih kosong.
Feri bergerak 4 petang.
Tinba di Jeti Pangkor. Naik van teksi ke rumah. Waktu ini gerimis.
Solat maghrib di Masjid Pangkor. Pergi ke masjid dengan basikal. Singgah di stesen petrol dahulu guna pam angin untuk masukkan angin ke tayar roda basikal.

Jumpa Pak Su. Tak nampak Hafizi.
Beli burger oblong Restoran Hassan.
Selepas waktu isyak, tidak nampak Hafizi. Nampak pemuda buat isyarat tidak nampak Hafizi.
Balik ke rumah.
Makan burger bersama Mamanya.

Kedai Izani enterprise. Mamanya berurusan dengan Ezani. Waktu itu Abah terima panggilan dari Ismail Parya.
Abah segera jalan kaki balik ke rumah, jumpa Ismail Parya.

Advertisements